Saya sering mendengar nasihat bahawa kita harus menjaga wajah supaya baik dan berseri. Mengikut fatwa, wajah yang baik dan berseri boleh menyejukkan hati yang gusar.
Sebaik dan semudah cara untuk menjaga seri wajah ialah dengan sentiasa menjaga amal ibadat terutamanya yang wajib. Ia akan bertambah baik dengan amalan-amalan sunat. Kita harus sentiasa bersyukur, berzikir, bertahmid dan berselawat. Semua ini akan bantu menenangkan jiwa.
Wajah yang berseri dan sentiasa tersenyum juga akan membawa rezeki. Ia juga akan bantu memudahkan segala urusan kita.
Jika kita sudah dapat tenang, kita juga dapat menjaga perasaan marah. Jadi segalanya akan lebih baik dan aman. Betul kan?
6 comments:
Aslmkm.
Bunyinya macam senang, tp susah nak buat!
Salam ziarah.
Bukan susah sgt utk sentiasa senyum! :)
Salam Zizaq.
Ya, senyum jer!
Aslmkm.
Senyum itu juga satu sedekah. Begitu besar rahmat Allah SWT.
Salam ziarah.
Ya, mudah saja. Senyum adalah rahmat.
Aslmkm.
Lalu jer ler.
Post a Comment