Rata-rata para analisis berkata bahawa Malaysia mesti serius dan komited untuk melawan rasuah jika mahu maruah negara dan imej sebagai antara negara yang korup, pemimpin dulu mesti bersih! Rasa macam lawak pulak!
Tak tahulah bila imej sebagai sebuah negara yang korup tu akan pulih. Kalau dulu masa Pak Lah, kedudukannya lebih baik sedikit. Setahun berlalu selepas Najib ambil alih, makin merosot adalah.
Anehnya imej yang digambarkan di dalam negara melalui media arus perdana seperti pemimpin amat berkualiti. Tetapi hakikatnya seperti cakap dan propaganda saja yang lebih. Kedudukan sebagai negara korup masih di takuk sama.
Malah pencapaian rating telah menurun dari 4.5 markah tahun lepas ke 4.4 tahun ini dalam rangka markah antara 0 - 10. Sebaliknya, Singapura yang jauh lebih kecil dan dikutuk oleh ramai rakyat dan pemimpin Malaysia mencapai rating cemerlang melebihi 9 markah.
Hanya rakyat dapat mengubah segalanya. Selagi rakyat yang ramai masih tetap memuja pemimpin, terus tutup mata dan telinga, keadaan tak akan banyak berubah!