Kalau nak diikutkan setiap hari memang banyak cerita-cerita yang amat sedap didengar. Tetapi jika diteliti, kebanyakan cerita ini adalah cerita gosip.
Bila usia sudah semakin meningkat, dan setelah pergi mengerjakan ibadah haji, rasa takut sekali untuk ikut dengan gosip ini. Ini adalah kerana gosip memang sinonim dengan mengumpat. Hukum Allah SWT jelas meletakkan mengumpat sebagai perbuatan yang berdosa besar.
Walaupun begitu, rasanya amat susah untuk mengelakkan dari tempias gosip. Di sana sini penuh dengan gosip. Namun, Allah juga Maha Mengetahui lagi Maha Adil. Semoga niat kita untuk tidak terlibat gosip dan usaha mengelakkan dari gosip memadai untuk terlepas dari dosa ini.