Monday, February 21, 2011

MACAM-MACAM KERENAH!

Geli hati pulak dengan gelagat yang aneh-aneh ini.  Berita terbaru ini memang tak biasa berlaku.  Baca saja petikan beritanya:

Mexican woman
on hunger strike for British wedding

A 19-year-old Mexican woman was in the ninth day of a hunger strike in front of the British embassy, demanding an invitation to the wedding of Britain's Prince William and Kate Middleton, she told AFP.

"I have been a fan of Lady Di since I was a little girl," said Estibalis Chavez, who set up a tent outside the British embassy in Mexico City. "My mother was also a fan... I promised myself I would go to the next royal wedding."

The young woman said she has been asking for an invitation to the April 29 ceremony at Westminster Abbey but that the embassy has told her it was impossible.

"I intend to fight until the very end... there is no turning back," she said on Thursday, adding that the invitation could make up for a characterization on the BBC Top Gear program of Mexicans as "lazy," "feckless" and "flatulent."
Memang macam-macam kerenah.

Saturday, February 12, 2011

DAPAT CENDERAHATI

Ini cenderahati dari rakan blogger Kak G.  Beliau beri kepada semua.  Terima kasih banyak-banyak.


Sekarang ni  nak letak sebagai N3 dulu.

Monday, February 7, 2011

AZAM BARU

Selepas menanam hasrat untuk memperbaiki set minda dan peribadi, nampak gayanya kena praktikkan pula supaya nampak hasilnya.  Sejak seminggu ini, kami anak-beranak belajar meluangkan masa supaya dapat makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari.

Minggu ini, nak cuba rencanakan supaya dapat beriadah bersama seminggu sekali.  banyak orang pergi berjogging pada hari hari Sabtu dan Ahad.  Kata Abahnya, daripada pergi ikut program sendiri, elok sekeluarga pergi bersama seminggu sekali.

Mudah-mudahan saja keazaman ini dapat terlaksan dengan baik.  Sekurang-kurangnya langkah-langkah ini adalah terapi yang baik untuk memupuk setiakasih antara anggota keluarga.

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN ARNAB

SELAMAT TAHUN
BARU CINA 

Khusus untuk semua kaum Cina
Semoga ceria bahagia bersama keluarga dan sahabat handai.

Tahun ini tahun arnab.  Macam-macam ramalan yang dibuat oleh pakar-pakar ramalan Cina.  Itu memang kepercayaan ramai kaum Cina.  Tapi ramai juga tidak percaya.

Bagi kita semua rakyat Malaysia, cukuplah dengan turut bergembira saja.  Tahun ini tentulah lebih seronok kerana kita dapat bersama keluarga lebih lama.  Tahun ini cuti kerja membawa hingga ke hujung minggu.