Sunday, June 27, 2010

POLIS LARI MENEMUI AJAL

Ini memang kenyataan. Orang ramai pun tahu, tetapi pihak berkuasa tetap berkata perkara seperti ini tidak berlaku. Apabila terbukti berlaku mereka akan berkata pula yang kejadian sebegini adalah kes terpencil.

Saya petik saja berita yang melibatkan seorang anggota polis yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa jabatan agama telah menemui ajalnya. Petikan penuh adalah seperti di bawah:
Anggota Polis Mati Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

KOTA BHARU:Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Menurut seorang petugas hotel berkenaan anggota polis yang mengalami
pendarahan serius di kepala itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di
Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) datang ke hotel itu untuk membuat pemeriksaan biasa.

"Beberapa minit kemudian seorang peniaga di sebelah hotel itu memberitahu kakitangan hotel itu mengenai seorang lelaki yang dilihat terjatuh dari bangunan hotel dalam keadaan berlumuran darah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya ketika ditemui anggota polis itu sedang mengerang kesakitan dan kakitangan hotel kemudian menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk rawatan.

Anggota polis yang bertugas di Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sejak tiga tahun lalu itu meninggalkan seorang isteri berumur 26 tahun dan seorang anak berumur tiga tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

Tuesday, June 22, 2010

SEJUKKAN HATI YANG GUSAR

Saya sering mendengar nasihat bahawa kita harus menjaga wajah supaya baik dan berseri. Mengikut fatwa, wajah yang baik dan berseri boleh menyejukkan hati yang gusar.

Sebaik dan semudah cara untuk menjaga seri wajah ialah dengan sentiasa menjaga amal ibadat terutamanya yang wajib. Ia akan bertambah baik dengan amalan-amalan sunat. Kita harus sentiasa bersyukur, berzikir, bertahmid dan berselawat. Semua ini akan bantu menenangkan jiwa.

Wajah yang berseri dan sentiasa tersenyum juga akan membawa rezeki. Ia juga akan bantu memudahkan segala urusan kita.

Jika kita sudah dapat tenang, kita juga dapat menjaga perasaan marah. Jadi segalanya akan lebih baik dan aman. Betul kan?

Saturday, June 19, 2010

KECUH DI MAJLIS BERINAI

Mengikut janji, cenderahati hanyalah untuk 40 orang tetamu saja. Tetapi majlis berinai tadi dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu.

Kata tuan rumah, cenderahati berkenaan hanyalah untuk tetamu utama di meja utama saja. Meja utama itu adalah dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki seramai 15 orang dan saudara-mara terpilih disebelah pihak pengantin perempaun. Mereka minta supaya semua cenderahati terus diatur-susun di meja utama mengikut tempat duduk.

Malangnya, sebelum tetamu terpilih duduk, beberapa cenderahati telah lesap. Mengikut beberapa saksi mata, ada tetamu yang duduk di meja lain telah songlap cenderahati yang diatur di meja utama itu.

Kemudian pengerusi majlis membuat pengumuman meminta tetamu yang telah mengambil cenderahati di meja utama supaya segera mengembalikannya. Tetapi tiada siapa yang berbuat demikian.

Saksi-saksi mata telah mengenal pasti mereka-mereka yang telah mengambil cenderahati berkenaan. Urusetia majlis kemudian pergi meminta semuanya kembali. Tetamu berkenaan terus bangun dan tinggalkan majlis. Malulah agaknya!

Wednesday, June 16, 2010

IKUT MENUKAR WAJAH JUGA!

Saya agak bz beberapa hari lepas. Bz menolong anak menyiapkan segala tempahan yang diterima. Kira di cuti ini rezeki lebih murah. Alhamdulillah.

Hari ini bolehlah bersenang-senang sikit. Sudah tak banyak kerja yang perlu dibuat. Jadi saya relaks ke Maya pula la.

Oleh kerana ada tawaran untuk menukar corak blog kepada rekabentuk baru, saya pun ikut menukar wajah jugalah. Ubah corak sajalah nampaknya, sebab hati masih berkenan dengan skima warna seperti dulu. Hehe.

Saturday, June 12, 2010

DEMAM 'WORLD CUP 2010'

Aduh! Sakit pula telinga ni mendengar jerit sorak anak-beranak menonton bolasepak 'World Cup 2010' yang bermula hari ini. Saya dan anak perempuan saja yang tidak minat dengan bolasepak.

Tadi pertandingan bermula dengan perlawanan di antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan pasukan Mexico. Sebenarnya kedua-dua pasukan ni mereka tak sokong pun. Tetapi dek kerana terkena seruan puaka demam bola, mereka tengok juga.

Nampaknya sebulan ini tak keruan jadinya tadi. Bapa dan anak lelaki dah memonopoli TV di ruang keluarga. Kita yang perempuan kena tengok TV kecil di ruang makan dekat dapur la. Mereka boleh lepak tidur di atas sofa atau bentang tilam yang boleh jinjing tu di depan TV. Sementara kita orang pula terpaksa duduk menegak di kerusi meja makan.

Apa nak buat? Kalau bergaduh pun, menambahkan kecoh saja!

Saturday, June 5, 2010

CUTI DAN KENDURI

Macam dah sinonim antara cuti dan kenduri. Dari hari ini membawa sampai habis cuti, tiap-tiap hari ada kenduri.

Bagi anak saya, beliau memang suka sebab ini bererti pendapatan yang lebih kerana tempahan bertambah. Saya pun tumpang juga la sekaki, sebab ada syer juga. Hehe.

Tetapi sekali ni rasa tak terlarat pula nak ambil pesanan. Maklum sajalah sekarang susah nak mendapat pembantu Indonesia tu.

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL BERSIFAT BINATANG

Saya ingin merakamkan rasa marah dan benci saya kepada pihak zionis Israel dan sekutu-sekutu meraka di atas tindakan kebinatangan mereka menyerang kapal misi kedamaian ke Gaza itu. Perlakuan sama sekali tidak dapat di terima.

Semoga rakyat kita yang terlibat semuanya benar-benar selamat dan sihat. Jangan pula kenyataan mereka untuk segera membebaskan dan menghantar pulang semua tahanan itu merupakan satu rheotorik murahan untuk meredakan kemarahan masyarakat dunia.