Monday, September 20, 2010

PUASA SUNAT SYAWAL

Hari ini sudah pun 11 Syawal. Umat Islam sudah lama merayakan kemenangan beribadah di bulan Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu pergi. Semakin kurang pula hari dalam bulan Syawal ini.


Elok sangat jika kita cuba melakukan puasa sunat Syawal selama enam hari untuk menambah-baik amalan kita. Insya Allah, akan lebih sempurna ibadah puasa kita untuk tahun ini. Dengan berpuasa sunat ini kita seolah-olah berpuasa setahun.


Banyak tu ganjaran pahalanya. Bukan susah sangat nak mendapatkannya. Jadi jom la kita mengerjakan ibadah puasa sunat Syawal ini.

5 comments:

Nori said...

Salam ziarah Raya.
Saya pun belum habis lagi .. asyik ada tamu .. baru dapat 2 hari!

RAM said...

Salam Aidilfitri.
Jom la. :)
Perkara yg baik kan!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kak G yakin ramai yg sudah mengamalkan ibadah ini saban tahun.
Insya Allah kita dapat melakukannya dengan baik.

RAISA said...

Salam Zizaq.
Ada 1/2 bulan lagi! :)
Tapi elok segera buat supaya tak susah nanti!

ASAN said...

Salam ziarah.
Dah selesai sunat, buat kebajikan yg lain ya.