Tuesday, November 23, 2010

GOSIP CERITA SEDAP

Kalau nak diikutkan setiap hari memang banyak cerita-cerita yang amat sedap didengar. Tetapi jika diteliti, kebanyakan cerita ini adalah cerita gosip.

Bila usia sudah semakin meningkat, dan setelah pergi mengerjakan ibadah haji, rasa takut sekali untuk ikut dengan gosip ini. Ini adalah kerana gosip memang sinonim dengan mengumpat. Hukum Allah SWT jelas meletakkan mengumpat sebagai perbuatan yang berdosa besar.

Walaupun begitu, rasanya amat susah untuk mengelakkan dari tempias gosip. Di sana sini penuh dengan gosip. Namun, Allah juga Maha Mengetahui lagi Maha Adil. Semoga niat kita untuk tidak terlibat gosip dan usaha mengelakkan dari gosip memadai untuk terlepas dari dosa ini.

Tuesday, November 16, 2010

RAYA HAJI PULAK

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILADHA 1431H
Maaf Zahir dan Batin

Thursday, November 11, 2010

BERITA GEMPAR

Memang terkedu bila membaca tentang berita bahawa artis yang dibanggakan sebagai seorang artis yang berkelulusan tinggi dan seorang pakar motivasi yang berwawasan tinggi sebenarnya memiliki ijazah kelulusan palsu.  Artis yang sejak beberapa lama dikenali sebagai Dr Fazley disahkan mempunyai ijazah kedoktoran palsu.

Berita ini memang mengemparkan.  Ia didedahkan diperingkat antarabangsa oleh  sebuah organisasi yang bereputasi tinggi iaitu Perbadanan Penyiaran British (BBC).  Siasatan telah dijalankan setelah mereka meragui status kelulusannya, sedangkan beliau menerajui sebuah institusi pengajian.

Kini penyanyi dan pelakon Fazley Yaakob telah mengesahkan berita itu.  Ekoran dari itu beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif institusi pengajian tinggi yang diterajuinya itu iaitu Fazley International Collage (FIC).  Beliau juga sudah tidak menggunakan gelaran 'Dr' itu lagi.

Diberitakan peletakan jawatan Fazley itu dibuat berikutan tindakan University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC.  Penggantungan kerjasama itu dilakukan oleh universiti berkenaan selepas terdapat pendedahan Fazley mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan itu.

Tuesday, October 26, 2010

LAWAK KE?

Rata-rata para analisis berkata bahawa Malaysia mesti serius dan komited untuk melawan rasuah jika mahu maruah negara dan imej sebagai antara negara yang korup, pemimpin dulu mesti bersih!  Rasa macam lawak pulak!

Tak tahulah bila imej sebagai sebuah negara yang korup tu akan pulih.  Kalau dulu masa Pak Lah, kedudukannya lebih baik sedikit.  Setahun berlalu selepas Najib ambil alih, makin merosot adalah.

Anehnya imej yang digambarkan di dalam negara melalui media arus perdana seperti pemimpin amat berkualiti. Tetapi hakikatnya seperti cakap dan propaganda saja yang lebih.  Kedudukan sebagai negara korup masih di takuk sama.

Malah pencapaian rating telah menurun dari 4.5 markah tahun lepas ke 4.4 tahun ini dalam rangka markah antara 0 - 10.  Sebaliknya, Singapura yang jauh lebih kecil dan dikutuk oleh ramai rakyat dan pemimpin Malaysia mencapai rating cemerlang  melebihi 9 markah.

Hanya rakyat dapat mengubah segalanya.  Selagi rakyat yang ramai masih tetap memuja pemimpin, terus tutup mata dan telinga, keadaan tak akan banyak berubah!

Tuesday, October 19, 2010

TUKAR SETTING

Hari ini saya sudah tukar setting untuk memudahkan urusan posting.  Kata kawan setting lama dengan menggunakan penyunting lama yang membuat saya melalui beberapa masaalah.

Semoga dengan melakukan pertukaran ini, semua urusan lebih mudah.  Senang la sikit kerja.  Mungkin juga ini akan lebih mendorong saya untuk lepak lebih lama di laman.  Hehe.

Saturday, October 9, 2010

TANDA SOKONGAN


Ini entry khas untuk Kak G. Harap sudikan terima cenderahati yang tidak sepertinya ini ya. Susah juga sebab tak pandai buat. Tapi ikhlas ni!