Bijaksana Muslim selalu berkata hidup kita akan menepati tujuannya hanya jika hati kita bersih dan murni. Kenyataannya terlalu orang busuk hati - dengki, dendam dan iri.
Semalam saya dengar orang bercerita tentang pendekatan pakar motivasi tersohor iaitu Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Sarannnya memang meyakinkan.
Kita mesti hari-hari memanjatkan doa memohon bantuan Allah SWT supaya hati kita bersih. setiap hari juga kita mesti selawat Nabi sekurang-kurangnya sebanyak 100 kali.
Bagi memastikan kita di jalan yang benar, kita mesti insaf di atas segala kesalahan yang lalu dan segera bertaubat serta menunaikan solat taubat. Disamping itu amalkan membaca Al-Quran.
Insya Allah apabila diamalkan hari-hari, semuanya akan sebati dengan hati dan jiwa. Jadi hati kita sentiasa akan jauh dari ciri-ciri negatif, dan jiwa juga akan tenang.
Bagi mencantikkan lagi hati kita, setiap hari kita asuhkan supaya sentiasa berfikiran baik dan bersifat maaf terhadap semua insan. Di waktu yang sama kita mesti yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menjadi insan Muslim yang hebat.
9 comments:
Salam Zizaq.
Bagus ni.
Sama2lah kita cuba lakukan.
Salam Zizaq.
Memang hati mesti baik & bersih, suci & murni!
Aslmkm.
Ya. Sebaik-baik hati ialah hati Muslim yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri & semua makhluk kerana Allah SWT.
Salam Zizaq.
Setuju kata Datin!
Salam Zizaq.
Saya pun setuju juga! Hehe.
Aslmkm.
Saya setuju juga la!
Memang begitu la kan?
Aslmkm.
Bid ikut setuju. Hehe.
Salam Zizaq.
Hehehe .. panjang tu!
Saya pun sambung sajalah - setuju!
Salam Zizaq.
Ramai yang setuju dengan kak G ni!
I pun setuju juga la!
Post a Comment