Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

ADA KUTU PULAK YA!

Rata-rata bloggers jadi panik bila sistem Blogger tersasar.  Dua hari sistemnya jadi haru dan mencemaskan.

Mula tu kata untuk buat kerja-kerja maintenance.  Kemudian baru keluar notis kata ada masaalah dan bloggers hanya boleh baca saja.  Katanya kita hanya boleh baca saja.

Mereka memberi tahu ada 'bug' disebabkan oleh kesalahan manusia.  Ada kutu?  Ya jugak, kutu memang dikaitkan dengan orang!

Ternyata ada pula N3s yang hilang.  Malah banyak komplen komen dan respon habis hilang.  Teruk kan?

Thursday, March 3, 2011

LITAR SEPANG HILANG TARIKAN

Ramai orang bercerita F1 Malaysia mengalami kemorosotan.  Tadi saya berkesempatan berjumpa dengan anak jiran yang bekerja dengan syarikat yang berkenaan.  Dia mengesahkan bahawa semuanya adalah benar.

Katanya juga sekarang ada tawaran harga tiket yang jauh lebih murah.  Paling tidak semua orang mampu pergi melihatnya.

Tadi anak-beranak pula bersetuju untuk pergi menyaksikan perlumbaan F1 tahun ini.  Anak sulung dan Abahnya bersedia membiayai harga tiket di zon corot iaitu di padang.


Kalau jadi pun ok juga.  Corot pun corot la.  Cuma harap-harap nanti tak hujan lebat dengan guruh petir.

Wednesday, January 19, 2011

MENCUCI HATI

Bijaksana Muslim selalu berkata hidup kita akan menepati tujuannya hanya jika hati kita bersih dan murni.  Kenyataannya terlalu orang busuk hati - dengki, dendam dan iri.

Semalam saya dengar orang bercerita tentang pendekatan pakar motivasi tersohor iaitu Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.  Sarannnya memang meyakinkan.

Kita mesti hari-hari memanjatkan doa memohon bantuan Allah SWT supaya hati kita bersih.  setiap hari juga kita mesti selawat Nabi sekurang-kurangnya sebanyak 100 kali.

Bagi memastikan kita di jalan yang benar, kita mesti insaf di atas segala kesalahan yang lalu dan segera bertaubat serta menunaikan solat taubat.   Disamping itu amalkan membaca Al-Quran.

Insya Allah apabila diamalkan hari-hari, semuanya akan sebati dengan hati dan jiwa.  Jadi hati kita sentiasa akan jauh dari ciri-ciri negatif, dan jiwa juga akan tenang.

Bagi mencantikkan lagi hati kita, setiap hari kita asuhkan supaya sentiasa berfikiran baik dan bersifat maaf terhadap semua insan.  Di waktu yang sama kita mesti yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menjadi insan Muslim yang hebat.

Thursday, November 11, 2010

BERITA GEMPAR

Memang terkedu bila membaca tentang berita bahawa artis yang dibanggakan sebagai seorang artis yang berkelulusan tinggi dan seorang pakar motivasi yang berwawasan tinggi sebenarnya memiliki ijazah kelulusan palsu.  Artis yang sejak beberapa lama dikenali sebagai Dr Fazley disahkan mempunyai ijazah kedoktoran palsu.

Berita ini memang mengemparkan.  Ia didedahkan diperingkat antarabangsa oleh  sebuah organisasi yang bereputasi tinggi iaitu Perbadanan Penyiaran British (BBC).  Siasatan telah dijalankan setelah mereka meragui status kelulusannya, sedangkan beliau menerajui sebuah institusi pengajian.

Kini penyanyi dan pelakon Fazley Yaakob telah mengesahkan berita itu.  Ekoran dari itu beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif institusi pengajian tinggi yang diterajuinya itu iaitu Fazley International Collage (FIC).  Beliau juga sudah tidak menggunakan gelaran 'Dr' itu lagi.

Diberitakan peletakan jawatan Fazley itu dibuat berikutan tindakan University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC.  Penggantungan kerjasama itu dilakukan oleh universiti berkenaan selepas terdapat pendedahan Fazley mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan itu.

Tuesday, October 26, 2010

LAWAK KE?

Rata-rata para analisis berkata bahawa Malaysia mesti serius dan komited untuk melawan rasuah jika mahu maruah negara dan imej sebagai antara negara yang korup, pemimpin dulu mesti bersih!  Rasa macam lawak pulak!

Tak tahulah bila imej sebagai sebuah negara yang korup tu akan pulih.  Kalau dulu masa Pak Lah, kedudukannya lebih baik sedikit.  Setahun berlalu selepas Najib ambil alih, makin merosot adalah.

Anehnya imej yang digambarkan di dalam negara melalui media arus perdana seperti pemimpin amat berkualiti. Tetapi hakikatnya seperti cakap dan propaganda saja yang lebih.  Kedudukan sebagai negara korup masih di takuk sama.

Malah pencapaian rating telah menurun dari 4.5 markah tahun lepas ke 4.4 tahun ini dalam rangka markah antara 0 - 10.  Sebaliknya, Singapura yang jauh lebih kecil dan dikutuk oleh ramai rakyat dan pemimpin Malaysia mencapai rating cemerlang  melebihi 9 markah.

Hanya rakyat dapat mengubah segalanya.  Selagi rakyat yang ramai masih tetap memuja pemimpin, terus tutup mata dan telinga, keadaan tak akan banyak berubah!

Monday, September 27, 2010

BERHENTI UNTUK BERHENTI

Saya sudah rasa muak dengan permainan sentimen oleh sesetengah pihak. Orang itu kata orang ini, dan orang ini kata orang itu. Pemimpin-pemimpin lagi menambahkan kecuh keadaan. Laungan terus menerus bergema meminta orang jangan bersikap perkauman.

Justeru yang membuat orang ramai bertambah resah dan bimbang ialah apabila semakin banyak orang memperkatakan isu ini. Ia umpama lagu yang diputarkan berulang-ulang kali di corong-corong radio dan klip videonya yang di ulang-tayang entah keberapa kali di TV, serta isu ini digembar-gemburkan lagi di akhbar-akhbar.

Komunikasi secara negatif, membuahkan hasil yang negatif. Inilah yang terjadi sekarang.

Jika mahu isu ini reda dan padam, maka berhenti saja membicarakannya. Bila berhenti diperkatakan, cerita itu akan turut berhenti. Barulah reda marah, dan padam api kebencian.

Wednesday, August 18, 2010

MAS RUGI BESAR TETAPI AIR ASIA UNTUNG BESAR

Beberapa hari lepas kita mendapat berita bahawa Syarikat Penerbangan MAS telah mengalami kerugian besar untuk suku tahun kedua tahun ini. Tetapi orang utama yang bertanggung-jawap tentang kerugian ini malah diberi mandat yang lebih besar bertaraf menteri di dalam kabinet Malaysia.
Hari ini kita mendpat khabar pulak bahawa Syarikat Penerbangan AirAsia mengalami kenaikan keuntungan sebanyak 42.8 peratus dalam waktu yang sama. Ini adalah berikutan dari kenaikan jumlah penumpang dan pengangkutannya.

Mengikut sumber syarikat penerbangan budget terbesar di Asia Tenggara ini, keuntungan bersih mereka bagi tempuh suku tahun April-June naik kepada RM198.9 juta (atau USD 62.89 juta) dari RM139.2 juta pada waktu yang sama pada tahun lepas.

Air Asia yakin prestasi mereka akan lebih meningkat untuk masa berikutnya. Mengikut tradisi, mereka mencatat keuntungan terbesar pada suku tahun terakhir.

Tuesday, August 3, 2010

PEMIMPIN MUNAFIK

Saya hairan betul dengan tindak tanduk mantan Menteri Besar Selangor, si Khir Toyo. Nampak benar beliau seorang 'pengalah yang sebal' yang masih tidak insaf dengan kesalahan sendiri.

Semasa era pimpinannya macam-macam kerenah pemerintahannya menjadi kesalan rakyat. Bukan semua rakyat suka dengan segala tindak tanduknya. Jika pun sekarang ada rakyat yang tidak suka dengan era pimpinan Tan Sri Khalid, masih ramai yang berterima kasih dengan cara pimpinan yang lebih baik dan telus.

Memang la akan ada orang yang suka dan juga tidak suka. Mana-mana pun sama saja. Tak ada mana mandat pun mendapat pengesahan 100 peratus dari rakyat.

Jadi ambil iktibarlah. Kalau semua sudah akui cara pemilihan sewaktu pilihanraya 2008 itu adalah adil, maka semua juga harus terima keputusan rakyat tu. Jangan munafik mengatakan pemimpinnya tak bagus, sedang kan awak dulu jauh lebih teruk!

Tuesday, July 27, 2010

MANUSIA PUNYA HATI DAN PERASAAN

Saya amat tersentuh membaca berita tentang penderaan terhadap kanak-kanak dan juga mangsa yang tidak berdaya. Kalau dikirakan manusia ada akal, hati dan ada perasaan. Sepatutnya boleh berfikir dan hati nurani.

Namun sebaliknya sering berlaku. Anak, isteri dan teman wanita malah orang gaji, pembantu didera hingga mengakibatkan kecederaan yang berat dan menggugat nyawa.

Sesuatu yang serious mesti digarab oleh mereka yang diberi mandat dan kuasa . Sudah-sudahlah dengan gimik-gimik konon membela rakyat dan sebagainya. Kenyataannya mereka yang kaya raya. Rakyat masih tertindas dan banyak yang perit menderita.

Kita mahu perancangan dan taindakan yang jelas dan komited untuk membanteras segala gejala sosial. Sekurang-kurangnya hasil usaha itu nampak semakin meminimakan segala masaalah ini. Jangan asyik melaung katakan buat itu dan ini, tetapi semua gejala semakin bertambah.

Betul tak?

Sunday, June 27, 2010

POLIS LARI MENEMUI AJAL

Ini memang kenyataan. Orang ramai pun tahu, tetapi pihak berkuasa tetap berkata perkara seperti ini tidak berlaku. Apabila terbukti berlaku mereka akan berkata pula yang kejadian sebegini adalah kes terpencil.

Saya petik saja berita yang melibatkan seorang anggota polis yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa jabatan agama telah menemui ajalnya. Petikan penuh adalah seperti di bawah:
Anggota Polis Mati Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

KOTA BHARU:Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Menurut seorang petugas hotel berkenaan anggota polis yang mengalami
pendarahan serius di kepala itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di
Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) datang ke hotel itu untuk membuat pemeriksaan biasa.

"Beberapa minit kemudian seorang peniaga di sebelah hotel itu memberitahu kakitangan hotel itu mengenai seorang lelaki yang dilihat terjatuh dari bangunan hotel dalam keadaan berlumuran darah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya ketika ditemui anggota polis itu sedang mengerang kesakitan dan kakitangan hotel kemudian menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk rawatan.

Anggota polis yang bertugas di Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sejak tiga tahun lalu itu meninggalkan seorang isteri berumur 26 tahun dan seorang anak berumur tiga tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

Saturday, June 19, 2010

KECUH DI MAJLIS BERINAI

Mengikut janji, cenderahati hanyalah untuk 40 orang tetamu saja. Tetapi majlis berinai tadi dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu.

Kata tuan rumah, cenderahati berkenaan hanyalah untuk tetamu utama di meja utama saja. Meja utama itu adalah dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki seramai 15 orang dan saudara-mara terpilih disebelah pihak pengantin perempaun. Mereka minta supaya semua cenderahati terus diatur-susun di meja utama mengikut tempat duduk.

Malangnya, sebelum tetamu terpilih duduk, beberapa cenderahati telah lesap. Mengikut beberapa saksi mata, ada tetamu yang duduk di meja lain telah songlap cenderahati yang diatur di meja utama itu.

Kemudian pengerusi majlis membuat pengumuman meminta tetamu yang telah mengambil cenderahati di meja utama supaya segera mengembalikannya. Tetapi tiada siapa yang berbuat demikian.

Saksi-saksi mata telah mengenal pasti mereka-mereka yang telah mengambil cenderahati berkenaan. Urusetia majlis kemudian pergi meminta semuanya kembali. Tetamu berkenaan terus bangun dan tinggalkan majlis. Malulah agaknya!

Monday, May 31, 2010

SAMY VELLU MASIH BERDEGIL

Kalau di luar negeri, jika ketua sesebuah parti hilang kepercayaan dan/atau jika parti di bawah kepimpinannya banyak telibat dengan berbagai kecuhan, ketua itu akan meletakkan jawatan.

Tetapi di Malaysia, ramai orang muka mereka tebal seperti kulit babi. Mereka tidak tahu malu pun.

Jadi tak hairanlah Samy Vellu tu masih berdegil tidak mahu berundur dan melepaskan jawatannya. Dia tidak peduli siapa kata apa. Jelas dia berkepala batu juga! Siapa lantang bersuara dan menentangnya, dia cantas!

Sunday, May 23, 2010

MIC dan GAS

Saya nak ikut menyebuk saja ni. Sebenarnya saya rasa geli hati dengan kemelut dalam MIC, iaitu parti politik cawangan India BN.

Semalam bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu sehari sebelumnya, mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Katanya GAS akan beroperasi bagi mendesak supaya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden.

Menurut beliau, GAS adalah himpunan golongan yang menentang Samy Vellu. Katanya lagi, GAS ini akan disertai oleh mereka-mereka yang dipecat oleh Samy Vellu, yang tak suka dengannya ataupun mana-mana ahli parti yang tak suka dengan kepimpinannya. Pendeknya, "semua orang boleh sertai GAS tanpa mengira kaum."

Mereka akan terus mendesak sampai Samy Vellu memberi laluan kepada orang lain untuk menerajui parti.

Jelas Samy Vellu telah melebihi had masa penerimaan ramai. Beliau sudah terlalu lama merajui MIC iaitu sejak 1979 lagi. Kehadirannya dikenalpasti sebagai tidak relevan lagi untuk kaum India.

Mugilan telah menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan tindakan beraninya mengkritik dan membuat gesaan supaya Samy Vellu berundur didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

Wednesday, May 19, 2010

BUNG MOKTAR AND WIFE SENTENCED

This morning the Syariah Court in Gombak made an impactive judgement. The judge sentenced the Kinabatangan MP, Datuk Bung Moktar Radin and his wife, Zizie Izette, for committing polygamy without consent of the Court.

Datuk Bung Moktar was sentenced to one month jail for committing polygamy without consent of the Court. Zizie Izette was slapped with RM1000 fine or one month jail sentence for same offence.

The Court also slapped Zizie Izette with another RM1000 fine or six months jail sentence for abetting in polygamy.

Datuk Moktar's counsel has requested for a stay of excecution of imprisonment. The Court is expected to resume sitting at 12 noon.

Tuesday, May 11, 2010

KELIRU!

Akhir-akhir ini dah kerap pulak berlaku kes polis menembak orang awam. Tentunya kes yang paling hangat ialah yang melibatkan kematian remaja Aminulrashyid Amzah, 15 tahun itu.

Semalam seorang polis berpangkat Koperal telah dituduh membunuh remaja itu tanpa niat. Seperti biasa yang dituduh tak pernah mengaku bersalah.

Sebenarnya inilah yang selalu mengelirukan. Bila ada satu-satu kes yang membangkitkan reaksi marah yang tinggi dari rakyat, pihak kuasa akan lebih cepat mengambil tindakan, dan lebih cepat mendapat pelakunya. Kemudian, bila kemarahan sudah mereda, kita tak tahu lagi apa perkembangan selanjutnya.

Macam hari itu, ramai marah dengan ucapan rasist dari kakitangan PM. Hingga ke hari ini kita tak tahu apa penyudahnya? Kenapakah yang sudah terang itu tidak didakwa dan dihukum dibawah Akta Hasutan.

Hari ini, saya juga keliru kenapa hanya seorang konstabel polis saja dari kumpulan polis yang mengejar hingga menyebabkan kematian remaja itu didakwa? Konstabel berkenaan didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Tidak ada peruntukan undang-undang untuk mendakwa yang lain-lain itu bersubahatkah?

Monday, May 3, 2010

MUSIM SELSEMA

Letih saja rasanya. Mungkin asyik kena hujan dan panas silih berganti sejak beberapa hari lepas membuat saya sekeluarga terkena demam selsema.

Takut juga H1N1 tu. Tapi doktor kata ianya cuma demam selsema biasa. Kita disuruh berehat kerana tahap daya badan ditahap minima dan akan mudah dijangkiti penyakit virus seperti H1N1 itu.

Jadi kita orang sekeluarga duduk rumah sajalah. Semua dapat cuti sakit selama dua hari, iaitu untuk hari dan besok.

Anak bongsu saya yang gelisah sebab dia ada exam lagi. Nasib juga exam tu bermula hari Rabu.

Wednesday, April 28, 2010

ELIE TIDAK SERIK2

Hari ini ada lagi berita tentang konon jutawan Lubnan Ellie Najem yang telah membuat pelbagai kejutan berita sejak bertahun lalu. Semalam dia buat kejutan lagi, dan kali ini kerana dituduh berkhalwat pula.

Pasangan khalwatnya ialah seorang wanita berusia juga. Seperti manusia tidak ambil peduli tentang apa pun dikatakan orang.

Dia sebelum ini telah menghilangkan diri, dan pihak berkuasa menghadapi masaalah untk mengesanya. Itu membantutkan kesnya yang terdahulu, iaitu bersabit kes perbuatan nikah. Dengan timbulnya kembali, pihak pendakwa membuka kes berkenaan.

Sebelum tuduhan khalwat itu, diberitakan pendakwa syarie Mohd Sukri Ab Wahab memaklumkan Elie juga dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sebelum ini kes yang dibuka pada 2005 itu sudah ditutup pada 2007.

Elie didakwa melakukan nikah atau perbuatan nikah dengan Farinnie Mohd Farid, 24, di Tingkat 2, Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 6 Oktober 2005.

Bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mahkamah menetapkan 26 Mei ini untuk bicara manakala bagi kes khalwat mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk di sebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

Sunday, April 11, 2010

APA KES NI!

Saya paparkan petikan sedutan berikut untuk mereka yang tidak membaca berita ini lagi. Dua artis ini terus terlibat dalam kemelut yang ternyata lebih menjejaskan imej Fasha Sanda dan kehidupanya.
Fasha Sanda berkata, "Biar peminat menilai sendiri kerana mereka lebih bijak. Saya tidak mahu memberi sebarang komen,” kata pelakon, Fasha Sandha, 26, berhubung isu konfliknya dengan Nora Danish, 28, yang dikatakan kembali panas.

Segala-galanya bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.

Nora kemudian didakwa menghantar mesej provokatif dalam bahasa Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Akui kesalahan yang awak lakukan dan minta maaf. Jangan jadi hipokrit. Orang ramai bukannya bodoh’.

Fasha membalas dengan menyampaikan mesej, juga dalam bahasa Inggeris dengan bertanya adakah dia hipokrit dan bertanya adakah Nora cukup sempurna. Fasha memberitahu dia percaya Nora tidak sempurna dan mempertikaikan sikap Nora yang membuat penilaian terhadap orang lain.
Kenapa jadi begini? Pada saya sepertinya Nora Danish sudah menjadi angkuh. Ini bukan kali pertama dia memulakannya kembali. Mungkin kerana dia menjadi artis yang disanjung oleh Stesyen TV?!!

Sunday, March 28, 2010

BUNYINYA AGAK LUCU


Semalam Perkasa telah selamat mengadakan acara terbesarnya dimana terlantiklah orang yang lantang bercanang nak membela Melayu. Di majlis itu juga Perkasa telah mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Geli hati pula, lucu bunyinya tu. Seperti maksudnya, Perkasa mengesahkan bahawa selama negara ini diperintah Umno dan BN, Melayu tidak terbela; maksudnya lagi - jadi Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu akan terbela mengikut seperti mana yang telah terjamin di dalam Perlembagaan.

Pada pandangan Perkasa bagaimana mereka nak bela Melayu? Adakah dengan cara mencium keris atau dengan jadi MP bebas?

Mungkinkah juga pemimpin ini mempunyai agendanya tersendiri? Kita pasti mendapat jawapan kepada soalan ini dalam waktu tak berapa lagi. Selewat-lewatnya bila datang pilihanraya ke 13 nanti, semuanya akan jelas juga.

Pada saya, Ibrahim Ali sedang memperkasakan dirinya. Bagi sesiapa yang mengenali beliau samaada secara dekat atau dari jauh sejak zaman ITMnya dulu, semua agendanya amat terang sekali.

Hakikatnya Melayu akan lebih terbela dengan keadilan, bertanggungjawaban dan ketelusan. Tetapi kualiti-kualiti inilah yang masih tidak kelihatan lagi padanya ataupun pada mereka yang sedang didampingi dan diumpaninya.

Saturday, March 13, 2010

MAHKAMAH MENTERJEMAH

Akhir-akhir ini kita rasa seperti ada yang tak kena dengan Perundangan kita. Banyak orang tahu seseorang buat itu dan ini, dan tahu tak logik seseorang itu boleh kaya mendadak begitu saja. Malah ada juga saksi yang telah melihat mereka-mereka melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Tapi mereka telepas dari hukuman.

Tapi bila kita amati dan nilai tugas perundangan pula, memang benar tidak mudah untuk menghukum orang. Bukan saja sesuatu tuduhan itu mesti ada bukti, tetapi bukti itu mesti benar-benar kukuh dan tidak dapat disangkal. Bila peguamcara atau penguambela berjaya membuktikan tanpa dapat disangkal ke tahap yang manasabah, barulah hujah dan kes mereka itu kukuh. Kemudian barulah hukuman dapat dijatuhkan berlandaskan peruntukan undang-undang yang ada.

Jadi memang benar bagai dikata. Jika kita di pihak yang benar sekali pun, membuktikannya di mahkamah bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh sebab itu, ada banyak kes orang yang tidak bersalah menerima hukuman, dan yang bersalah pula terlepas bebas. Allah juga Yang Maha Adil.