Monday, September 27, 2010

BERHENTI UNTUK BERHENTI

Saya sudah rasa muak dengan permainan sentimen oleh sesetengah pihak. Orang itu kata orang ini, dan orang ini kata orang itu. Pemimpin-pemimpin lagi menambahkan kecuh keadaan. Laungan terus menerus bergema meminta orang jangan bersikap perkauman.

Justeru yang membuat orang ramai bertambah resah dan bimbang ialah apabila semakin banyak orang memperkatakan isu ini. Ia umpama lagu yang diputarkan berulang-ulang kali di corong-corong radio dan klip videonya yang di ulang-tayang entah keberapa kali di TV, serta isu ini digembar-gemburkan lagi di akhbar-akhbar.

Komunikasi secara negatif, membuahkan hasil yang negatif. Inilah yang terjadi sekarang.

Jika mahu isu ini reda dan padam, maka berhenti saja membicarakannya. Bila berhenti diperkatakan, cerita itu akan turut berhenti. Barulah reda marah, dan padam api kebencian.

Monday, September 20, 2010

PUASA SUNAT SYAWAL

Hari ini sudah pun 11 Syawal. Umat Islam sudah lama merayakan kemenangan beribadah di bulan Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu pergi. Semakin kurang pula hari dalam bulan Syawal ini.


Elok sangat jika kita cuba melakukan puasa sunat Syawal selama enam hari untuk menambah-baik amalan kita. Insya Allah, akan lebih sempurna ibadah puasa kita untuk tahun ini. Dengan berpuasa sunat ini kita seolah-olah berpuasa setahun.


Banyak tu ganjaran pahalanya. Bukan susah sangat nak mendapatkannya. Jadi jom la kita mengerjakan ibadah puasa sunat Syawal ini.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI 2010
Maaf Zahir dan Batin
Semoga kita sama-sama diberkati.