Wednesday, January 19, 2011

MENCUCI HATI

Bijaksana Muslim selalu berkata hidup kita akan menepati tujuannya hanya jika hati kita bersih dan murni.  Kenyataannya terlalu orang busuk hati - dengki, dendam dan iri.

Semalam saya dengar orang bercerita tentang pendekatan pakar motivasi tersohor iaitu Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.  Sarannnya memang meyakinkan.

Kita mesti hari-hari memanjatkan doa memohon bantuan Allah SWT supaya hati kita bersih.  setiap hari juga kita mesti selawat Nabi sekurang-kurangnya sebanyak 100 kali.

Bagi memastikan kita di jalan yang benar, kita mesti insaf di atas segala kesalahan yang lalu dan segera bertaubat serta menunaikan solat taubat.   Disamping itu amalkan membaca Al-Quran.

Insya Allah apabila diamalkan hari-hari, semuanya akan sebati dengan hati dan jiwa.  Jadi hati kita sentiasa akan jauh dari ciri-ciri negatif, dan jiwa juga akan tenang.

Bagi mencantikkan lagi hati kita, setiap hari kita asuhkan supaya sentiasa berfikiran baik dan bersifat maaf terhadap semua insan.  Di waktu yang sama kita mesti yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menjadi insan Muslim yang hebat.

Thursday, January 6, 2011

MEMPERBAIKI SET MINDA

Hari ini sudah masuk hari ke enam tahun 2011.  Rasa masa berjalan seperti biasa dan keadaan sekeliling pun tak jauh berbeza.  Ada orang pilih untuk hidup tenang, ada suka cari publisiti murahan dan ada yang tidak ambil pusing pun kerana dah muak dan letih!

Saya sendiri terfikir sendiri saja:  Sampai bila agaknya Melayu harus bercakaran sesama sendiri.  Kaum Cina lebih bersatu hati walau apapun mereka dan di platfom mana pun mereka berada.

Sudah tiba masanya Melayu mesti memegang kepada status istimewanya sebagai Melayu = Islam dan patuh kepada hukum Allah SWT dan Islam.  Jika berpaksi kepada hukum Islam, Melayu tidak akan jadi angkuh dan tidak akan bersikap bodoh!

Orang Melayu mesti memperbaiki set minda.  Ingatlah, semua orang akan mati dan berdepan dengan Tuhan nanti.  Hidup hanya satu tempat persinggahan.  Jangan rugi di dunia dan bankrup di akhirat!

Saturday, January 1, 2011

SEMPENA TAHUN BARU

SELAMAT
TAHUN BARU
2011
Khusus untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya dan semua yang lain amnya.  Semoga kita sama-sama diberkati.