Semalam tu saya rasa geram betul dengan pekerja-pekerja yang menebang dahan-dahan dan ranting di jalan berekatan rumah. Suka-suka hati mereka saja campak sebahagian ranting di celah-celah pokok tanaman kita.
Jadi saya pun cari mandor mereka. Bila tanya pekerja mereka kata, ' .. ini pagi tarak mari. Boleh cakap sana itu orang juga!' Maklum saja la, pekerja Bangla dan India. Cakap banyak dengan mereka pun tak guna.
Bila jumpa 'si ketua' ini, saya pun tanya, 'English boleh?' Dalam hati tu memang ingatkan dia pun sama pekerja-pekerja tadi iaitu samaada dari India atau pun Bangladesh.
'Melayu la .. saya Melayu!' Pening sekejap sebab jelas ada tanda sembahyang kuil dikepalanya.
Tapi terus tanya juga, 'U India bukan?'
'Bapa Melayu, Malaysia juga! Saya rakyat Malaysia!' jawapnya.
Rupanya datuknya dulu masuk Islam kerana berkahwin dengan neneknya yang merupakan seorang Melayu. Selepas nenek Melayunya meninggal, si datuk kahwin lagi dengan India beragama Hindu pula. Tapi status bapanya adalah kekal Melayu. Jadi dia kira dia pun Melayu
Haru betul! Rasa malu juga jadi Melayu. Agama dan kaum bangsa pun bercelaru.
8 comments:
Salam Zizaq.
Memang Melayu banyak bercelaru!
Aslmkm.
Mohon & berusahalah menjadi seorang Muslimah yang beriman & diredhai Allah SWT.
Salam Zizaq.
Haru! Haru! :((
Salam Zizaq.
Malu!!!
Aslmkm.
Habis haru biru!
Salam semua.
Tq ya.
Salam Zizaq.
Bila rasa malu, tutup la muka sekejap!
Salam Zizaq.
Dimalukan oleh Melayu sendiri!
Post a Comment