Friday, March 25, 2011

MALU PULAK JADI MELAYU

Semalam tu saya rasa geram betul dengan pekerja-pekerja yang menebang dahan-dahan dan ranting di jalan berekatan rumah.  Suka-suka hati mereka saja campak sebahagian ranting di celah-celah pokok tanaman kita.

Jadi saya pun cari mandor mereka.  Bila tanya pekerja mereka kata, ' .. ini pagi tarak mari.  Boleh cakap sana itu orang juga!'  Maklum saja la, pekerja Bangla dan India.  Cakap banyak dengan mereka pun tak guna.

Bila jumpa 'si ketua' ini, saya pun tanya, 'English boleh?'  Dalam hati tu memang ingatkan dia pun sama pekerja-pekerja tadi iaitu samaada dari India atau pun Bangladesh.

'Melayu la .. saya Melayu!'  Pening sekejap sebab jelas ada tanda sembahyang kuil dikepalanya.

Tapi terus tanya juga, 'U India bukan?'

'Bapa Melayu, Malaysia juga!  Saya rakyat Malaysia!' jawapnya.

Rupanya datuknya dulu masuk Islam kerana berkahwin dengan neneknya yang merupakan seorang Melayu.  Selepas nenek Melayunya meninggal, si datuk kahwin lagi dengan India beragama Hindu pula.  Tapi status bapanya adalah kekal Melayu.  Jadi dia kira dia pun Melayu

Haru betul!   Rasa malu juga jadi Melayu.  Agama dan kaum bangsa pun bercelaru.

Friday, March 18, 2011

TAKZIAH & SIMPATI

Kita memang ikut terkesan dengan musibah berat yang melanda negara dan rakyat Jepun sekarang.  Mala petaka ini merupakan satu kejutan besar untuk seluruh dunia.

Bencana alam di Jepun kali ini sungguh teruk.  Gerak gempa bumi dan tsunami besar yang melanda telah memusnahkan begitu banyak harta benda serta juga telah mengorbankan begitu nyawa manusia.

Memang seluruh dunia mahu membantu.  Bagi individu seperti kebanyakan orang, bantuan utama adalah doa tulus supaya mereka yang terlibat secara langsung tabah menghadapi dugaan besar ini serta akan diberkati dengan rahmat pertolongan yang terbaik.

Saya ingin turut merakamkan takziah dan simpati kepada semua keluarga mangsa khasnya.  Juga simpati kepada seluruh warga Jepun amnya.

Thursday, March 10, 2011

HARI WANITA & HARI-HARI LAIN

Sekarang ini macam-macam hari ada.  Bukan saja ada Hari Merdeka atau Hari Kemerdekaan, tetapi ada Hari Kanak-Kanak Sedunia, Hari Wanita Sedunia, Hari Aids Sedunia dan pelbagai lagi.

Semalam riuh juga bunyi beberapa suara tentang Hari Wanita Sedunia.   Tapi sana sini saya tengok aktiviti berjalan seperti biasa saja bagi kebanyakan wanita.

Jadi tak ada beza la antara Hari Wanita dengan hari-hari lainnya.  Bagi saya ia setakad berslogan untuk semangat saja.

Thursday, March 3, 2011

LITAR SEPANG HILANG TARIKAN

Ramai orang bercerita F1 Malaysia mengalami kemorosotan.  Tadi saya berkesempatan berjumpa dengan anak jiran yang bekerja dengan syarikat yang berkenaan.  Dia mengesahkan bahawa semuanya adalah benar.

Katanya juga sekarang ada tawaran harga tiket yang jauh lebih murah.  Paling tidak semua orang mampu pergi melihatnya.

Tadi anak-beranak pula bersetuju untuk pergi menyaksikan perlumbaan F1 tahun ini.  Anak sulung dan Abahnya bersedia membiayai harga tiket di zon corot iaitu di padang.


Kalau jadi pun ok juga.  Corot pun corot la.  Cuma harap-harap nanti tak hujan lebat dengan guruh petir.