Thursday, June 23, 2011

SESAK TEKSI

Kini sudah la bising pasal teksi yang berlebihan pula.  Perkara ini memang sepatutnya tidak terjadi.

Geli hati ada dan menyampah pun ada.  Apa tidaknya!  Orang yang buat gamat ialah orang yang bertanggung-jawap menyebabkan perkara itu berlaku.

Mereka ialah orang yang mempunyai kuasa politik dengan sewenangnya berada disebalik kelulusan permit teksi.  Pertubuhan berkenaan juga terlalu meminta supaya lesen dan permit dikeluarkan.

Sekarang mereka pula yang buat hebuh!  Bersendiwara ke aper?

Monday, June 6, 2011

ANTARA PAS DAN UMNO

Kata pemimpin Melayu, orang Melayu hanya dua pilihan iaitu antara PAS dan UMNO?  Hmm, benarkah begitu?

Bukan apa, saya terfikir saja.  Adakah pemimpin Melayu di dalam kedua-dua parti ni sajakah yang mampu menentukan nasib Melayu.  Atau adakah kerana pemimpin Melayu perlukan sokongan orang Melayu untuk berkuasa?

Sekiranya kita menggunakan garis panduan Islam, orang Melayu mesti pilih PAS saja.  Logiknya ialah orang Islam mesti memilih pemimpin dari kalangan orang Islam saja, jika pilihan itu ada.  Memang begitu hakikatnya.