Semua anak saya, kecuali yang bongsu, sudah pun bekerja dan gaji sendiri. Mereka lepasan UITM. Seorang bekerja sendiri mengendala perniagaan kecil-kecilan dan dua lagi bekerja makan gaji.
Apa yang memeningkan kepala ialah setiap bulan mereka minta top-up dari Pama (papa dan mama) lagi. Sama gaya semasa masih belajar dan sebelum kerja dulu. Kata papanya, jika macamtu baik duduk rumah saja.
Agaknya anak-anak sekarang tak reti rasa susah. Duit gaji, paling lama bertahan sampai dua minggu, lepas tu dah habis. Minta dengan ibu bapa pula kerana minggu keempat pula baru dapat gaji baru.
Bermacam alasan yang diberi - bayar ansuran kereta, minyak kereta, tol, parkir bulanan, potong KWSP dan pelbagai lagi. Tetapi apabila saya kira-kira sendiri pun, adalah baki beberapa ratus Ringgit saja untuk makan dan pakai.
Macammana tu ya? Nak disuruh buat perancangan, maknanya mereka terpaksa jerut perut dan beli baju baru dua tiga helai saja dalam setahun. Agaknya itulah berlaku masaalah Along.