Saturday, December 25, 2010

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT CHRISTMAS & SELAMAT BERCUTI

SELAMAT
HARNATAL
Khusus untuk semua penganut Christian
Semoga ceria bahagia bersama keluarga dan sahabat handai.

SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU
Khusus untuk semua warga Malaysia
Semoga kita sama-sama diberkati.

Saturday, December 18, 2010

YANG HIDUP PUN TAK DIHORMATI

Menarik juga berita mengenai kawasan perkuburan Cina di kawasan Kepong yang telah tercemar.  Apa yang amat menarik ialah ada seruan supaya orang ramai menghormati orang-orang yang telah mati.

Ramai penduduk di rumah pangsa berdekatan dikatakan telah sewenang-wenangnya membuang sampah dan sisa buangan di perkuburan ini.  Ekoran dari itu persatuan perkuburan Cina di kawasan Kepong, Jinjang dan Batu mendesak supaya Majlis Perbandaran Selayang mengambil tindakan segera.

Penduduk Cina amat berdukacita di atas pencerobohan ini.  Jurucakap mereka mengatakan orang ramai patut menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia.  Mereka yang bertanggung-jawap di atas pencemaran diseru supaya memberi ruang supaya penghuni-penghuni kubur di situ terus tenang dan damai.

Seruan itu memang la baik.  Tapi bila kita fikirkan pula, begitu ramai orang tidak menghormati orang yang hidup sekalipun.  Mana mungkin mereka yang biadap begitu tahu menghormati orang yang sudah mati!

Sunday, December 12, 2010

BZ TAPI REZEKI

Minggu ini saya dan anak amat bz sekali.  Tempahan untuk menyediakan buah tangan bertindih dan banyak pula.  Kali ini anak saya terlalu optimis dan mengambil tempahan yang lebih sedikit.

Terkejar-kejar kita orang untuk menyiapkan tempahan dalam masa yang ditetapkan.  Habis dengan suami dan anak-anak lain terpaksa ikut sama membantu.

Ini satu pengajaran juga.  Jika kakitangan kita hanya terhad, jangan diambil tempahan banyak.  Memang akan kelam-kabut jadinya.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah siap juga semuanya.  Suami pula dah bagi nasihat yang agak keras supaya lebih berhati-hati menerima tempahan.

Saturday, December 4, 2010

APA MAKSUD MEREKA?

Sebagai rakyat biasa, saya tertanya-tanya kenapa subsidi kepada rakyat mesti dikurangkan atau ditarik balik?  Dalam keadaan kos hidup yang semakin tinggi, rakyat dibeban lagi.  Sesuka hati mereka saja!

Sana sini bayar tol; caj air dan api naik dan harga barang itu ini naik!  Sekarang subsidi mula dikurangkan pula!  Apa maksud mereka?

Tuesday, November 23, 2010

GOSIP CERITA SEDAP

Kalau nak diikutkan setiap hari memang banyak cerita-cerita yang amat sedap didengar. Tetapi jika diteliti, kebanyakan cerita ini adalah cerita gosip.

Bila usia sudah semakin meningkat, dan setelah pergi mengerjakan ibadah haji, rasa takut sekali untuk ikut dengan gosip ini. Ini adalah kerana gosip memang sinonim dengan mengumpat. Hukum Allah SWT jelas meletakkan mengumpat sebagai perbuatan yang berdosa besar.

Walaupun begitu, rasanya amat susah untuk mengelakkan dari tempias gosip. Di sana sini penuh dengan gosip. Namun, Allah juga Maha Mengetahui lagi Maha Adil. Semoga niat kita untuk tidak terlibat gosip dan usaha mengelakkan dari gosip memadai untuk terlepas dari dosa ini.

Tuesday, November 16, 2010

RAYA HAJI PULAK

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILADHA 1431H
Maaf Zahir dan Batin

Thursday, November 11, 2010

BERITA GEMPAR

Memang terkedu bila membaca tentang berita bahawa artis yang dibanggakan sebagai seorang artis yang berkelulusan tinggi dan seorang pakar motivasi yang berwawasan tinggi sebenarnya memiliki ijazah kelulusan palsu.  Artis yang sejak beberapa lama dikenali sebagai Dr Fazley disahkan mempunyai ijazah kedoktoran palsu.

Berita ini memang mengemparkan.  Ia didedahkan diperingkat antarabangsa oleh  sebuah organisasi yang bereputasi tinggi iaitu Perbadanan Penyiaran British (BBC).  Siasatan telah dijalankan setelah mereka meragui status kelulusannya, sedangkan beliau menerajui sebuah institusi pengajian.

Kini penyanyi dan pelakon Fazley Yaakob telah mengesahkan berita itu.  Ekoran dari itu beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif institusi pengajian tinggi yang diterajuinya itu iaitu Fazley International Collage (FIC).  Beliau juga sudah tidak menggunakan gelaran 'Dr' itu lagi.

Diberitakan peletakan jawatan Fazley itu dibuat berikutan tindakan University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC.  Penggantungan kerjasama itu dilakukan oleh universiti berkenaan selepas terdapat pendedahan Fazley mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan itu.

Tuesday, October 26, 2010

LAWAK KE?

Rata-rata para analisis berkata bahawa Malaysia mesti serius dan komited untuk melawan rasuah jika mahu maruah negara dan imej sebagai antara negara yang korup, pemimpin dulu mesti bersih!  Rasa macam lawak pulak!

Tak tahulah bila imej sebagai sebuah negara yang korup tu akan pulih.  Kalau dulu masa Pak Lah, kedudukannya lebih baik sedikit.  Setahun berlalu selepas Najib ambil alih, makin merosot adalah.

Anehnya imej yang digambarkan di dalam negara melalui media arus perdana seperti pemimpin amat berkualiti. Tetapi hakikatnya seperti cakap dan propaganda saja yang lebih.  Kedudukan sebagai negara korup masih di takuk sama.

Malah pencapaian rating telah menurun dari 4.5 markah tahun lepas ke 4.4 tahun ini dalam rangka markah antara 0 - 10.  Sebaliknya, Singapura yang jauh lebih kecil dan dikutuk oleh ramai rakyat dan pemimpin Malaysia mencapai rating cemerlang  melebihi 9 markah.

Hanya rakyat dapat mengubah segalanya.  Selagi rakyat yang ramai masih tetap memuja pemimpin, terus tutup mata dan telinga, keadaan tak akan banyak berubah!

Tuesday, October 19, 2010

TUKAR SETTING

Hari ini saya sudah tukar setting untuk memudahkan urusan posting.  Kata kawan setting lama dengan menggunakan penyunting lama yang membuat saya melalui beberapa masaalah.

Semoga dengan melakukan pertukaran ini, semua urusan lebih mudah.  Senang la sikit kerja.  Mungkin juga ini akan lebih mendorong saya untuk lepak lebih lama di laman.  Hehe.

Saturday, October 9, 2010

TANDA SOKONGAN


Ini entry khas untuk Kak G. Harap sudikan terima cenderahati yang tidak sepertinya ini ya. Susah juga sebab tak pandai buat. Tapi ikhlas ni!

Tuesday, October 5, 2010

FIKIRAN DUNGU

Kata AP Pasir Mas merangkap Presiden Perkasa, kita boleh bersifat rasis di majlis tertutup. Atas dasar itulah mungkin, si Penolong Pengarah Biro Tata Negara membuat kenyataan sedemikian di majlis tertutup Puteri UMNO.

Apa punya pemikiran? Jelas-jelas inilah adalah satu fikiran dungu. Ternyata ini satu sikap yang dekat dengan orang Melayu.

Jika orang Islam, sifat-sifat orang beriman mengikut Firman Allah SWT ialah yang paling dinamik dan termulia. Malah sifat-sifat yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW adalah insan yang tidak akan menyakiti sesiapa, samaada di depan atau pun di belakang.

Jadi kita masih terus terfikir, sejauh mana benarnya orang Melayu itu beriman dan Islam.

Monday, September 27, 2010

BERHENTI UNTUK BERHENTI

Saya sudah rasa muak dengan permainan sentimen oleh sesetengah pihak. Orang itu kata orang ini, dan orang ini kata orang itu. Pemimpin-pemimpin lagi menambahkan kecuh keadaan. Laungan terus menerus bergema meminta orang jangan bersikap perkauman.

Justeru yang membuat orang ramai bertambah resah dan bimbang ialah apabila semakin banyak orang memperkatakan isu ini. Ia umpama lagu yang diputarkan berulang-ulang kali di corong-corong radio dan klip videonya yang di ulang-tayang entah keberapa kali di TV, serta isu ini digembar-gemburkan lagi di akhbar-akhbar.

Komunikasi secara negatif, membuahkan hasil yang negatif. Inilah yang terjadi sekarang.

Jika mahu isu ini reda dan padam, maka berhenti saja membicarakannya. Bila berhenti diperkatakan, cerita itu akan turut berhenti. Barulah reda marah, dan padam api kebencian.

Monday, September 20, 2010

PUASA SUNAT SYAWAL

Hari ini sudah pun 11 Syawal. Umat Islam sudah lama merayakan kemenangan beribadah di bulan Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu pergi. Semakin kurang pula hari dalam bulan Syawal ini.


Elok sangat jika kita cuba melakukan puasa sunat Syawal selama enam hari untuk menambah-baik amalan kita. Insya Allah, akan lebih sempurna ibadah puasa kita untuk tahun ini. Dengan berpuasa sunat ini kita seolah-olah berpuasa setahun.


Banyak tu ganjaran pahalanya. Bukan susah sangat nak mendapatkannya. Jadi jom la kita mengerjakan ibadah puasa sunat Syawal ini.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI 2010
Maaf Zahir dan Batin
Semoga kita sama-sama diberkati.

Monday, August 23, 2010

IKUT NAFSU MAKAN

Semalam saya sekeluarga pergi berbuka di Hotel Singgahsana. Bukan apa sana tu murah sikit dari tempat lain.

Memang bermacam-macam makanan ada. Tetapi orang pun ramai. Berebut-rebut mengambil makanan.

Sebelum berbuka lagi semua orang mengambil bermacam-macam makanan dan menghidangkannya di meja masing-masing. Sampaikan tak cukup meja dibuatnya.

Semua pengunjung bagaikan jakun ada juga! Seperti tak pernah makan saja!

Wednesday, August 18, 2010

MAS RUGI BESAR TETAPI AIR ASIA UNTUNG BESAR

Beberapa hari lepas kita mendapat berita bahawa Syarikat Penerbangan MAS telah mengalami kerugian besar untuk suku tahun kedua tahun ini. Tetapi orang utama yang bertanggung-jawap tentang kerugian ini malah diberi mandat yang lebih besar bertaraf menteri di dalam kabinet Malaysia.
Hari ini kita mendpat khabar pulak bahawa Syarikat Penerbangan AirAsia mengalami kenaikan keuntungan sebanyak 42.8 peratus dalam waktu yang sama. Ini adalah berikutan dari kenaikan jumlah penumpang dan pengangkutannya.

Mengikut sumber syarikat penerbangan budget terbesar di Asia Tenggara ini, keuntungan bersih mereka bagi tempuh suku tahun April-June naik kepada RM198.9 juta (atau USD 62.89 juta) dari RM139.2 juta pada waktu yang sama pada tahun lepas.

Air Asia yakin prestasi mereka akan lebih meningkat untuk masa berikutnya. Mengikut tradisi, mereka mencatat keuntungan terbesar pada suku tahun terakhir.

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADAN

Alhamdulillah kita dapat bersama-sama di bulan Ramadan tahun ini. Semoga kita dikurniakan umur yang panjang, kekuatan dan rahmat untuk mengerjakan segala ibadah wajip dan sunat dengan sempurna dan baik. Amin.
Marilah sama-sama berpuasa yang sebenar-benarnya serta mengerjakan solat sunat terawih, dhuha dan lain-lain. Kita cuba juga untuk membaca Al Qur'an sebanyak yang boleh.

Tuesday, August 3, 2010

PEMIMPIN MUNAFIK

Saya hairan betul dengan tindak tanduk mantan Menteri Besar Selangor, si Khir Toyo. Nampak benar beliau seorang 'pengalah yang sebal' yang masih tidak insaf dengan kesalahan sendiri.

Semasa era pimpinannya macam-macam kerenah pemerintahannya menjadi kesalan rakyat. Bukan semua rakyat suka dengan segala tindak tanduknya. Jika pun sekarang ada rakyat yang tidak suka dengan era pimpinan Tan Sri Khalid, masih ramai yang berterima kasih dengan cara pimpinan yang lebih baik dan telus.

Memang la akan ada orang yang suka dan juga tidak suka. Mana-mana pun sama saja. Tak ada mana mandat pun mendapat pengesahan 100 peratus dari rakyat.

Jadi ambil iktibarlah. Kalau semua sudah akui cara pemilihan sewaktu pilihanraya 2008 itu adalah adil, maka semua juga harus terima keputusan rakyat tu. Jangan munafik mengatakan pemimpinnya tak bagus, sedang kan awak dulu jauh lebih teruk!

Friday, July 30, 2010

IMAM MUDA ADA KALIBER

Pada saya kedua-dua finalis pertandingan Imam Muda yang popular ini mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Tetapi memang sudah adat pertandingan hanya satu akan muncul sebagai juara. Pada kebiasaannya, juara mestilah ada sekurang-kurangnya sedikit kelebihan.

Ternyata finalis Imam Muda Ashraf lebih memikat, iaitu apa yang kita katakan tarikan karisma. Saya lihat beliau lebih terpancar keikhlasan dan kemesraannya serta lebih lancar berbicara. Sementara persona Imam Muda Mizbur kelihatan nampak agak 'reserved' sedikit.

Dari segi kemerduan suara, imam muda Mizbur mempunyai kelebihan. Ciri-ciri ini semuanya sudah semestinya mempengaruhi penilaian.

Penilaian peringkat akhir ini terbahagi kepada tiga kategori. 50% markah adalah atas penilaian pengetahuan secara bertulis, 20% atas tugasan di kampung dan 30% lagi penilaian semasa siaran langsung.

Tahniah kepada Imam Muda Ashraf yang dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul 2010.

Tuesday, July 27, 2010

MANUSIA PUNYA HATI DAN PERASAAN

Saya amat tersentuh membaca berita tentang penderaan terhadap kanak-kanak dan juga mangsa yang tidak berdaya. Kalau dikirakan manusia ada akal, hati dan ada perasaan. Sepatutnya boleh berfikir dan hati nurani.

Namun sebaliknya sering berlaku. Anak, isteri dan teman wanita malah orang gaji, pembantu didera hingga mengakibatkan kecederaan yang berat dan menggugat nyawa.

Sesuatu yang serious mesti digarab oleh mereka yang diberi mandat dan kuasa . Sudah-sudahlah dengan gimik-gimik konon membela rakyat dan sebagainya. Kenyataannya mereka yang kaya raya. Rakyat masih tertindas dan banyak yang perit menderita.

Kita mahu perancangan dan taindakan yang jelas dan komited untuk membanteras segala gejala sosial. Sekurang-kurangnya hasil usaha itu nampak semakin meminimakan segala masaalah ini. Jangan asyik melaung katakan buat itu dan ini, tetapi semua gejala semakin bertambah.

Betul tak?

Friday, July 23, 2010

RESIPI SEDAP!

Hari ini saya nak panjangkan resipi yang saya dapat dari on-line yang saya dah cuba. Bukan apa, resipi memang sedap. Jadi kalau teringin, buatlah!

Rendang Daging

Bahan-Bahan:

250 ml minyak masak
3 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
3 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan dikisar:

5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
10 tangkai cili kering
100 gm buah keras

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing.

Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.

Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.

Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.

Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.

Monday, July 19, 2010

BADAN BERTAMBAH MONTEL

Bila badan makin bertambah montel dan berat, semua orang fobia. Tapi fobia pun, badan dah tetap naik. Jadi kena ambil langkah yang mujarab sajalah.

Langkah pertama, sempena bulan Syaaban menjelang Ramadhan, saya ikut syor untuk puasa setiap Isnin dan Khamis. Kemudian langkah kedua pula ialah menggerakkan anggota badan secara sihat. Jadi saya main baling-baling bola ke dalam gol basketball.

Mulai hari ini, saya nak cuba kawal diet pula. Ini ada sikit masaalah la. Hehe.

Wednesday, July 14, 2010

Hari tu ada cerita pasal kes syarikat MLM bersabit Rosyam. Sekarang dah kes bersabit dengan penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail dan isterinya Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang juga juara program realiti Gadis Melayu di TV9.

Artis dan selebriti mengeluarkan kenyataan mereka tidak menipu. Rosyam mengatakan beliau sendiri melaburkan begitu banyak wang, tetapi terus mengatakan yakin dengan prestasi syarikat. Sementara Saiful dan isteri mendakwa mereka sendiri turut tertipu.

Sedang di luar sana, ada orang yang mendakwa mereka ditipu dengan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau jualan langsung.

Ternyata semua ini melibatkan syarikat dan selebriti ternama. Tentu ada yang tak kena. Tapi di mana yang tak kena, dan apa yang tak kena tu?

Pada saya semua pun bertanggung-jawap di atas apa yang berlaku. Perniagaan cuba mengambil kesempatan dan peluang perniagaan dengan menggunakan selebriti; selebriti pula mengambil kesempatan di atas populariti mereka; dan orang yang mengadu ditipu pula mencuba mengambil kesempatan untuk mendapat pulangan berganda yang mudah.

Di dalam dunia sekarang memang perkara seperti sering berlaku. Tetapi orang tak serik-serik juga!

Sunday, July 11, 2010

BANDUNG, NILAI DAN ALOR SETAR

Sejak anak saya membuat perniagaan sambilan bersabit dengan cenderahati dan menyediakan hantaran untuk majlis dan pengantin, saya pun ikut sibuk membantu carikan bahan-bahan. Adalah juga syer saya tu. Hehe.

Mula-mula dulu anak saya cuma mendapatkan bekalan di kedai sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tetapi sekarang, kita menilai dari segi pesanan dulu.

Memang berbaloi pergi sampai ke Bandung dan Alor Setar untuk mendapat bekalan jika ordernya banyak. Tetapi jika membuat cenderahati untuk sekitar bawah 200 orang, saya dan anak saya akan membeli di Nilai saja.

Di Nilai sekarang ini memang banyak pilihan. Cuma barang-barangnya agak mahal jika dibandingkan dengan harga di Alor Setar. Umpamanya harga beg barang buah tangan berniali sekurang-kurangnya RM 1.50 setiap satu di Nilai, sementara di Alor Setar harganya hanya separuh saja daripada harga di Nilai.

Wednesday, July 7, 2010

HORRIFIC ACCIDENT

Look at the wreckage of the car that plunged down the Expressway and killed the driver instantly. What a horrific sight.

I quote in full the report about this horrific accident that occurred along the North-South Expressway near the Sungei Buloh Exit.
PETALING JAYA: A businessman was killed after his car crashed into a divider at the 456.2km stretch of the North-South Expressway and fell 20m from a flyover.

Azizi Syeh Mohd Jailani, 27, was driving to his home in Taman Tun Dr Ismail at about noon yesterday when the accident occurred, Selangor Public Order and Traffic police chief Supt Che Hussin Omar said.

“He was killed on the spot when his car plunged and a metal rail pierced through his
car, hitting him in the stomach."

“His car was found in a ditch below the overhead road, while his body was found 10m away,” he said.

Sunday, June 27, 2010

POLIS LARI MENEMUI AJAL

Ini memang kenyataan. Orang ramai pun tahu, tetapi pihak berkuasa tetap berkata perkara seperti ini tidak berlaku. Apabila terbukti berlaku mereka akan berkata pula yang kejadian sebegini adalah kes terpencil.

Saya petik saja berita yang melibatkan seorang anggota polis yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa jabatan agama telah menemui ajalnya. Petikan penuh adalah seperti di bawah:
Anggota Polis Mati Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

KOTA BHARU:Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Menurut seorang petugas hotel berkenaan anggota polis yang mengalami
pendarahan serius di kepala itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di
Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) datang ke hotel itu untuk membuat pemeriksaan biasa.

"Beberapa minit kemudian seorang peniaga di sebelah hotel itu memberitahu kakitangan hotel itu mengenai seorang lelaki yang dilihat terjatuh dari bangunan hotel dalam keadaan berlumuran darah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya ketika ditemui anggota polis itu sedang mengerang kesakitan dan kakitangan hotel kemudian menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk rawatan.

Anggota polis yang bertugas di Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sejak tiga tahun lalu itu meninggalkan seorang isteri berumur 26 tahun dan seorang anak berumur tiga tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

Tuesday, June 22, 2010

SEJUKKAN HATI YANG GUSAR

Saya sering mendengar nasihat bahawa kita harus menjaga wajah supaya baik dan berseri. Mengikut fatwa, wajah yang baik dan berseri boleh menyejukkan hati yang gusar.

Sebaik dan semudah cara untuk menjaga seri wajah ialah dengan sentiasa menjaga amal ibadat terutamanya yang wajib. Ia akan bertambah baik dengan amalan-amalan sunat. Kita harus sentiasa bersyukur, berzikir, bertahmid dan berselawat. Semua ini akan bantu menenangkan jiwa.

Wajah yang berseri dan sentiasa tersenyum juga akan membawa rezeki. Ia juga akan bantu memudahkan segala urusan kita.

Jika kita sudah dapat tenang, kita juga dapat menjaga perasaan marah. Jadi segalanya akan lebih baik dan aman. Betul kan?

Saturday, June 19, 2010

KECUH DI MAJLIS BERINAI

Mengikut janji, cenderahati hanyalah untuk 40 orang tetamu saja. Tetapi majlis berinai tadi dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu.

Kata tuan rumah, cenderahati berkenaan hanyalah untuk tetamu utama di meja utama saja. Meja utama itu adalah dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki seramai 15 orang dan saudara-mara terpilih disebelah pihak pengantin perempaun. Mereka minta supaya semua cenderahati terus diatur-susun di meja utama mengikut tempat duduk.

Malangnya, sebelum tetamu terpilih duduk, beberapa cenderahati telah lesap. Mengikut beberapa saksi mata, ada tetamu yang duduk di meja lain telah songlap cenderahati yang diatur di meja utama itu.

Kemudian pengerusi majlis membuat pengumuman meminta tetamu yang telah mengambil cenderahati di meja utama supaya segera mengembalikannya. Tetapi tiada siapa yang berbuat demikian.

Saksi-saksi mata telah mengenal pasti mereka-mereka yang telah mengambil cenderahati berkenaan. Urusetia majlis kemudian pergi meminta semuanya kembali. Tetamu berkenaan terus bangun dan tinggalkan majlis. Malulah agaknya!

Wednesday, June 16, 2010

IKUT MENUKAR WAJAH JUGA!

Saya agak bz beberapa hari lepas. Bz menolong anak menyiapkan segala tempahan yang diterima. Kira di cuti ini rezeki lebih murah. Alhamdulillah.

Hari ini bolehlah bersenang-senang sikit. Sudah tak banyak kerja yang perlu dibuat. Jadi saya relaks ke Maya pula la.

Oleh kerana ada tawaran untuk menukar corak blog kepada rekabentuk baru, saya pun ikut menukar wajah jugalah. Ubah corak sajalah nampaknya, sebab hati masih berkenan dengan skima warna seperti dulu. Hehe.

Saturday, June 12, 2010

DEMAM 'WORLD CUP 2010'

Aduh! Sakit pula telinga ni mendengar jerit sorak anak-beranak menonton bolasepak 'World Cup 2010' yang bermula hari ini. Saya dan anak perempuan saja yang tidak minat dengan bolasepak.

Tadi pertandingan bermula dengan perlawanan di antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan pasukan Mexico. Sebenarnya kedua-dua pasukan ni mereka tak sokong pun. Tetapi dek kerana terkena seruan puaka demam bola, mereka tengok juga.

Nampaknya sebulan ini tak keruan jadinya tadi. Bapa dan anak lelaki dah memonopoli TV di ruang keluarga. Kita yang perempuan kena tengok TV kecil di ruang makan dekat dapur la. Mereka boleh lepak tidur di atas sofa atau bentang tilam yang boleh jinjing tu di depan TV. Sementara kita orang pula terpaksa duduk menegak di kerusi meja makan.

Apa nak buat? Kalau bergaduh pun, menambahkan kecoh saja!

Saturday, June 5, 2010

CUTI DAN KENDURI

Macam dah sinonim antara cuti dan kenduri. Dari hari ini membawa sampai habis cuti, tiap-tiap hari ada kenduri.

Bagi anak saya, beliau memang suka sebab ini bererti pendapatan yang lebih kerana tempahan bertambah. Saya pun tumpang juga la sekaki, sebab ada syer juga. Hehe.

Tetapi sekali ni rasa tak terlarat pula nak ambil pesanan. Maklum sajalah sekarang susah nak mendapat pembantu Indonesia tu.

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL BERSIFAT BINATANG

Saya ingin merakamkan rasa marah dan benci saya kepada pihak zionis Israel dan sekutu-sekutu meraka di atas tindakan kebinatangan mereka menyerang kapal misi kedamaian ke Gaza itu. Perlakuan sama sekali tidak dapat di terima.

Semoga rakyat kita yang terlibat semuanya benar-benar selamat dan sihat. Jangan pula kenyataan mereka untuk segera membebaskan dan menghantar pulang semua tahanan itu merupakan satu rheotorik murahan untuk meredakan kemarahan masyarakat dunia.

Monday, May 31, 2010

SAMY VELLU MASIH BERDEGIL

Kalau di luar negeri, jika ketua sesebuah parti hilang kepercayaan dan/atau jika parti di bawah kepimpinannya banyak telibat dengan berbagai kecuhan, ketua itu akan meletakkan jawatan.

Tetapi di Malaysia, ramai orang muka mereka tebal seperti kulit babi. Mereka tidak tahu malu pun.

Jadi tak hairanlah Samy Vellu tu masih berdegil tidak mahu berundur dan melepaskan jawatannya. Dia tidak peduli siapa kata apa. Jelas dia berkepala batu juga! Siapa lantang bersuara dan menentangnya, dia cantas!

Friday, May 28, 2010

TUKAR RANCANGAN

Anak-anak dari kecil sampai dah besar dewasa sekarang masih juga suka geng dengan abahnya buat pelan pergi sana sini. Bila dah buat keputusan barulah mereka bagitau saya ni. Kira mak akhir sekali barulah tau.

Macam hari ini, rupanya sudah dua tiga hari lepas mereka rencana nak pergi memancing di Kuala Selangor. Tetapi tadi selepas balik dari sembahyang Jumaat, hujan turun dengan lebatnya.

Jadi terpaksalah tukar rancangan. Semua terus tidur saja. Selepas bangun dah nak pergi memancing ke Tasik Jaya pula. Tetapi saya rasa tak lalu pulak nak makan ikan dari situ! Geli!

Jadi tukar lagi rancangan. Esok katanya nak pergi ke Putrajaya pulak. Jika tidak ada apa-apa aral lagi, besok seluruh keluarga akan pergi berkelah ke Putrajaya. Yang berminat nak pancing, bolehlah cari tempatnya nanti.

Sunday, May 23, 2010

MIC dan GAS

Saya nak ikut menyebuk saja ni. Sebenarnya saya rasa geli hati dengan kemelut dalam MIC, iaitu parti politik cawangan India BN.

Semalam bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu sehari sebelumnya, mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Katanya GAS akan beroperasi bagi mendesak supaya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden.

Menurut beliau, GAS adalah himpunan golongan yang menentang Samy Vellu. Katanya lagi, GAS ini akan disertai oleh mereka-mereka yang dipecat oleh Samy Vellu, yang tak suka dengannya ataupun mana-mana ahli parti yang tak suka dengan kepimpinannya. Pendeknya, "semua orang boleh sertai GAS tanpa mengira kaum."

Mereka akan terus mendesak sampai Samy Vellu memberi laluan kepada orang lain untuk menerajui parti.

Jelas Samy Vellu telah melebihi had masa penerimaan ramai. Beliau sudah terlalu lama merajui MIC iaitu sejak 1979 lagi. Kehadirannya dikenalpasti sebagai tidak relevan lagi untuk kaum India.

Mugilan telah menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan tindakan beraninya mengkritik dan membuat gesaan supaya Samy Vellu berundur didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

Wednesday, May 19, 2010

BUNG MOKTAR AND WIFE SENTENCED

This morning the Syariah Court in Gombak made an impactive judgement. The judge sentenced the Kinabatangan MP, Datuk Bung Moktar Radin and his wife, Zizie Izette, for committing polygamy without consent of the Court.

Datuk Bung Moktar was sentenced to one month jail for committing polygamy without consent of the Court. Zizie Izette was slapped with RM1000 fine or one month jail sentence for same offence.

The Court also slapped Zizie Izette with another RM1000 fine or six months jail sentence for abetting in polygamy.

Datuk Moktar's counsel has requested for a stay of excecution of imprisonment. The Court is expected to resume sitting at 12 noon.

Sunday, May 16, 2010

TERIMA KASIH CIKGU


SELAMAT HARI GURU

Ucapan ini ditujukan kepada semua warga guru seluruh Malaysia dan seantero dunia. Jasa tetap akan dikenang.

Tuesday, May 11, 2010

KELIRU!

Akhir-akhir ini dah kerap pulak berlaku kes polis menembak orang awam. Tentunya kes yang paling hangat ialah yang melibatkan kematian remaja Aminulrashyid Amzah, 15 tahun itu.

Semalam seorang polis berpangkat Koperal telah dituduh membunuh remaja itu tanpa niat. Seperti biasa yang dituduh tak pernah mengaku bersalah.

Sebenarnya inilah yang selalu mengelirukan. Bila ada satu-satu kes yang membangkitkan reaksi marah yang tinggi dari rakyat, pihak kuasa akan lebih cepat mengambil tindakan, dan lebih cepat mendapat pelakunya. Kemudian, bila kemarahan sudah mereda, kita tak tahu lagi apa perkembangan selanjutnya.

Macam hari itu, ramai marah dengan ucapan rasist dari kakitangan PM. Hingga ke hari ini kita tak tahu apa penyudahnya? Kenapakah yang sudah terang itu tidak didakwa dan dihukum dibawah Akta Hasutan.

Hari ini, saya juga keliru kenapa hanya seorang konstabel polis saja dari kumpulan polis yang mengejar hingga menyebabkan kematian remaja itu didakwa? Konstabel berkenaan didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Tidak ada peruntukan undang-undang untuk mendakwa yang lain-lain itu bersubahatkah?

Friday, May 7, 2010

INJEKSI H1N1

Risau betul bila demam selsema berlarutan hingga berhari-hari. Hilang berair hidung, dah batuk dan suhu badan pula naik.

Hari Rabu diulang buat lagi ikut petua pakai kunyit bakar Kak G tu, dan juga tangas. Alhamdulillah semalam dah kebah. Hari ini sudah pulih seperti sedia kala.

Tadi pagi saya dan suami telah pergi mendapatkan suntikan H1N1 di Poliklinik Keluarga Kelana Jaya. Mula-mula kami pergi ke Hospital Universiti kerana ia lebih dekat dengan rumah. Tapi kemudahan itu tak ada di sana. Kata jururawat bertugas khidmat ini hanya ada di hospital and klinik kerajaan. Rupanya, Universiti Hospital tidak dikira sebagai hospital kerajaan. Pelek juga!

Apapun kami terus menuju ke Kelana Jaya pula. Nasib baik juga khidmat ini diberi secara lebih mudah kerana selepas daftar, kami diarah supaya pergi terus ke bilik suntikan.

Kemudahan ini dihadkan kepada orang ramai yang berumur tidak melebihi 65 tahun. Kana-kanak di bawah 8 tahun pun tidak diberikan suntikan ini. Walaubagimana jika orang berkenaan berdegil mahu juga suntikan ini, orang berkenaan mesti menandatangani surat pelepasan tanggung risiko.

Sekarang ini baru rasa lapang dada sikit. Anak-anak pun saya suruh segera pergi mendapatkan suntikan H1N1 ini.

Monday, May 3, 2010

MUSIM SELSEMA

Letih saja rasanya. Mungkin asyik kena hujan dan panas silih berganti sejak beberapa hari lepas membuat saya sekeluarga terkena demam selsema.

Takut juga H1N1 tu. Tapi doktor kata ianya cuma demam selsema biasa. Kita disuruh berehat kerana tahap daya badan ditahap minima dan akan mudah dijangkiti penyakit virus seperti H1N1 itu.

Jadi kita orang sekeluarga duduk rumah sajalah. Semua dapat cuti sakit selama dua hari, iaitu untuk hari dan besok.

Anak bongsu saya yang gelisah sebab dia ada exam lagi. Nasib juga exam tu bermula hari Rabu.

Saturday, May 1, 2010

CUTI HARI PEKERJA

Anak-anak merungut kerana hari pekerja hari ini jatuh pada hari Sabtu. Jadi tak adalah cuti tambahan sebab ianya jatuh pada hari yang memang sudah dikira sebagai kerja tapi telah diberi status cuti rehat.

Apapun semua anak beranak nak pergi makan tengahari di Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail di Bangsar tu. Lepas tu rencananya nak pergi window shopping di Mid Valley. Banyak iklan tentang tawaran harga hari pekerja ni.

Selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepada semua.

Wednesday, April 28, 2010

ELIE TIDAK SERIK2

Hari ini ada lagi berita tentang konon jutawan Lubnan Ellie Najem yang telah membuat pelbagai kejutan berita sejak bertahun lalu. Semalam dia buat kejutan lagi, dan kali ini kerana dituduh berkhalwat pula.

Pasangan khalwatnya ialah seorang wanita berusia juga. Seperti manusia tidak ambil peduli tentang apa pun dikatakan orang.

Dia sebelum ini telah menghilangkan diri, dan pihak berkuasa menghadapi masaalah untk mengesanya. Itu membantutkan kesnya yang terdahulu, iaitu bersabit kes perbuatan nikah. Dengan timbulnya kembali, pihak pendakwa membuka kes berkenaan.

Sebelum tuduhan khalwat itu, diberitakan pendakwa syarie Mohd Sukri Ab Wahab memaklumkan Elie juga dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sebelum ini kes yang dibuka pada 2005 itu sudah ditutup pada 2007.

Elie didakwa melakukan nikah atau perbuatan nikah dengan Farinnie Mohd Farid, 24, di Tingkat 2, Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 6 Oktober 2005.

Bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mahkamah menetapkan 26 Mei ini untuk bicara manakala bagi kes khalwat mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk di sebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

Sunday, April 25, 2010

TERKINI DARI HULU SELANGOR

Saya pun teruja juga dengan perkembangan pilihanraya di Hulu Selangor. Jadi saya pun berusaha mencari informasi. Di bawah ialah petikan terkini tentang perkembangan di hari mengundi untuk PRK Hulu Selangor seperti dilapurkan oleh mStar Online:
2.30 Petang: Sehingga pukul 2 petang, jumlah keluar mengundi ialah 41,112 orang
atau 63.74 peratus.

1:30 Petang: Calon BN, P.Kamalanathan dan isteri,
R.Shobana tiba di SJK (C) Rasa.

Beliau disambut oleh kira-kira 200
penyokong BN yang berhimpun 100 meter daripada pusat pengundian.

Sehingga pukul 1 tengah hari, jumlah keluar mengundi ialah 36,650 orang
atau 56.82 peratus.

12:45 Petang: Menteri Sumber Manusia, Datuk S.
Subramaniam melawat pusat mengundi di SJK (C) Rasa.

12:40 Petang:
Keadaan di SJK (C) Rasa tenang.

Pengundi masih tidak putus-putus keluar
mengundi. Keadaan trafik di hadapan sekolah itu masih terkawal.

Penyokong kedua-dua belah pihak terus menerus menimbulkan provokasi
antara satu sama lain dengan mengatakan BN rasuah, PKR menipu rakyat.

12:35 Petang: Jalan-jalan utama dari Kuala Kubu Baru ke Batang Kali
mengalami kesesakan teruk sejak pukul 10 pagi tadi.

12:30 Petang:
Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04
peratus.

12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan
tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.

11:40 Pagi: Sehingga pukul 11 pagi, jumlah keluar mengundi - 24,645 atau
38.21 peratus.
Rasa tak sabar nak mendengar keputusannya. Saya mahukan Dato' Zaid menang sebab saya mahukan yang lebih baik untuk generasi anak cucu saya.

Thursday, April 22, 2010

CERITA SINETRON

Kata kawan tadi, jika sesiapa pergi ke Hulu Selangor sekarang ni, bermacam-macam episod cerita sinetron yang berbagai tajuk ada di sana. Orang di sana sudah tak payah tengok TV3 atau Astro lagi.

Bunyinya sarkastik juga tu. Saya jadi panasaran juga untuk pergi lihat sendiri. Tetapi tak ada siapa pula yang nak bawa. Tambahan pula, suami pun tidak mengizinkan.

Katanya, "Orang tak apa-apa, nanti awak pula yang dibawa naik lori untuk pergi ke lokap."

Saya takut juga dengan ugutan suami tu. Mana tahu, kalau diingkari, nanti betul-betul terjadi pula. Baru menyesal tak sudah jadinya.

Monday, April 19, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Achik Spin yang telah kembali ke Rahmatullah. Seram melihat keretanya yang terbakar di dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Seremban itu. Jika sudah sampai ajal, muda pun mati juga.

Semoga balu serta seluruh keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Setiap yang hidup pasti akan mati juga satu hari. Jika sudah sampai ajal, tidak kira muda atau tua. Kemalangan ngeri itu hanya penyebabnya saja.

Wednesday, April 14, 2010

KANDUNGAN MOLAR.

Saya turut bersedih dengan apa yang dialami oleh anak perempuan saya. Dia dikatakan mengalami kandungan molar.

Tidak tahulah bagaimana perkara itu berlaku. Saya kasihan melihatnya murung dan sedih saja. Tambahan pula doktor menasihatkan dia juga supaya tidak hamil dalam masa terdekat ini. Kata doktor hormon kehamilan akan mengaburi penilaian terhadap kemungkinan timbulnya kanser kelak.

Masaalahnya seperti berganda kerana doktor juga turut melarang dia menggunakan sebarang pil perancang keluarga atau pencegah kehamilan. Dia suami isteri dimestikan melakukan hubungan kelamin dengan yang terhad yang tidak akan mengakibatkan dia mengandung. Cara terselamat ialah dengan menggunakan kondom.

Ini harus dijaga sehingga ke satu masa doktor berpuas hati dengan paras hormon serta keadaan dirinya. Kata doktor dia harus faham kepentingan menjalani pemeriksaan ulangan bagi mengesan kemungkinan penyakit molar.

Sunday, April 11, 2010

APA KES NI!

Saya paparkan petikan sedutan berikut untuk mereka yang tidak membaca berita ini lagi. Dua artis ini terus terlibat dalam kemelut yang ternyata lebih menjejaskan imej Fasha Sanda dan kehidupanya.
Fasha Sanda berkata, "Biar peminat menilai sendiri kerana mereka lebih bijak. Saya tidak mahu memberi sebarang komen,” kata pelakon, Fasha Sandha, 26, berhubung isu konfliknya dengan Nora Danish, 28, yang dikatakan kembali panas.

Segala-galanya bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.

Nora kemudian didakwa menghantar mesej provokatif dalam bahasa Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Akui kesalahan yang awak lakukan dan minta maaf. Jangan jadi hipokrit. Orang ramai bukannya bodoh’.

Fasha membalas dengan menyampaikan mesej, juga dalam bahasa Inggeris dengan bertanya adakah dia hipokrit dan bertanya adakah Nora cukup sempurna. Fasha memberitahu dia percaya Nora tidak sempurna dan mempertikaikan sikap Nora yang membuat penilaian terhadap orang lain.
Kenapa jadi begini? Pada saya sepertinya Nora Danish sudah menjadi angkuh. Ini bukan kali pertama dia memulakannya kembali. Mungkin kerana dia menjadi artis yang disanjung oleh Stesyen TV?!!

Thursday, April 8, 2010

TEGUH PADA PRINSIP

Saya kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh senator Datin Paduka Chew Mei Fun yang telah memberi notis meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan. Inilah yang dikatakan seorang pemimpin yang berprinsip.

Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza. Tetapi bagi saya, Senator Chew telah menunjukkan tahap komitmen yang terpuji semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya dulu. Malah selepas kalah di dalam pilihanraya yang lalu, beliau masih terus berkhidmat kepada rakyat.

Sekarang beliau tidak boleh duduk semeja dengan Presiden baru MCA. Beliau telah berikrar akan meletak jawatan jika Datuk Chua Soi Lek menang sebagai presiden. Hari ini beliau mengotai janjinya.

Syabas saya ucapkan. Tetapi semoga beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat sejajar dengan prinsip beliau.

Monday, April 5, 2010

GAJI TAK CUKUP!

Semua anak saya, kecuali yang bongsu, sudah pun bekerja dan gaji sendiri. Mereka lepasan UITM. Seorang bekerja sendiri mengendala perniagaan kecil-kecilan dan dua lagi bekerja makan gaji.
Apa yang memeningkan kepala ialah setiap bulan mereka minta top-up dari Pama (papa dan mama) lagi. Sama gaya semasa masih belajar dan sebelum kerja dulu. Kata papanya, jika macamtu baik duduk rumah saja.
Agaknya anak-anak sekarang tak reti rasa susah. Duit gaji, paling lama bertahan sampai dua minggu, lepas tu dah habis. Minta dengan ibu bapa pula kerana minggu keempat pula baru dapat gaji baru.
Bermacam alasan yang diberi - bayar ansuran kereta, minyak kereta, tol, parkir bulanan, potong KWSP dan pelbagai lagi. Tetapi apabila saya kira-kira sendiri pun, adalah baki beberapa ratus Ringgit saja untuk makan dan pakai.
Macammana tu ya? Nak disuruh buat perancangan, maknanya mereka terpaksa jerut perut dan beli baju baru dua tiga helai saja dalam setahun. Agaknya itulah berlaku masaalah Along.

Friday, April 2, 2010

TAKZIAH UNTUK KELUARGA DIN BERAMBOI


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Allah SWT lebih menyayangi beliau, dan Mior Ahmad Fuad Mior Badli AKA Din Beramboi sudah dijemput kembali kepadaNYA pada waktu dinihari malam tadi. Beliau sudah pun selamat dikebumikan di Kepong tadi.

Kini Din Beramboi tiada lagi untuk mewarnai hidup kita. Kita ghairah juga menunggu pembaharuan akan dibawanya bersama Aznil Hj Nawawi di ERA. Tetapi itu semua tidak akan menjadi kenyataan lagi.

Begitu cepat beliau pergi. Beberapa minggu yang lalu kita terhibur atau terkesan dengan kehadiran dan gelagatnya di Gelanggang Raja Lawak. Awal minggu ini kita dikejutkan tentang berita beliau koma dan kritikal kerana demam denggi berdarah. Hari ini, Allahyarham disahkan meninggal akibat komplikasi kegagalan beberapa organ utama setelah mengidap Sindrom Kejutan Denggi itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah saya sekeluarga untuk seluruh keluarganya; semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Tuesday, March 30, 2010

'FOLLOW TO BE FOLLOWED?'

Some bloggers have a good stream of followers, buat seem to have very few. I was just wondering whether the followers really just follow in order to be followed or they follow because they like the blog they are following.

According to blogging tips, we should follow people and they would follow us back. I have yet to abide that.

I find that we have to blogwalking robustly. I have not been able to do that. One of the main reasons being I spend very little time here because of other commitments.

Perhaps when I have more time, I too will follow many other bloggers. Hopefully then, they also would follow me back ..hehe.

Sunday, March 28, 2010

BUNYINYA AGAK LUCU


Semalam Perkasa telah selamat mengadakan acara terbesarnya dimana terlantiklah orang yang lantang bercanang nak membela Melayu. Di majlis itu juga Perkasa telah mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Geli hati pula, lucu bunyinya tu. Seperti maksudnya, Perkasa mengesahkan bahawa selama negara ini diperintah Umno dan BN, Melayu tidak terbela; maksudnya lagi - jadi Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu akan terbela mengikut seperti mana yang telah terjamin di dalam Perlembagaan.

Pada pandangan Perkasa bagaimana mereka nak bela Melayu? Adakah dengan cara mencium keris atau dengan jadi MP bebas?

Mungkinkah juga pemimpin ini mempunyai agendanya tersendiri? Kita pasti mendapat jawapan kepada soalan ini dalam waktu tak berapa lagi. Selewat-lewatnya bila datang pilihanraya ke 13 nanti, semuanya akan jelas juga.

Pada saya, Ibrahim Ali sedang memperkasakan dirinya. Bagi sesiapa yang mengenali beliau samaada secara dekat atau dari jauh sejak zaman ITMnya dulu, semua agendanya amat terang sekali.

Hakikatnya Melayu akan lebih terbela dengan keadilan, bertanggungjawaban dan ketelusan. Tetapi kualiti-kualiti inilah yang masih tidak kelihatan lagi padanya ataupun pada mereka yang sedang didampingi dan diumpaninya.

Friday, March 26, 2010

UCAPAN TAKZIAH


Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati saya sekeluarga kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.

Allahyarham diberitakan meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama. Beliau meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Nampaknya nanti bakal ada satu pilihanraya parlimen di Hulu Selangor. Dengan segala perkembangan politik yang memualkan, rakyat bakal melihat satu episod tambahan pulak lagi.

Tuesday, March 23, 2010

MELACUR HINGGA KE TUA


Sumber berita menceritakan bahawa ada golongan perempuan separuh umur masih melacur diri. Saya petik berita seperti yang di lapurkan di dalam mStar on-line di bawah:
‘Granny’ prostitutes
EIGHT women in their fifties were arrested for prostitution in Taiwan.

They had charged their customers between NT$900 (RM94) and NT$2,000 (RM209) for each session.
Ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Kenyataannya masih ramai makcik-makcik dan nenek-nenek separuh umur yang hidup susah dan terhimpit.

Perkara itu bukan hanya berlaku di Taiwan. Di kawasan Chow Kit sendiri masih ada mereka yang mehabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan berlacur. Saya pernah bertanya kepada seorang hamba Allah seperti ini yang saya jumpa secara kebetulan dulu.

Kita boleh simpul sendiri dari kenyataannya iaitu,"Siapa nak bagi aku makan, pakai dan tempat tinggal. Aku minta bantuan pun mereka kata aku masih kuat. Aku nak kerja apa, jual goreng pisang ..... tu nak angkut barang-barang semua, terlarat ke? Bukan gerenti untung ..... buat hari hujan, siapa nak tolong aku. .... Kerje ni senang, sebulan 10 hari badan aku diratah, aku dah dapat boleh dapat wang belanja untuk sebulan dua ....."

Friday, March 19, 2010

CENDERAHATI MURNI


Semalam seorang jiran mengadakan majlis tahlil dan doa selamat. Sesuai dengan amalan orang Melayu, mereka mengadakan majlis itu sempena 45 hari arwah ibu mereka meninggal. Kata mereka, hajatnya nak diadakan pada malam 40, tetapi bertembung pula dengan majlis perkahwinan anak saudara mereka.

Ramai juga jiran-jiran dan saudara mara serta teman-teman rapat mereka yang hadir. Adalah dalam sekitar 80 orang. Kata tuan rumah banyak keluarga juga yang tidak hadir. Setahu saya, ada beberapa keluarga jiran tidak ikut serta kerana mereka belum pulang dari balik kampung sempena cuti sekolah.

Sebenarnya saya nak kongsikan hadiah cenderahati yang mereka berikan kepada para tetamu. Lihatlah sebuah kitab 'Yassin' dan sebuah buku doa-doa makbul yang mereka berikan di bawah.


Mereka telah mengikat kedua-dua buku itu dengan riben yang cantik. Sayangnya, semua orang membukakan ikatan riben semasa nak membaca Yassin.

Monday, March 15, 2010

OH BUNGA KRAWANG!

Mungkin selepas ini, saya tak buat baju berbunga krawang lagi. Harga upahnya dah melambung berlipat ganda. Jika jahitannya yang asli dan lebih halus, bertambah lipat ganda lagi harganya.



Lihatlah baju kebaya berbunga krawang terbaru saya seperti gambar di atas. Buatan hasil kerja tangan ni tak adalah halus sangat. Tapi harga upahnya saja adalah RM 600. Terperanjut beruk saya dibuatnya.

Hari tu semasa membawanya kepada tukang jahit tu, dia pun tak cakap harganya. Memang dia ada kata bahawa harga upah sudah naik, tapi katanya, "sedikit" saja. Jadi, saya pun tak berapalah ambil kesah sangat. Dulu tu, hasil jahitan yang seumpama ini berharga antara RM 250 - 300 saja.

Saya fikir, habis-habis naik pun upahnya mesti hanya dalam lengkongan tambahan RM 50 saja. Rupanya, harga upah naik berganda. Aduh! Apa nak buat. Puas juga menawar, tapi RM 600 itulah yang paling kurang.

Saturday, March 13, 2010

MAHKAMAH MENTERJEMAH

Akhir-akhir ini kita rasa seperti ada yang tak kena dengan Perundangan kita. Banyak orang tahu seseorang buat itu dan ini, dan tahu tak logik seseorang itu boleh kaya mendadak begitu saja. Malah ada juga saksi yang telah melihat mereka-mereka melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Tapi mereka telepas dari hukuman.

Tapi bila kita amati dan nilai tugas perundangan pula, memang benar tidak mudah untuk menghukum orang. Bukan saja sesuatu tuduhan itu mesti ada bukti, tetapi bukti itu mesti benar-benar kukuh dan tidak dapat disangkal. Bila peguamcara atau penguambela berjaya membuktikan tanpa dapat disangkal ke tahap yang manasabah, barulah hujah dan kes mereka itu kukuh. Kemudian barulah hukuman dapat dijatuhkan berlandaskan peruntukan undang-undang yang ada.

Jadi memang benar bagai dikata. Jika kita di pihak yang benar sekali pun, membuktikannya di mahkamah bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh sebab itu, ada banyak kes orang yang tidak bersalah menerima hukuman, dan yang bersalah pula terlepas bebas. Allah juga Yang Maha Adil.

Wednesday, March 10, 2010

SAH SEBAGAI SUAMI ISTERI


Hati saya amat tersentuh dengan berita pasangan suami isteri yang baru menyedari perkahwinan mereka tidak sah selepas 11 tahun hidup bersama; selepas dikurniakan 4 cahaya mata yang masing-masing berumur 10, 8, 6 dan 5 tahun. Katanya ini gara-gara jurunikah mereka tamat tempuh tauliahnya ketika mereka dinikahkan.

Kita bukan orang yang benar-benar arif tentang hukum-hakam. Tetapi, saya hairan saja bagaimana tauliah jurunikah itu menjadikan perkahwinan itu tidak sah. Kalau sesuatu pernikahan itu sudah berlangsung dengan hadirnya jurunikah, wali, kedua mempelai lelaki dan perempuan dan 2 orang saksi, tidakkah ia sudah sah? Jika jurunikahnya tamat tempuh tauliahnya, mungkin saja ia menyalahi undang-undang negeri buatan manusia. Tidak begitu?

Semoga Mahkamah Tinggi Syariah nanti akan segera mengesahkan perkahwinan mereka. Walaupun pernikahan itu mungkin bersalahan dengan undang-undang negeri dan bakal dikenakan hukuman, mereka sebenarnya sah sebagai suami isteri di sisi agama.

Friday, March 5, 2010

POPULARITI MURAHAN

Sana sini orang berbicara tentang ahli parti PKR yang melompat keluar menjadi ahli bebas. Sepertinya mereka mendapat promosi percuma untuk menjadi popular.

Perbuatan mereka memang amat menjelekkan. Sudahlah mereka keluar parti, mereka memburuk-burukkan parti yang mereka guna untuk mendapat mandat dari rakyat. Mereka juga membuat tindakan keluar parti itu tanpa merujuk kepada rakyat yang telah memberi amanah tapuk pimpinan kepada mereka.

Pada saya, mereka ini terdiri dari mereka yang terdesak. Alasan yang mereka kemukakan tidak cukup kukuh untuk terus berplaing tadah. Semua ini adalah satu populariti murahan.

Monday, March 1, 2010

TERTANYA-TANYA

Saya pergi ke KL awal hari ini tadi kerana ada urusan di sebuah sekolah bersabit dengan penyediaan langsir. Hairan juga di hati kerana jalanraya agak aman dan tak banyak kereta sepanjang perjalanan.

Setelah berada dipusat Bandaraya, iaitu di Jalan Raja Laut berdekatan Kompleks Pertama, barulah trafik sesak sedikit. Tapi, jelas perjalanan saya dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 25 minit.

Waktu singgah makan tengahari di restoran yang biasanya penuh sesak dengan pelanggan pun suasananya aman juga. Tak ramai pelanggan sehingga saya selesai makan pada jam 1.20 tengahari.

Kemudian saya menghala balik dan singgah sebentar di cawangan CIMB yang berdekatan. Di sana pun tak ramai sangat pelanggan. Walaupun saya ke kaunter untuk mengemas-kini buku akaun, segala urusan selesai dengan agak cepat.

Saya baru saja sampai di pejabat mini saya di rumah. Memang saya amat hairan dengan sekelian keadaan. Biasanya hari Isnin tu paling sibuk di mana-mana pun, kan? Saya jadi tertanya-tanya sendirian.

Thursday, February 25, 2010

MAULIDUR RASUL

Sudah seminggu masa berlalu, tapi rasa seperti baru semalam saja. Saya amat sibuk sepanjang lima hari lepas kerana ada tempahan untuk menyediakan kudapan kepada dua majlis.

Besok adalah Hari Maulidur Rasul. Sempena perayaan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama mengucap selamat.

YA NABI SALAM ALAIKA

YA RASUL SALAM ALAIKA

Insya Allah, selepas kerja-kerja saya membuat paparan yang lain pula. Semoga anda semua bahagia dan dirahmati.

Thursday, February 18, 2010

BUKAN SUAMI SAJA CURANG


Di dunia akhir zaman ni memang pelbagai macam gejala besar dan berlawanan berlaku. Semakin rapuh benar iman manusia. Orang Islam pun ikut tenggelam. Di antara gejala yang berleluasa sekarang ialah gejala isteri berlaku curang kepada suami.

Hari ini kita membaca satu lagi berita yang senada dan seirama. Saya petik berita berkenaan di dalam myMetro di bawah:

Isteri curang, suami pitam

2010/02/18 KAJANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.

..... Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.

Suami wanita itu yang berusia lingkungan 60-an dan enggan dikenali berkata, dia yang turut bersama dalam operasi terbabit hanya mampu menahan kemarahan dan hampir pitam sejurus melihat isterinya berada bersama lelaki lain.

“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram.

“Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.

..... Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

Semestinya kita mendengar penjelasan disebelah pihak siisteri untuk mengetahui kenapa boleh sampai terjadi begini. Tetapi perbuatan curang terhadap suami tetap juga tidak halal.

Tuesday, February 16, 2010

DAH BALIK CUTI

Alhamdulillah cuti Tahun Baru Cina berjalan lancar. Anak-anak semuanya seronok kerana banyak hari juga semua kerja makan tidur saja. Yang sulung pun amat seronok kerana tak payah nak bergilir-gilir membawa kereta.

Untuk cuti kali ini, abahnya saja yang membawa kereta seluruh perjalanan. Biasanya jika begitu, abahnya akan asyik singgah di tempat rehat beberapa kali untuk melepaskan gian merokok dan minum kopi. Tetapi kali ini, beliau hanya berhenti sekali saja semasa dalam perjalanan sebelum sampai ke Kuala Trengganu. Selepas bermalam, ziarah dan melihat sekeliling Kuala Trengganu, kita orang terus pergi melancung ke Kota Bharu dan bermalam juga di sana. Dari Kota Bharu kita orang balik melalui jalan Grik dan bermalam di Ipoh. Hari ini terus balik ke rumah.

Seronok sungguh melihat suasana kampung sepanjang perjalanan ke Pantai Timur dan balik. Semasa di semua tempat pun kiranya tidaklah sesak. Cuma dalam kawasan bandar-bandar tersebut saja perjalanan agak perlahan kerana banyak kereta parkir saja sesuka hati.

Peralanan keseluruhannya agak selesa. Tak adalah jem teruk seperti yang dijangkakan. Mungkin juga kerana ramai pergi lebih awal dan mengambil cuti panjang. Sementara yang mengambil cuti pendek pula mungkin pulang lebih awal semalam kerana kata kawan saya semalam jalan agak sesak dibeberapa tempat.

Friday, February 12, 2010

CUTI TAHUN BARU CINA



SELAMAT TAHUN BARU CINA


Ucapan ditujukan khas kepada semua kaum Cina di seluruh Malaysia. Semoga Tahun Harimau membawa kebahagiaan dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia juga.

Oleh kerana cuti sempena Tahun Baru ini agak panjang, anak-anak mengesyorkan untuk pergi bercuti ke pantai timur. Kita telah cuba membuat tempahan di Cherating, tapi katanya penuh. Kata suami, elok kita pergi saja menghala ke pantai timur tu, dan cuba di beberapa menarik seperti Cherating, Awana, sampai ke Kuala Trengganu dan Kota Bharu. Semua bersetuju saja bila dah pergi bercuti tu. Biasanya ada bilik kosong di hotel-hotel di tempat yang kita kunjungi. Cuma mungkin kita tak mendapat bilik yang baik dengan harga yang berpatutan saja.

Tulah saya buat juga entry pagi ini untuk mengucapkan Selamat kepada kaum Cina. Ya la, bila dalam perjalanan nanti, belum tahu samaada boleh dapat line ke tidak.

Wednesday, February 10, 2010

KALAU MASIH REZEKI


Malam tadi saya dan suami ikut bersama di majlis tahlil di rumah salah seorang jiran. Majlis berjalan lancar dan semua pun ok dan baik. Selepas balik, saya rasa dah letih sangat, jadi terus saja tidur.

Pagi ini baru saya sedar loket saya keciciran. Panik dibuatnya. Mana tidak, semua barangan amat mahal harganya sekarang. Nak membeli sesuatu barang kemas dan barangan berharga lain itu bukan mudah. Lama berkumpul duit, barulah dapat membeli satu.

Saya pusing keliling luar dan dalam rumah mencarinya. Selepas itu barulah saya teringat untuk cuba bawa mencari ke rumah jiran yang kenduri tahlil itu.

Alhamdulillah, ternyata memang masih rezeki. Loket itu tercicir tak jauh dari pintu depan rumah jiran itu. Saya amat bersyukur.

Monday, February 8, 2010

TEMPAHAN 'HAMPER TBC'


Saya tengah teruja melihat anak saya membungkus 'hamper' yang ditempah oleh pelanggan bersempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Rezeki tak disangka-sangka ini. Tapi saya bakal terima bayaran saguhati saja la kut.

Pada hari Sabtu kelmarin, saya terserempak dengan seorang kawan lama yang mempunyai perniagaan membekal barang-barang kelengkapan pejabat ke Jabatan-Jabatan Kerajaan. Dalam borak-borak tu beliau memberitahu bahawa beliau sedang mencongak-congak untuk membeli 'hamper' yang telah pun siap sedia dibungkus untuk jualan di gedung perniagaan berkenaan. Beliau menegaskan beliau tak berapa berkenan dengan senarai barangan yang dibungkus tu, sedangkan harganya juga amat tinggi.

Kebetulan anak saya memang berjinak-jinak membuat kerja sampingan mengambil tempahan menghantar 'hamper' kepada senarai penerimanya sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan juga Putrajaya. Bila saya syorkan untuk memberikan kerja berkenaan kepada anak saya, beliau pun terus setuju saja.

Beliau telah menempah sebanyak 120 'hamper' dengan harga RM 300 setiap satu, dengan upah membungkus RM 35 setiap satu. Kira lumayan jugalah. Mungkin beliau sengaja nak berikan kerja tu kepada saya sebagai tanda sahabat. Walaubagaimanapun, harga itu kira harga 'standard' yang dikenakan. Anak saya pun dapat membeli harga diskaun khas sebanyak 5 peratus. Jadi kira lumayan jugalah.

Saturday, February 6, 2010

MAJLIS DOA SELAMAT

Agaknya ramai juga orang yang takut bala dan mala petaka di bulan Safar ni. Ramai juga kawan yang buat majlis doa selamat di hujung minggu ini. Tapi tentulah tak dapat penuhi semua undangan tu.

Ni kita orang sekeluarga baru saja balik dari majlis doa selamat di rumah kawan di Shah Alam. Bagus juga dia orang buat majlis yang agak ringkas juga. Sekadar membaca Surah Yassin dan doa selamat. Lepas Isyak, terus je makan. Jadi cepatlah selesai dan bersurai.

Dah balik rumah awal ni, tak tahu pula apa nak buat. Program kat TV pun tak menarik. Anak-anak pula nak tengok siaran perlawanan bolasepak. Sementara belum mengantuk, layarlah Maya sekejap.

Thursday, February 4, 2010

THE LAWMAN BREAKS THE LAW!


I would like to highlight that nowadays, it is not uncommon to see policemen breaking the laws. We have a brand new case, and I quote the news from The New Straits Times below:
Cop Arrested Over Robbery

SUBANG JAYA: A rogue policeman's crime spree ended early yesterday when he was arrested for robbing a group of university students. The lance corporal attached to the Shah Alam police station had been looking for "easy money" and robbed four Universiti Selangor students about 12.30am.

The girls were walking back to their rented house in Bestari Jaya (formerly Batang Berjuntai), when the cop and an accomplice approached them in a car.

Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said the suspects demanded their victims to hand over their cash and hand- phones. Both suspects then sped off in the car.

The girls, however, immediately notified the police and both suspects were picked up an hour later.

Khalid said the lance corporal was on leave at the time of the incident and police were now checking if his colleague had a criminal record.

"The suspects, both in their 20s, have been remanded for five days starting today (yesterday) to facilitate investigations," he added.
Let us hope that the Police Force will look into this matter more seriously because the problem is real. The percentage of personnel involved in crimes may be low, but it is not negligible. The authority must take effective positive steps to curb the problem.

Monday, February 1, 2010

TAK JADI PERGI BERBELANJA

Hari Sabtu kelmarin, anak-anak semua tak mahu pergi ke hypermarket. Dia orang tak nak bawa beg besar atau beg plastik dari rumah. Baru saya ingat yang sekarang ni, pada hari Sabtu, semua tempat seumpama tidak lagi membekalkan beg plastik percuma untuk mengisi semua barang belian. Jika kena bayar bagi setiap beg plastik yang diisi barang pula, mahu mencecah melebihi RM 10 sekurang-kurangnya. Jadi, kita mengalah dan berjanji untuk pergi pada hari Ahad.

Pagi-pagi Ahad pula dah dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan ada kematian saudara terdekat. Dah terpaksa bergegas balik ke kampung. Jalan jam teruk juga, bila dah selesai, balik rumah dah malam sangat. Jadi tak juga dapat pergi membeli barang-barang keperluan harian.

Ingat lepas kerja hari, kena pergi berbelanja jugalah kerana banyak barang keperluan harian dah habis. Sampai rumah petang tadi, dah la pula anak buah sekeluarga yang bercuti Hari Wilayah datang ke rumah. Tak jadi juga pergi berbelanja.

Malah anak buah yang datang tadi pun kita jamu makan malam dengan lauk daging masak kicap, telur goreng, sambal ikan bilis saja tanpa sayur dan hidangan sampingan. Nak buat macam mana? Kat rumah memang dah tak ada ikan dan sayuran basah atau kering atau pun makanan segera. Biar demikian pun, besok dan lusa, kita masih terpaksa makanan apa yang ada saja la sebab kereta kena masuk 'workshop' pulak. Nasib la kan!

Saturday, January 30, 2010

PETUA JAGA KESIHATAN

Semalam semasa berkumpul dengan kawan-kawan niaga tu, pelbagai petua pula yang dikongsikan. Bukannya petua melariskan perniagaan. Malah macam saya, tak perlu sangat dengan petua melariskan perniagaan kerana kita hanya buat sambil-sambilan saja untuk mengisi ruang waktu. Jika dapat langganan berlebihan, pasti tak terbuat pula, dan tentu susah nanti.

Petua yang saya maksudkan ialah petua menjaga diri dan kerukunan rumah-tangga. Rupanya terdapat banyak petua menjaga diri dan kerukunan rumah-tangga ni. Tetapi, hampir semuanya patut dimulai semasa masih remaja dan sebelum memasuki alam rumah-tangga. Di usia sebegini, tak banyak lagi petua yang dapat membantu.

Namun begitu mungkin elok juga membuang tabiaat yang suka minum air ais dan air kelapa. Saya pun terperasan juga, kekadang rasa sengal-sengal sendi dan menyucuk-nyucuk gitu. Kata mereka yang tahu, air ais dan air kelapa ni tidak bagus kerana air ais akan memanaskan badan secara berlebihan, sementara air kelapa ada kesan disebaliknya, iaitu menyejukkan badan secara berlebihan pula. Ada juga yang kata ada kesan merenggangkan otot, dan mengembangkan urat.

Saya teringat semasa sessi ceramah penyakit eczema dan asthma dulu, doktor pun ada berkata demikian. Walaupun penyakit-penyakit ini bukan jenis penyakit yang fatal, tetapi penyakit eczema tu boleh sampai ke tahap yang amat jelek dan gatal-gatal maksima, sementara asthma yang kronik juga memeritkan. Pendeknya, berkemungkinan akan memberi tekanan mental yang berat.

Thursday, January 28, 2010

KATA UNDANG-UNDANG


Bermacam-macam cerita artis dipaparkan. Yalah, mereka insan selebriti, jadi sering menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi jika cerita itu cerita panas. Saya ingin turut komen cerita ini. Terlebih dahulu saya petik sebahagian berita yang disiarkan oleh akbar Metro iaitu:
Artis Mewah Jual Ganja

2010/01/28 KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di
rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis.

Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis.
Jika semua bukti kukuh, peruntukan undang-undang juga terang dan nyata. Hukuman yang berkaitan jelas akan sejajar dengan peruntukan bersabit perkara yang berkenaan. Tapi kalau sudah jalan itu yang dipilih segala risiko dan akibatnya mestilah dipikul sendiri juga.

Cuma seperti saya, tentu banyak orang sedih dan kecewa juga dengan sikap mereka-mereka ini. Kenapa juga suka mencari kekayaan dan kebahagiaan secara jalan pintas begini?

Monday, January 25, 2010

WAJAH BARU!

Dah berhari-hari juga duk tengok rupa blog sendiri tu. Nampak macam senget sebelah saja. Berbinau juga mata dibuatnya. Bila difikir-fikir, elok jugalah ditukarkan kepada wajah baru yang lebih seimbang. Lihatlah hasilnya ..

Bermacam-macam rupa juga dicuba dalam sejam lebih ni. Kejap lagi nak pergi temu-janji makan dengan rakan niaga. Kenalah berhenti dulu. Sendiri rasa wajah ni dah ok la. Jika nak ubah pun mungkin dari segi kombinasi warni je.

Saturday, January 23, 2010

MERAKAM TAKZIAH

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. Itu sudah janji Allah kepada semua makhluk; Yang hidup sudah dijanjikan dengan pasti akan mati bila tiba saat ketikanya; Tiada apa yang kekal melainkan Allah Yang Maha Esa jua.

Sempena kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, saya turut merakamkan takziah dengan penuh takzim. Semoga baginda ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat sebaik rahmat Allah SWT, Amin, Amin.

Monday, January 18, 2010

SIBUK DENGAN KELUARGA

Ingatkan nak cerita-cerita panjang sikit. Tapi tak berkesempatan pula. Cepat betul masa berjalan. Tahu tahu dah masuk minggu baru.

Dua tiga hari lepas sibuk pulak dengan aktiviti kekeluargaan. Kebetulan ada keluarga ibu saudara datang berziarah ke rumah. Kira sebagai ganti mereka tak dapat turut menghadiri kenduri kahwin anak kedua saya bulan lepas tu kerana ketika itu di kampung pun banyak saudara mara mengadakah majlis kenduri kawin juga.

Dah hujan lebat dengan guruh dan kilat di luar. Takut pula nak terus duduk menghadap laptop ni. Nanti sambung cerita, atau kongsi cerita baru waktu lain.

Friday, January 15, 2010

KETULUSAN HATI SUKAR DINILAI

Sedih benar rasanya melihat nilai-nilai murni insan semakin terhakis. Bermacam peristiwa berlaku yang menyanyatkan hati kita.

Ada cerita orang lari mengikut kekasih hati dan hilang bertahun-tahun; ada anak meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan dan orang-orang tua; ada orang menduakan suami; ada kawan meniduri isteri atau suami kawan; dan bermacam-macam lagi. Hari ini, kita ketahui cerita tentang isteri orang bertunangan dan berjanji untuk mengahwini orang lain pula.

Saya petik berita dari Harian Metro (on-line):

["Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami .. rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran," kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28, seorang inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ...

... Beliau mendakwa dia dijadualkan diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya. Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy .. bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian .. lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

(Katanya lagi) .. "Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang .. Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang .. Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih."]

Ternyata 'tunangan-nya isteri orang ini' mempunyai motif tertentu yang hanya beliau sendiri tahu. Walaupun masa perkenalan selama tiga tahun tu agak lama, tapi tak terbongkar pula rahsia dirinya.

Melihat kepada kesungguhan dan komitmen di sebelah pihak lelaki dan keluarganya, kita dapat ikut merasai kehampaan dan kekecewaan mereka. Maruah diri mereka benar-benar tercabar.

Memang ketulusan hati orang amat sukar dinilai. Siapa juga pun boleh tertipu begini. Kita ikut doakan yang terbaik untuk mangsa, iaitu saudara Nurr Fahmy.

Sunday, January 10, 2010

FAITH

Since the High Court landmark ruling that allowed Catholic newsletter ‘The Herald’ to use the word ‘Allah’ in its publication to refer to God; and also declared that the word ‘Allah’ was not exclusive to Islam more than a week ago, there are several shameful and unhealthy reactions from some irresponsible Malaysians.

Some people just jumped, and these helped to ignite the ever-sensitive racial and religious issues. Then, some trouble-makers started to attack four churches. There was a mischievous stone-throwing incident at a mosque. These could not be tolerated, not if we truly love Malaysia.

Could these nasty incidents be avoided in the first place? Definitely! Yes, that would be my answer. If the government of the day and those people who could control the mood of the people have taken a different approach in dealings with the issue when it first surfaced, the sensitivities could be neutralized much earlier.
But sadly enough, we did not see a much healthier attitude being adopted then. Hopefully now that these unhealthy and sad incidents have occurred, everybody will wise up. May we be guided by piety and the true teachings of Islam which is just so beautiful. Aamiin.

Wednesday, January 6, 2010

LUPA 'PASSWORD'

Itulah gayanya!. Dah set password, terlupa pulak. Jenuh terkial2 mencari balik. Katanya ada shortcut melalui google help .. ala nanti tersalah tekan benda lain, lagi susah pulak. Malam ni dah jumpa dah catatan tu!

Ni tak ada idea sangat sebab terlalu letih dengan kerja hari ni. Naik buntu kepala otak ni .. tapi nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi mengikut saya kembali.

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU


Nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua di Maya ini. Dapat idea dari blog Kak G, copy skit ler! ... sbb nampak cantik kan!

SELAMAT
TAHUN BARU 2010

Tak berapa nak jadi pulak ni. Tapi kira boleh la kan? Nanti saya cuba tanya pada Kak G. Harap2 beliau sudi tolong nanti.