Showing posts with label Nilai Kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Nilai Kemanusiaan. Show all posts

Monday, February 7, 2011

AZAM BARU

Selepas menanam hasrat untuk memperbaiki set minda dan peribadi, nampak gayanya kena praktikkan pula supaya nampak hasilnya.  Sejak seminggu ini, kami anak-beranak belajar meluangkan masa supaya dapat makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari.

Minggu ini, nak cuba rencanakan supaya dapat beriadah bersama seminggu sekali.  banyak orang pergi berjogging pada hari hari Sabtu dan Ahad.  Kata Abahnya, daripada pergi ikut program sendiri, elok sekeluarga pergi bersama seminggu sekali.

Mudah-mudahan saja keazaman ini dapat terlaksan dengan baik.  Sekurang-kurangnya langkah-langkah ini adalah terapi yang baik untuk memupuk setiakasih antara anggota keluarga.

Thursday, January 6, 2011

MEMPERBAIKI SET MINDA

Hari ini sudah masuk hari ke enam tahun 2011.  Rasa masa berjalan seperti biasa dan keadaan sekeliling pun tak jauh berbeza.  Ada orang pilih untuk hidup tenang, ada suka cari publisiti murahan dan ada yang tidak ambil pusing pun kerana dah muak dan letih!

Saya sendiri terfikir sendiri saja:  Sampai bila agaknya Melayu harus bercakaran sesama sendiri.  Kaum Cina lebih bersatu hati walau apapun mereka dan di platfom mana pun mereka berada.

Sudah tiba masanya Melayu mesti memegang kepada status istimewanya sebagai Melayu = Islam dan patuh kepada hukum Allah SWT dan Islam.  Jika berpaksi kepada hukum Islam, Melayu tidak akan jadi angkuh dan tidak akan bersikap bodoh!

Orang Melayu mesti memperbaiki set minda.  Ingatlah, semua orang akan mati dan berdepan dengan Tuhan nanti.  Hidup hanya satu tempat persinggahan.  Jangan rugi di dunia dan bankrup di akhirat!

Tuesday, October 5, 2010

FIKIRAN DUNGU

Kata AP Pasir Mas merangkap Presiden Perkasa, kita boleh bersifat rasis di majlis tertutup. Atas dasar itulah mungkin, si Penolong Pengarah Biro Tata Negara membuat kenyataan sedemikian di majlis tertutup Puteri UMNO.

Apa punya pemikiran? Jelas-jelas inilah adalah satu fikiran dungu. Ternyata ini satu sikap yang dekat dengan orang Melayu.

Jika orang Islam, sifat-sifat orang beriman mengikut Firman Allah SWT ialah yang paling dinamik dan termulia. Malah sifat-sifat yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW adalah insan yang tidak akan menyakiti sesiapa, samaada di depan atau pun di belakang.

Jadi kita masih terus terfikir, sejauh mana benarnya orang Melayu itu beriman dan Islam.

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL BERSIFAT BINATANG

Saya ingin merakamkan rasa marah dan benci saya kepada pihak zionis Israel dan sekutu-sekutu meraka di atas tindakan kebinatangan mereka menyerang kapal misi kedamaian ke Gaza itu. Perlakuan sama sekali tidak dapat di terima.

Semoga rakyat kita yang terlibat semuanya benar-benar selamat dan sihat. Jangan pula kenyataan mereka untuk segera membebaskan dan menghantar pulang semua tahanan itu merupakan satu rheotorik murahan untuk meredakan kemarahan masyarakat dunia.

Thursday, April 8, 2010

TEGUH PADA PRINSIP

Saya kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh senator Datin Paduka Chew Mei Fun yang telah memberi notis meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan. Inilah yang dikatakan seorang pemimpin yang berprinsip.

Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza. Tetapi bagi saya, Senator Chew telah menunjukkan tahap komitmen yang terpuji semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya dulu. Malah selepas kalah di dalam pilihanraya yang lalu, beliau masih terus berkhidmat kepada rakyat.

Sekarang beliau tidak boleh duduk semeja dengan Presiden baru MCA. Beliau telah berikrar akan meletak jawatan jika Datuk Chua Soi Lek menang sebagai presiden. Hari ini beliau mengotai janjinya.

Syabas saya ucapkan. Tetapi semoga beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat sejajar dengan prinsip beliau.

Tuesday, March 23, 2010

MELACUR HINGGA KE TUA


Sumber berita menceritakan bahawa ada golongan perempuan separuh umur masih melacur diri. Saya petik berita seperti yang di lapurkan di dalam mStar on-line di bawah:
‘Granny’ prostitutes
EIGHT women in their fifties were arrested for prostitution in Taiwan.

They had charged their customers between NT$900 (RM94) and NT$2,000 (RM209) for each session.
Ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Kenyataannya masih ramai makcik-makcik dan nenek-nenek separuh umur yang hidup susah dan terhimpit.

Perkara itu bukan hanya berlaku di Taiwan. Di kawasan Chow Kit sendiri masih ada mereka yang mehabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan berlacur. Saya pernah bertanya kepada seorang hamba Allah seperti ini yang saya jumpa secara kebetulan dulu.

Kita boleh simpul sendiri dari kenyataannya iaitu,"Siapa nak bagi aku makan, pakai dan tempat tinggal. Aku minta bantuan pun mereka kata aku masih kuat. Aku nak kerja apa, jual goreng pisang ..... tu nak angkut barang-barang semua, terlarat ke? Bukan gerenti untung ..... buat hari hujan, siapa nak tolong aku. .... Kerje ni senang, sebulan 10 hari badan aku diratah, aku dah dapat boleh dapat wang belanja untuk sebulan dua ....."

Friday, March 19, 2010

CENDERAHATI MURNI


Semalam seorang jiran mengadakan majlis tahlil dan doa selamat. Sesuai dengan amalan orang Melayu, mereka mengadakan majlis itu sempena 45 hari arwah ibu mereka meninggal. Kata mereka, hajatnya nak diadakan pada malam 40, tetapi bertembung pula dengan majlis perkahwinan anak saudara mereka.

Ramai juga jiran-jiran dan saudara mara serta teman-teman rapat mereka yang hadir. Adalah dalam sekitar 80 orang. Kata tuan rumah banyak keluarga juga yang tidak hadir. Setahu saya, ada beberapa keluarga jiran tidak ikut serta kerana mereka belum pulang dari balik kampung sempena cuti sekolah.

Sebenarnya saya nak kongsikan hadiah cenderahati yang mereka berikan kepada para tetamu. Lihatlah sebuah kitab 'Yassin' dan sebuah buku doa-doa makbul yang mereka berikan di bawah.


Mereka telah mengikat kedua-dua buku itu dengan riben yang cantik. Sayangnya, semua orang membukakan ikatan riben semasa nak membaca Yassin.

Wednesday, March 10, 2010

SAH SEBAGAI SUAMI ISTERI


Hati saya amat tersentuh dengan berita pasangan suami isteri yang baru menyedari perkahwinan mereka tidak sah selepas 11 tahun hidup bersama; selepas dikurniakan 4 cahaya mata yang masing-masing berumur 10, 8, 6 dan 5 tahun. Katanya ini gara-gara jurunikah mereka tamat tempuh tauliahnya ketika mereka dinikahkan.

Kita bukan orang yang benar-benar arif tentang hukum-hakam. Tetapi, saya hairan saja bagaimana tauliah jurunikah itu menjadikan perkahwinan itu tidak sah. Kalau sesuatu pernikahan itu sudah berlangsung dengan hadirnya jurunikah, wali, kedua mempelai lelaki dan perempuan dan 2 orang saksi, tidakkah ia sudah sah? Jika jurunikahnya tamat tempuh tauliahnya, mungkin saja ia menyalahi undang-undang negeri buatan manusia. Tidak begitu?

Semoga Mahkamah Tinggi Syariah nanti akan segera mengesahkan perkahwinan mereka. Walaupun pernikahan itu mungkin bersalahan dengan undang-undang negeri dan bakal dikenakan hukuman, mereka sebenarnya sah sebagai suami isteri di sisi agama.

Friday, March 5, 2010

POPULARITI MURAHAN

Sana sini orang berbicara tentang ahli parti PKR yang melompat keluar menjadi ahli bebas. Sepertinya mereka mendapat promosi percuma untuk menjadi popular.

Perbuatan mereka memang amat menjelekkan. Sudahlah mereka keluar parti, mereka memburuk-burukkan parti yang mereka guna untuk mendapat mandat dari rakyat. Mereka juga membuat tindakan keluar parti itu tanpa merujuk kepada rakyat yang telah memberi amanah tapuk pimpinan kepada mereka.

Pada saya, mereka ini terdiri dari mereka yang terdesak. Alasan yang mereka kemukakan tidak cukup kukuh untuk terus berplaing tadah. Semua ini adalah satu populariti murahan.

Friday, January 15, 2010

KETULUSAN HATI SUKAR DINILAI

Sedih benar rasanya melihat nilai-nilai murni insan semakin terhakis. Bermacam peristiwa berlaku yang menyanyatkan hati kita.

Ada cerita orang lari mengikut kekasih hati dan hilang bertahun-tahun; ada anak meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan dan orang-orang tua; ada orang menduakan suami; ada kawan meniduri isteri atau suami kawan; dan bermacam-macam lagi. Hari ini, kita ketahui cerita tentang isteri orang bertunangan dan berjanji untuk mengahwini orang lain pula.

Saya petik berita dari Harian Metro (on-line):

["Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami .. rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran," kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28, seorang inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ...

... Beliau mendakwa dia dijadualkan diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya. Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy .. bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian .. lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

(Katanya lagi) .. "Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang .. Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang .. Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih."]

Ternyata 'tunangan-nya isteri orang ini' mempunyai motif tertentu yang hanya beliau sendiri tahu. Walaupun masa perkenalan selama tiga tahun tu agak lama, tapi tak terbongkar pula rahsia dirinya.

Melihat kepada kesungguhan dan komitmen di sebelah pihak lelaki dan keluarganya, kita dapat ikut merasai kehampaan dan kekecewaan mereka. Maruah diri mereka benar-benar tercabar.

Memang ketulusan hati orang amat sukar dinilai. Siapa juga pun boleh tertipu begini. Kita ikut doakan yang terbaik untuk mangsa, iaitu saudara Nurr Fahmy.