Tuesday, May 11, 2010

KELIRU!

Akhir-akhir ini dah kerap pulak berlaku kes polis menembak orang awam. Tentunya kes yang paling hangat ialah yang melibatkan kematian remaja Aminulrashyid Amzah, 15 tahun itu.

Semalam seorang polis berpangkat Koperal telah dituduh membunuh remaja itu tanpa niat. Seperti biasa yang dituduh tak pernah mengaku bersalah.

Sebenarnya inilah yang selalu mengelirukan. Bila ada satu-satu kes yang membangkitkan reaksi marah yang tinggi dari rakyat, pihak kuasa akan lebih cepat mengambil tindakan, dan lebih cepat mendapat pelakunya. Kemudian, bila kemarahan sudah mereda, kita tak tahu lagi apa perkembangan selanjutnya.

Macam hari itu, ramai marah dengan ucapan rasist dari kakitangan PM. Hingga ke hari ini kita tak tahu apa penyudahnya? Kenapakah yang sudah terang itu tidak didakwa dan dihukum dibawah Akta Hasutan.

Hari ini, saya juga keliru kenapa hanya seorang konstabel polis saja dari kumpulan polis yang mengejar hingga menyebabkan kematian remaja itu didakwa? Konstabel berkenaan didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Tidak ada peruntukan undang-undang untuk mendakwa yang lain-lain itu bersubahatkah?

3 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Tabiat mmg sukar diubah! Rakyat sendiri yg kena menggerakkan perubahan kpd kebaikan.

shameel Iskandar said...

Macam kes altantuya juga. Yg kena hukum ialah 2 org polis tu. Tapi yg memngarahkan dia meletupkan alrantuya lepas begitu sahaja. Tiada apa nak dihairankan. Krn segalanya mungkin di bumi bertuah bernama Malaysia

Anonymous said...

Aslmkm.
Lalu je le :)