Thursday, November 11, 2010

BERITA GEMPAR

Memang terkedu bila membaca tentang berita bahawa artis yang dibanggakan sebagai seorang artis yang berkelulusan tinggi dan seorang pakar motivasi yang berwawasan tinggi sebenarnya memiliki ijazah kelulusan palsu.  Artis yang sejak beberapa lama dikenali sebagai Dr Fazley disahkan mempunyai ijazah kedoktoran palsu.

Berita ini memang mengemparkan.  Ia didedahkan diperingkat antarabangsa oleh  sebuah organisasi yang bereputasi tinggi iaitu Perbadanan Penyiaran British (BBC).  Siasatan telah dijalankan setelah mereka meragui status kelulusannya, sedangkan beliau menerajui sebuah institusi pengajian.

Kini penyanyi dan pelakon Fazley Yaakob telah mengesahkan berita itu.  Ekoran dari itu beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif institusi pengajian tinggi yang diterajuinya itu iaitu Fazley International Collage (FIC).  Beliau juga sudah tidak menggunakan gelaran 'Dr' itu lagi.

Diberitakan peletakan jawatan Fazley itu dibuat berikutan tindakan University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC.  Penggantungan kerjasama itu dilakukan oleh universiti berkenaan selepas terdapat pendedahan Fazley mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan itu.

7 comments:

KAKIAH said...

Salam.
Jelas mengempar & memalukan!

Sanna said...

Salam Zizaq.
Macam2 hal la kan?
Tak sangka cenggitu!

BID said...

Aslmkm.
Dahsyat jugak cerita ini!
Kira nipu pro akademik la untuk nampah gah!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kak G pun ikut terkedu!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Macam2 hal berlaku!

ASAN said...

Salam Zizaq.
Begini pulak cara dipilih!
Kalau dia tak ada PhD pun masih boleh kendlikan pusat pengajian tinggi dengan menggunakan tenaga pengajar yg berkelayakan!
Ni kira nak bermegah2 la! Kan makan diri!

Nori said...

Salam Zizaq.
Sampai gitu!
Lebih rasa sedih dari marah!