Tuesday, March 30, 2010

'FOLLOW TO BE FOLLOWED?'

Some bloggers have a good stream of followers, buat seem to have very few. I was just wondering whether the followers really just follow in order to be followed or they follow because they like the blog they are following.

According to blogging tips, we should follow people and they would follow us back. I have yet to abide that.

I find that we have to blogwalking robustly. I have not been able to do that. One of the main reasons being I spend very little time here because of other commitments.

Perhaps when I have more time, I too will follow many other bloggers. Hopefully then, they also would follow me back ..hehe.

Sunday, March 28, 2010

BUNYINYA AGAK LUCU


Semalam Perkasa telah selamat mengadakan acara terbesarnya dimana terlantiklah orang yang lantang bercanang nak membela Melayu. Di majlis itu juga Perkasa telah mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Geli hati pula, lucu bunyinya tu. Seperti maksudnya, Perkasa mengesahkan bahawa selama negara ini diperintah Umno dan BN, Melayu tidak terbela; maksudnya lagi - jadi Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu akan terbela mengikut seperti mana yang telah terjamin di dalam Perlembagaan.

Pada pandangan Perkasa bagaimana mereka nak bela Melayu? Adakah dengan cara mencium keris atau dengan jadi MP bebas?

Mungkinkah juga pemimpin ini mempunyai agendanya tersendiri? Kita pasti mendapat jawapan kepada soalan ini dalam waktu tak berapa lagi. Selewat-lewatnya bila datang pilihanraya ke 13 nanti, semuanya akan jelas juga.

Pada saya, Ibrahim Ali sedang memperkasakan dirinya. Bagi sesiapa yang mengenali beliau samaada secara dekat atau dari jauh sejak zaman ITMnya dulu, semua agendanya amat terang sekali.

Hakikatnya Melayu akan lebih terbela dengan keadilan, bertanggungjawaban dan ketelusan. Tetapi kualiti-kualiti inilah yang masih tidak kelihatan lagi padanya ataupun pada mereka yang sedang didampingi dan diumpaninya.

Friday, March 26, 2010

UCAPAN TAKZIAH


Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati saya sekeluarga kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.

Allahyarham diberitakan meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama. Beliau meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Nampaknya nanti bakal ada satu pilihanraya parlimen di Hulu Selangor. Dengan segala perkembangan politik yang memualkan, rakyat bakal melihat satu episod tambahan pulak lagi.

Tuesday, March 23, 2010

MELACUR HINGGA KE TUA


Sumber berita menceritakan bahawa ada golongan perempuan separuh umur masih melacur diri. Saya petik berita seperti yang di lapurkan di dalam mStar on-line di bawah:
‘Granny’ prostitutes
EIGHT women in their fifties were arrested for prostitution in Taiwan.

They had charged their customers between NT$900 (RM94) and NT$2,000 (RM209) for each session.
Ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Kenyataannya masih ramai makcik-makcik dan nenek-nenek separuh umur yang hidup susah dan terhimpit.

Perkara itu bukan hanya berlaku di Taiwan. Di kawasan Chow Kit sendiri masih ada mereka yang mehabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan berlacur. Saya pernah bertanya kepada seorang hamba Allah seperti ini yang saya jumpa secara kebetulan dulu.

Kita boleh simpul sendiri dari kenyataannya iaitu,"Siapa nak bagi aku makan, pakai dan tempat tinggal. Aku minta bantuan pun mereka kata aku masih kuat. Aku nak kerja apa, jual goreng pisang ..... tu nak angkut barang-barang semua, terlarat ke? Bukan gerenti untung ..... buat hari hujan, siapa nak tolong aku. .... Kerje ni senang, sebulan 10 hari badan aku diratah, aku dah dapat boleh dapat wang belanja untuk sebulan dua ....."

Friday, March 19, 2010

CENDERAHATI MURNI


Semalam seorang jiran mengadakan majlis tahlil dan doa selamat. Sesuai dengan amalan orang Melayu, mereka mengadakan majlis itu sempena 45 hari arwah ibu mereka meninggal. Kata mereka, hajatnya nak diadakan pada malam 40, tetapi bertembung pula dengan majlis perkahwinan anak saudara mereka.

Ramai juga jiran-jiran dan saudara mara serta teman-teman rapat mereka yang hadir. Adalah dalam sekitar 80 orang. Kata tuan rumah banyak keluarga juga yang tidak hadir. Setahu saya, ada beberapa keluarga jiran tidak ikut serta kerana mereka belum pulang dari balik kampung sempena cuti sekolah.

Sebenarnya saya nak kongsikan hadiah cenderahati yang mereka berikan kepada para tetamu. Lihatlah sebuah kitab 'Yassin' dan sebuah buku doa-doa makbul yang mereka berikan di bawah.


Mereka telah mengikat kedua-dua buku itu dengan riben yang cantik. Sayangnya, semua orang membukakan ikatan riben semasa nak membaca Yassin.

Monday, March 15, 2010

OH BUNGA KRAWANG!

Mungkin selepas ini, saya tak buat baju berbunga krawang lagi. Harga upahnya dah melambung berlipat ganda. Jika jahitannya yang asli dan lebih halus, bertambah lipat ganda lagi harganya.



Lihatlah baju kebaya berbunga krawang terbaru saya seperti gambar di atas. Buatan hasil kerja tangan ni tak adalah halus sangat. Tapi harga upahnya saja adalah RM 600. Terperanjut beruk saya dibuatnya.

Hari tu semasa membawanya kepada tukang jahit tu, dia pun tak cakap harganya. Memang dia ada kata bahawa harga upah sudah naik, tapi katanya, "sedikit" saja. Jadi, saya pun tak berapalah ambil kesah sangat. Dulu tu, hasil jahitan yang seumpama ini berharga antara RM 250 - 300 saja.

Saya fikir, habis-habis naik pun upahnya mesti hanya dalam lengkongan tambahan RM 50 saja. Rupanya, harga upah naik berganda. Aduh! Apa nak buat. Puas juga menawar, tapi RM 600 itulah yang paling kurang.