Thursday, December 31, 2009

JALAN SESAK JUGA HARI INI

Walaupun amat ramai orang telah pergi bercuti, KL dan PJ masih sesak juga. Pergi mana-mana pun masih susah nak dapat parkir, tambah-tambah lagi dekat tempat tumpuan tertentu. Macam kat Jalan Masjid India, rasa jerih nak pergi ke sana.

Nampaknya di hari terakhir tahun 2009 ni jalan masih amat sesak. Sesudah tak dapat parkir di Jalan Masjid India, saya menghala pula ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk pergi ke busana Muslim di situ.

Waduh! teruk betul .. jalanraya amat sesak sekali. Tak guna pun ada Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tu. Dah tu, kena membayar tol lagi!

Rupanya, jalan semakin sesak teruk kerana kerja-kerja membesarkan kapasiti LDP dekat TTDI dan Damansara Utama tu masih tak siap juga lagi .. dah bertahun tu!

Berapa lama lagikah baru pihak LDP nak siapkan projek membesarkan kapasiti lebuhraya itu? Dah lama sangat! Sepatutnya kutipan tol digantung juga kan?

3 comments:

BID said...

Aslmkm.
KL & PJ selalu begitu ye?
Selamat Tahun Baru, semoga panjang umur & murah rezeki.

DANZ said...

Salam perkenalan.
Selamat Tahun Baru, semoga diberkati dgn yg terbaik.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

Salam ziarah kembali. Tq singgah blog. Jln sesak yer? Akak ada rumah sewa kat Taman TTdi Jaya. Ikutilah pengalaman melancung ke serata dunia bersama Tupperware di blog akak. W salam.