Friday, February 12, 2010

CUTI TAHUN BARU CINA



SELAMAT TAHUN BARU CINA


Ucapan ditujukan khas kepada semua kaum Cina di seluruh Malaysia. Semoga Tahun Harimau membawa kebahagiaan dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia juga.

Oleh kerana cuti sempena Tahun Baru ini agak panjang, anak-anak mengesyorkan untuk pergi bercuti ke pantai timur. Kita telah cuba membuat tempahan di Cherating, tapi katanya penuh. Kata suami, elok kita pergi saja menghala ke pantai timur tu, dan cuba di beberapa menarik seperti Cherating, Awana, sampai ke Kuala Trengganu dan Kota Bharu. Semua bersetuju saja bila dah pergi bercuti tu. Biasanya ada bilik kosong di hotel-hotel di tempat yang kita kunjungi. Cuma mungkin kita tak mendapat bilik yang baik dengan harga yang berpatutan saja.

Tulah saya buat juga entry pagi ini untuk mengucapkan Selamat kepada kaum Cina. Ya la, bila dalam perjalanan nanti, belum tahu samaada boleh dapat line ke tidak.

Wednesday, February 10, 2010

KALAU MASIH REZEKI


Malam tadi saya dan suami ikut bersama di majlis tahlil di rumah salah seorang jiran. Majlis berjalan lancar dan semua pun ok dan baik. Selepas balik, saya rasa dah letih sangat, jadi terus saja tidur.

Pagi ini baru saya sedar loket saya keciciran. Panik dibuatnya. Mana tidak, semua barangan amat mahal harganya sekarang. Nak membeli sesuatu barang kemas dan barangan berharga lain itu bukan mudah. Lama berkumpul duit, barulah dapat membeli satu.

Saya pusing keliling luar dan dalam rumah mencarinya. Selepas itu barulah saya teringat untuk cuba bawa mencari ke rumah jiran yang kenduri tahlil itu.

Alhamdulillah, ternyata memang masih rezeki. Loket itu tercicir tak jauh dari pintu depan rumah jiran itu. Saya amat bersyukur.

Monday, February 8, 2010

TEMPAHAN 'HAMPER TBC'


Saya tengah teruja melihat anak saya membungkus 'hamper' yang ditempah oleh pelanggan bersempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Rezeki tak disangka-sangka ini. Tapi saya bakal terima bayaran saguhati saja la kut.

Pada hari Sabtu kelmarin, saya terserempak dengan seorang kawan lama yang mempunyai perniagaan membekal barang-barang kelengkapan pejabat ke Jabatan-Jabatan Kerajaan. Dalam borak-borak tu beliau memberitahu bahawa beliau sedang mencongak-congak untuk membeli 'hamper' yang telah pun siap sedia dibungkus untuk jualan di gedung perniagaan berkenaan. Beliau menegaskan beliau tak berapa berkenan dengan senarai barangan yang dibungkus tu, sedangkan harganya juga amat tinggi.

Kebetulan anak saya memang berjinak-jinak membuat kerja sampingan mengambil tempahan menghantar 'hamper' kepada senarai penerimanya sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan juga Putrajaya. Bila saya syorkan untuk memberikan kerja berkenaan kepada anak saya, beliau pun terus setuju saja.

Beliau telah menempah sebanyak 120 'hamper' dengan harga RM 300 setiap satu, dengan upah membungkus RM 35 setiap satu. Kira lumayan jugalah. Mungkin beliau sengaja nak berikan kerja tu kepada saya sebagai tanda sahabat. Walaubagaimanapun, harga itu kira harga 'standard' yang dikenakan. Anak saya pun dapat membeli harga diskaun khas sebanyak 5 peratus. Jadi kira lumayan jugalah.

Saturday, February 6, 2010

MAJLIS DOA SELAMAT

Agaknya ramai juga orang yang takut bala dan mala petaka di bulan Safar ni. Ramai juga kawan yang buat majlis doa selamat di hujung minggu ini. Tapi tentulah tak dapat penuhi semua undangan tu.

Ni kita orang sekeluarga baru saja balik dari majlis doa selamat di rumah kawan di Shah Alam. Bagus juga dia orang buat majlis yang agak ringkas juga. Sekadar membaca Surah Yassin dan doa selamat. Lepas Isyak, terus je makan. Jadi cepatlah selesai dan bersurai.

Dah balik rumah awal ni, tak tahu pula apa nak buat. Program kat TV pun tak menarik. Anak-anak pula nak tengok siaran perlawanan bolasepak. Sementara belum mengantuk, layarlah Maya sekejap.

Thursday, February 4, 2010

THE LAWMAN BREAKS THE LAW!


I would like to highlight that nowadays, it is not uncommon to see policemen breaking the laws. We have a brand new case, and I quote the news from The New Straits Times below:
Cop Arrested Over Robbery

SUBANG JAYA: A rogue policeman's crime spree ended early yesterday when he was arrested for robbing a group of university students. The lance corporal attached to the Shah Alam police station had been looking for "easy money" and robbed four Universiti Selangor students about 12.30am.

The girls were walking back to their rented house in Bestari Jaya (formerly Batang Berjuntai), when the cop and an accomplice approached them in a car.

Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said the suspects demanded their victims to hand over their cash and hand- phones. Both suspects then sped off in the car.

The girls, however, immediately notified the police and both suspects were picked up an hour later.

Khalid said the lance corporal was on leave at the time of the incident and police were now checking if his colleague had a criminal record.

"The suspects, both in their 20s, have been remanded for five days starting today (yesterday) to facilitate investigations," he added.
Let us hope that the Police Force will look into this matter more seriously because the problem is real. The percentage of personnel involved in crimes may be low, but it is not negligible. The authority must take effective positive steps to curb the problem.

Monday, February 1, 2010

TAK JADI PERGI BERBELANJA

Hari Sabtu kelmarin, anak-anak semua tak mahu pergi ke hypermarket. Dia orang tak nak bawa beg besar atau beg plastik dari rumah. Baru saya ingat yang sekarang ni, pada hari Sabtu, semua tempat seumpama tidak lagi membekalkan beg plastik percuma untuk mengisi semua barang belian. Jika kena bayar bagi setiap beg plastik yang diisi barang pula, mahu mencecah melebihi RM 10 sekurang-kurangnya. Jadi, kita mengalah dan berjanji untuk pergi pada hari Ahad.

Pagi-pagi Ahad pula dah dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan ada kematian saudara terdekat. Dah terpaksa bergegas balik ke kampung. Jalan jam teruk juga, bila dah selesai, balik rumah dah malam sangat. Jadi tak juga dapat pergi membeli barang-barang keperluan harian.

Ingat lepas kerja hari, kena pergi berbelanja jugalah kerana banyak barang keperluan harian dah habis. Sampai rumah petang tadi, dah la pula anak buah sekeluarga yang bercuti Hari Wilayah datang ke rumah. Tak jadi juga pergi berbelanja.

Malah anak buah yang datang tadi pun kita jamu makan malam dengan lauk daging masak kicap, telur goreng, sambal ikan bilis saja tanpa sayur dan hidangan sampingan. Nak buat macam mana? Kat rumah memang dah tak ada ikan dan sayuran basah atau kering atau pun makanan segera. Biar demikian pun, besok dan lusa, kita masih terpaksa makanan apa yang ada saja la sebab kereta kena masuk 'workshop' pulak. Nasib la kan!