Friday, May 7, 2010

INJEKSI H1N1

Risau betul bila demam selsema berlarutan hingga berhari-hari. Hilang berair hidung, dah batuk dan suhu badan pula naik.

Hari Rabu diulang buat lagi ikut petua pakai kunyit bakar Kak G tu, dan juga tangas. Alhamdulillah semalam dah kebah. Hari ini sudah pulih seperti sedia kala.

Tadi pagi saya dan suami telah pergi mendapatkan suntikan H1N1 di Poliklinik Keluarga Kelana Jaya. Mula-mula kami pergi ke Hospital Universiti kerana ia lebih dekat dengan rumah. Tapi kemudahan itu tak ada di sana. Kata jururawat bertugas khidmat ini hanya ada di hospital and klinik kerajaan. Rupanya, Universiti Hospital tidak dikira sebagai hospital kerajaan. Pelek juga!

Apapun kami terus menuju ke Kelana Jaya pula. Nasib baik juga khidmat ini diberi secara lebih mudah kerana selepas daftar, kami diarah supaya pergi terus ke bilik suntikan.

Kemudahan ini dihadkan kepada orang ramai yang berumur tidak melebihi 65 tahun. Kana-kanak di bawah 8 tahun pun tidak diberikan suntikan ini. Walaubagimana jika orang berkenaan berdegil mahu juga suntikan ini, orang berkenaan mesti menandatangani surat pelepasan tanggung risiko.

Sekarang ini baru rasa lapang dada sikit. Anak-anak pun saya suruh segera pergi mendapatkan suntikan H1N1 ini.

6 comments:

RAISA said...
This comment has been removed by the author.
RAISA said...

Salam.
Macam2 la sekarang .. tulah ke?

Anonymous said...

Aslmkm.
Alhamdulillah. Semoga terpelihara.

shameel Iskandar said...

risau betul bila memikirkan H1N1 ni. Sama2 berdoa moga Allah jauhkan kita semua dari H1N1 sejauh langit dari bumi

Anonymous said...

Aslmkm.
:) Lalu je le.

Zizaq said...

Salam & wkmslm semua. Saya dah balas ziarah juger! :)