Thursday, June 23, 2011

SESAK TEKSI

Kini sudah la bising pasal teksi yang berlebihan pula.  Perkara ini memang sepatutnya tidak terjadi.

Geli hati ada dan menyampah pun ada.  Apa tidaknya!  Orang yang buat gamat ialah orang yang bertanggung-jawap menyebabkan perkara itu berlaku.

Mereka ialah orang yang mempunyai kuasa politik dengan sewenangnya berada disebalik kelulusan permit teksi.  Pertubuhan berkenaan juga terlalu meminta supaya lesen dan permit dikeluarkan.

Sekarang mereka pula yang buat hebuh!  Bersendiwara ke aper?

Monday, June 6, 2011

ANTARA PAS DAN UMNO

Kata pemimpin Melayu, orang Melayu hanya dua pilihan iaitu antara PAS dan UMNO?  Hmm, benarkah begitu?

Bukan apa, saya terfikir saja.  Adakah pemimpin Melayu di dalam kedua-dua parti ni sajakah yang mampu menentukan nasib Melayu.  Atau adakah kerana pemimpin Melayu perlukan sokongan orang Melayu untuk berkuasa?

Sekiranya kita menggunakan garis panduan Islam, orang Melayu mesti pilih PAS saja.  Logiknya ialah orang Islam mesti memilih pemimpin dari kalangan orang Islam saja, jika pilihan itu ada.  Memang begitu hakikatnya.

Saturday, May 14, 2011

ADA KUTU PULAK YA!

Rata-rata bloggers jadi panik bila sistem Blogger tersasar.  Dua hari sistemnya jadi haru dan mencemaskan.

Mula tu kata untuk buat kerja-kerja maintenance.  Kemudian baru keluar notis kata ada masaalah dan bloggers hanya boleh baca saja.  Katanya kita hanya boleh baca saja.

Mereka memberi tahu ada 'bug' disebabkan oleh kesalahan manusia.  Ada kutu?  Ya jugak, kutu memang dikaitkan dengan orang!

Ternyata ada pula N3s yang hilang.  Malah banyak komplen komen dan respon habis hilang.  Teruk kan?

Thursday, May 5, 2011

ERTI KEGAGALAN

Hari ni saya nak kongsi erti kegagalan yang harus kita ambil tahu.  Bila kita renungkan, kita akan rasa ia mungkin dapat membawa kelainan.

Sebenarnya saya dapat makna ini dari Kak G sewaktu beliau menjawap e-mail yang saya hantar kepadanya.  Memandangkan beliau belum berkongsi di Maya lagi, saya minta izin untuk buat N3 ini dan beliau langsung tak kebaratan.

Sama-sama kita renungkan erti kegagalan ini ya.  Sebelum itu, tqvvm ya kak G.

Saya senaraikan erti kegagalan di bawah (tapi dalam bahasa Inggeris sepertimana yang asalnya dari beliau):
"Failure does not mean you have failed.  It means you are not yet successful.
Failure does not mean you have achieved nothing.  It really mean that you have learned something.
Failure does not mean you are stupid for not achieving it.  It means you are courageous for giving it a try.
Failure does not mean that you will never be successful.  It just mean that you need a little more time to succeed.
Failure does not mean that you have fallen.  It really mean that you will have the option to either try again or to venture into new and more promising opportunities.
Failure does not mean Allah SWT has deserted you.  It just mean that HE has better plans for you.

SO FAILURE IS NEITHER A DEFINITIVE WORD NOR A DEFINITE ENDING."

Tuesday, April 26, 2011

RAMAI NAK POPULAR DENGAN MEMPUNYAI RAMAI PENGIKUT

Macam trend baru pula di Maya ini sekarang.  Ramai orang berlumba-lumba buat contest yang pelbagai macam.

Rupanya ramai berlumba-lumba nak pengikut ribu-ribu.  Kalau ada contest, ada hadiah, ramai ikut jadi pengikut.  Lepas ramai itu tak saling berhubung pun.  Tambah-tambah kalau pengikut tidak mahu ikut aktif dalam kegilaan itu.

Macam itu pula jadinya!  Bagi diriku, tetap terus jadi diri sendiri.  Tak perlulah beribu-ribu pengikut kalau sekadar nak menghias di ruang carta 'Followers' tu saja.

Sunday, April 10, 2011

CERITA BERITA TAK SAMA

Pilihanraya Sarawak akan diadakan minggu depan.  Semua saluran berita menceritakan perihal kisah bersabit dengan Sarawak dan pilihanraya ini.

Cuma rasa pelik juga.  Kenapa cerita berita yang sama tetapi isinya tak sama.

Media arus perdana bercerita yang berat condong menyokong BN.  Sementara itu, media internet lebih berat memberi sokongan kepada pembangkang.

Jadi susah nak ambil pakai.  Mungkin benar seperti kata ramai orang, 'Kalau baca, jangan ikut!'

Hati ni nak juga tahu cerita yang sebenar.  Susah pula nak cari punca yang berkecuali.