Wednesday, April 28, 2010

ELIE TIDAK SERIK2

Hari ini ada lagi berita tentang konon jutawan Lubnan Ellie Najem yang telah membuat pelbagai kejutan berita sejak bertahun lalu. Semalam dia buat kejutan lagi, dan kali ini kerana dituduh berkhalwat pula.

Pasangan khalwatnya ialah seorang wanita berusia juga. Seperti manusia tidak ambil peduli tentang apa pun dikatakan orang.

Dia sebelum ini telah menghilangkan diri, dan pihak berkuasa menghadapi masaalah untk mengesanya. Itu membantutkan kesnya yang terdahulu, iaitu bersabit kes perbuatan nikah. Dengan timbulnya kembali, pihak pendakwa membuka kes berkenaan.

Sebelum tuduhan khalwat itu, diberitakan pendakwa syarie Mohd Sukri Ab Wahab memaklumkan Elie juga dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sebelum ini kes yang dibuka pada 2005 itu sudah ditutup pada 2007.

Elie didakwa melakukan nikah atau perbuatan nikah dengan Farinnie Mohd Farid, 24, di Tingkat 2, Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 6 Oktober 2005.

Bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mahkamah menetapkan 26 Mei ini untuk bicara manakala bagi kes khalwat mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk di sebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

Sunday, April 25, 2010

TERKINI DARI HULU SELANGOR

Saya pun teruja juga dengan perkembangan pilihanraya di Hulu Selangor. Jadi saya pun berusaha mencari informasi. Di bawah ialah petikan terkini tentang perkembangan di hari mengundi untuk PRK Hulu Selangor seperti dilapurkan oleh mStar Online:
2.30 Petang: Sehingga pukul 2 petang, jumlah keluar mengundi ialah 41,112 orang
atau 63.74 peratus.

1:30 Petang: Calon BN, P.Kamalanathan dan isteri,
R.Shobana tiba di SJK (C) Rasa.

Beliau disambut oleh kira-kira 200
penyokong BN yang berhimpun 100 meter daripada pusat pengundian.

Sehingga pukul 1 tengah hari, jumlah keluar mengundi ialah 36,650 orang
atau 56.82 peratus.

12:45 Petang: Menteri Sumber Manusia, Datuk S.
Subramaniam melawat pusat mengundi di SJK (C) Rasa.

12:40 Petang:
Keadaan di SJK (C) Rasa tenang.

Pengundi masih tidak putus-putus keluar
mengundi. Keadaan trafik di hadapan sekolah itu masih terkawal.

Penyokong kedua-dua belah pihak terus menerus menimbulkan provokasi
antara satu sama lain dengan mengatakan BN rasuah, PKR menipu rakyat.

12:35 Petang: Jalan-jalan utama dari Kuala Kubu Baru ke Batang Kali
mengalami kesesakan teruk sejak pukul 10 pagi tadi.

12:30 Petang:
Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04
peratus.

12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan
tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.

11:40 Pagi: Sehingga pukul 11 pagi, jumlah keluar mengundi - 24,645 atau
38.21 peratus.
Rasa tak sabar nak mendengar keputusannya. Saya mahukan Dato' Zaid menang sebab saya mahukan yang lebih baik untuk generasi anak cucu saya.

Thursday, April 22, 2010

CERITA SINETRON

Kata kawan tadi, jika sesiapa pergi ke Hulu Selangor sekarang ni, bermacam-macam episod cerita sinetron yang berbagai tajuk ada di sana. Orang di sana sudah tak payah tengok TV3 atau Astro lagi.

Bunyinya sarkastik juga tu. Saya jadi panasaran juga untuk pergi lihat sendiri. Tetapi tak ada siapa pula yang nak bawa. Tambahan pula, suami pun tidak mengizinkan.

Katanya, "Orang tak apa-apa, nanti awak pula yang dibawa naik lori untuk pergi ke lokap."

Saya takut juga dengan ugutan suami tu. Mana tahu, kalau diingkari, nanti betul-betul terjadi pula. Baru menyesal tak sudah jadinya.

Monday, April 19, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Achik Spin yang telah kembali ke Rahmatullah. Seram melihat keretanya yang terbakar di dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Seremban itu. Jika sudah sampai ajal, muda pun mati juga.

Semoga balu serta seluruh keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Setiap yang hidup pasti akan mati juga satu hari. Jika sudah sampai ajal, tidak kira muda atau tua. Kemalangan ngeri itu hanya penyebabnya saja.

Wednesday, April 14, 2010

KANDUNGAN MOLAR.

Saya turut bersedih dengan apa yang dialami oleh anak perempuan saya. Dia dikatakan mengalami kandungan molar.

Tidak tahulah bagaimana perkara itu berlaku. Saya kasihan melihatnya murung dan sedih saja. Tambahan pula doktor menasihatkan dia juga supaya tidak hamil dalam masa terdekat ini. Kata doktor hormon kehamilan akan mengaburi penilaian terhadap kemungkinan timbulnya kanser kelak.

Masaalahnya seperti berganda kerana doktor juga turut melarang dia menggunakan sebarang pil perancang keluarga atau pencegah kehamilan. Dia suami isteri dimestikan melakukan hubungan kelamin dengan yang terhad yang tidak akan mengakibatkan dia mengandung. Cara terselamat ialah dengan menggunakan kondom.

Ini harus dijaga sehingga ke satu masa doktor berpuas hati dengan paras hormon serta keadaan dirinya. Kata doktor dia harus faham kepentingan menjalani pemeriksaan ulangan bagi mengesan kemungkinan penyakit molar.

Sunday, April 11, 2010

APA KES NI!

Saya paparkan petikan sedutan berikut untuk mereka yang tidak membaca berita ini lagi. Dua artis ini terus terlibat dalam kemelut yang ternyata lebih menjejaskan imej Fasha Sanda dan kehidupanya.
Fasha Sanda berkata, "Biar peminat menilai sendiri kerana mereka lebih bijak. Saya tidak mahu memberi sebarang komen,” kata pelakon, Fasha Sandha, 26, berhubung isu konfliknya dengan Nora Danish, 28, yang dikatakan kembali panas.

Segala-galanya bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.

Nora kemudian didakwa menghantar mesej provokatif dalam bahasa Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Akui kesalahan yang awak lakukan dan minta maaf. Jangan jadi hipokrit. Orang ramai bukannya bodoh’.

Fasha membalas dengan menyampaikan mesej, juga dalam bahasa Inggeris dengan bertanya adakah dia hipokrit dan bertanya adakah Nora cukup sempurna. Fasha memberitahu dia percaya Nora tidak sempurna dan mempertikaikan sikap Nora yang membuat penilaian terhadap orang lain.
Kenapa jadi begini? Pada saya sepertinya Nora Danish sudah menjadi angkuh. Ini bukan kali pertama dia memulakannya kembali. Mungkin kerana dia menjadi artis yang disanjung oleh Stesyen TV?!!

Thursday, April 8, 2010

TEGUH PADA PRINSIP

Saya kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh senator Datin Paduka Chew Mei Fun yang telah memberi notis meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan. Inilah yang dikatakan seorang pemimpin yang berprinsip.

Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza. Tetapi bagi saya, Senator Chew telah menunjukkan tahap komitmen yang terpuji semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya dulu. Malah selepas kalah di dalam pilihanraya yang lalu, beliau masih terus berkhidmat kepada rakyat.

Sekarang beliau tidak boleh duduk semeja dengan Presiden baru MCA. Beliau telah berikrar akan meletak jawatan jika Datuk Chua Soi Lek menang sebagai presiden. Hari ini beliau mengotai janjinya.

Syabas saya ucapkan. Tetapi semoga beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat sejajar dengan prinsip beliau.

Monday, April 5, 2010

GAJI TAK CUKUP!

Semua anak saya, kecuali yang bongsu, sudah pun bekerja dan gaji sendiri. Mereka lepasan UITM. Seorang bekerja sendiri mengendala perniagaan kecil-kecilan dan dua lagi bekerja makan gaji.
Apa yang memeningkan kepala ialah setiap bulan mereka minta top-up dari Pama (papa dan mama) lagi. Sama gaya semasa masih belajar dan sebelum kerja dulu. Kata papanya, jika macamtu baik duduk rumah saja.
Agaknya anak-anak sekarang tak reti rasa susah. Duit gaji, paling lama bertahan sampai dua minggu, lepas tu dah habis. Minta dengan ibu bapa pula kerana minggu keempat pula baru dapat gaji baru.
Bermacam alasan yang diberi - bayar ansuran kereta, minyak kereta, tol, parkir bulanan, potong KWSP dan pelbagai lagi. Tetapi apabila saya kira-kira sendiri pun, adalah baki beberapa ratus Ringgit saja untuk makan dan pakai.
Macammana tu ya? Nak disuruh buat perancangan, maknanya mereka terpaksa jerut perut dan beli baju baru dua tiga helai saja dalam setahun. Agaknya itulah berlaku masaalah Along.

Friday, April 2, 2010

TAKZIAH UNTUK KELUARGA DIN BERAMBOI


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Allah SWT lebih menyayangi beliau, dan Mior Ahmad Fuad Mior Badli AKA Din Beramboi sudah dijemput kembali kepadaNYA pada waktu dinihari malam tadi. Beliau sudah pun selamat dikebumikan di Kepong tadi.

Kini Din Beramboi tiada lagi untuk mewarnai hidup kita. Kita ghairah juga menunggu pembaharuan akan dibawanya bersama Aznil Hj Nawawi di ERA. Tetapi itu semua tidak akan menjadi kenyataan lagi.

Begitu cepat beliau pergi. Beberapa minggu yang lalu kita terhibur atau terkesan dengan kehadiran dan gelagatnya di Gelanggang Raja Lawak. Awal minggu ini kita dikejutkan tentang berita beliau koma dan kritikal kerana demam denggi berdarah. Hari ini, Allahyarham disahkan meninggal akibat komplikasi kegagalan beberapa organ utama setelah mengidap Sindrom Kejutan Denggi itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah saya sekeluarga untuk seluruh keluarganya; semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.