Kata pemimpin Melayu, orang Melayu hanya dua pilihan iaitu antara PAS dan UMNO? Hmm, benarkah begitu?
Bukan apa, saya terfikir saja. Adakah pemimpin Melayu di dalam kedua-dua parti ni sajakah yang mampu menentukan nasib Melayu. Atau adakah kerana pemimpin Melayu perlukan sokongan orang Melayu untuk berkuasa?
Sekiranya kita menggunakan garis panduan Islam, orang Melayu mesti pilih PAS saja. Logiknya ialah orang Islam mesti memilih pemimpin dari kalangan orang Islam saja, jika pilihan itu ada. Memang begitu hakikatnya.