Saturday, June 12, 2010

DEMAM 'WORLD CUP 2010'

Aduh! Sakit pula telinga ni mendengar jerit sorak anak-beranak menonton bolasepak 'World Cup 2010' yang bermula hari ini. Saya dan anak perempuan saja yang tidak minat dengan bolasepak.

Tadi pertandingan bermula dengan perlawanan di antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan pasukan Mexico. Sebenarnya kedua-dua pasukan ni mereka tak sokong pun. Tetapi dek kerana terkena seruan puaka demam bola, mereka tengok juga.

Nampaknya sebulan ini tak keruan jadinya tadi. Bapa dan anak lelaki dah memonopoli TV di ruang keluarga. Kita yang perempuan kena tengok TV kecil di ruang makan dekat dapur la. Mereka boleh lepak tidur di atas sofa atau bentang tilam yang boleh jinjing tu di depan TV. Sementara kita orang pula terpaksa duduk menegak di kerusi meja makan.

Apa nak buat? Kalau bergaduh pun, menambahkan kecoh saja!

Saturday, June 5, 2010

CUTI DAN KENDURI

Macam dah sinonim antara cuti dan kenduri. Dari hari ini membawa sampai habis cuti, tiap-tiap hari ada kenduri.

Bagi anak saya, beliau memang suka sebab ini bererti pendapatan yang lebih kerana tempahan bertambah. Saya pun tumpang juga la sekaki, sebab ada syer juga. Hehe.

Tetapi sekali ni rasa tak terlarat pula nak ambil pesanan. Maklum sajalah sekarang susah nak mendapat pembantu Indonesia tu.

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL BERSIFAT BINATANG

Saya ingin merakamkan rasa marah dan benci saya kepada pihak zionis Israel dan sekutu-sekutu meraka di atas tindakan kebinatangan mereka menyerang kapal misi kedamaian ke Gaza itu. Perlakuan sama sekali tidak dapat di terima.

Semoga rakyat kita yang terlibat semuanya benar-benar selamat dan sihat. Jangan pula kenyataan mereka untuk segera membebaskan dan menghantar pulang semua tahanan itu merupakan satu rheotorik murahan untuk meredakan kemarahan masyarakat dunia.

Monday, May 31, 2010

SAMY VELLU MASIH BERDEGIL

Kalau di luar negeri, jika ketua sesebuah parti hilang kepercayaan dan/atau jika parti di bawah kepimpinannya banyak telibat dengan berbagai kecuhan, ketua itu akan meletakkan jawatan.

Tetapi di Malaysia, ramai orang muka mereka tebal seperti kulit babi. Mereka tidak tahu malu pun.

Jadi tak hairanlah Samy Vellu tu masih berdegil tidak mahu berundur dan melepaskan jawatannya. Dia tidak peduli siapa kata apa. Jelas dia berkepala batu juga! Siapa lantang bersuara dan menentangnya, dia cantas!

Friday, May 28, 2010

TUKAR RANCANGAN

Anak-anak dari kecil sampai dah besar dewasa sekarang masih juga suka geng dengan abahnya buat pelan pergi sana sini. Bila dah buat keputusan barulah mereka bagitau saya ni. Kira mak akhir sekali barulah tau.

Macam hari ini, rupanya sudah dua tiga hari lepas mereka rencana nak pergi memancing di Kuala Selangor. Tetapi tadi selepas balik dari sembahyang Jumaat, hujan turun dengan lebatnya.

Jadi terpaksalah tukar rancangan. Semua terus tidur saja. Selepas bangun dah nak pergi memancing ke Tasik Jaya pula. Tetapi saya rasa tak lalu pulak nak makan ikan dari situ! Geli!

Jadi tukar lagi rancangan. Esok katanya nak pergi ke Putrajaya pulak. Jika tidak ada apa-apa aral lagi, besok seluruh keluarga akan pergi berkelah ke Putrajaya. Yang berminat nak pancing, bolehlah cari tempatnya nanti.

Sunday, May 23, 2010

MIC dan GAS

Saya nak ikut menyebuk saja ni. Sebenarnya saya rasa geli hati dengan kemelut dalam MIC, iaitu parti politik cawangan India BN.

Semalam bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu sehari sebelumnya, mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Katanya GAS akan beroperasi bagi mendesak supaya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden.

Menurut beliau, GAS adalah himpunan golongan yang menentang Samy Vellu. Katanya lagi, GAS ini akan disertai oleh mereka-mereka yang dipecat oleh Samy Vellu, yang tak suka dengannya ataupun mana-mana ahli parti yang tak suka dengan kepimpinannya. Pendeknya, "semua orang boleh sertai GAS tanpa mengira kaum."

Mereka akan terus mendesak sampai Samy Vellu memberi laluan kepada orang lain untuk menerajui parti.

Jelas Samy Vellu telah melebihi had masa penerimaan ramai. Beliau sudah terlalu lama merajui MIC iaitu sejak 1979 lagi. Kehadirannya dikenalpasti sebagai tidak relevan lagi untuk kaum India.

Mugilan telah menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan tindakan beraninya mengkritik dan membuat gesaan supaya Samy Vellu berundur didalangi oleh pihak-pihak tertentu.