Tuesday, April 26, 2011

RAMAI NAK POPULAR DENGAN MEMPUNYAI RAMAI PENGIKUT

Macam trend baru pula di Maya ini sekarang.  Ramai orang berlumba-lumba buat contest yang pelbagai macam.

Rupanya ramai berlumba-lumba nak pengikut ribu-ribu.  Kalau ada contest, ada hadiah, ramai ikut jadi pengikut.  Lepas ramai itu tak saling berhubung pun.  Tambah-tambah kalau pengikut tidak mahu ikut aktif dalam kegilaan itu.

Macam itu pula jadinya!  Bagi diriku, tetap terus jadi diri sendiri.  Tak perlulah beribu-ribu pengikut kalau sekadar nak menghias di ruang carta 'Followers' tu saja.

Sunday, April 10, 2011

CERITA BERITA TAK SAMA

Pilihanraya Sarawak akan diadakan minggu depan.  Semua saluran berita menceritakan perihal kisah bersabit dengan Sarawak dan pilihanraya ini.

Cuma rasa pelik juga.  Kenapa cerita berita yang sama tetapi isinya tak sama.

Media arus perdana bercerita yang berat condong menyokong BN.  Sementara itu, media internet lebih berat memberi sokongan kepada pembangkang.

Jadi susah nak ambil pakai.  Mungkin benar seperti kata ramai orang, 'Kalau baca, jangan ikut!'

Hati ni nak juga tahu cerita yang sebenar.  Susah pula nak cari punca yang berkecuali.

Sunday, April 3, 2011

SEMAKIN JELAS

Banyak orang mahu kuasa kerana kuasa itu akan mengubahkan nasib mereka.  Ramai mahu kuasa kerana ia lambang kejayaan.  Tidak kurang juga orang yang mahu kuasa kerana ia lesen untuk melakukan kehendak hati mereka.

Sekarang semakin jelas mengapa yang berkuasa akan melakukan apa cara untuk terus kekal berkuasa.  Ada yang sampai sanggup melakukan apa saja, asalkan mereka akan terus berkuasa.

Allah SWT Maha Amat Berkuasa.  Semuanya berlaku atas izinNya juga.