Saturday, June 19, 2010

KECUH DI MAJLIS BERINAI

Mengikut janji, cenderahati hanyalah untuk 40 orang tetamu saja. Tetapi majlis berinai tadi dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu.

Kata tuan rumah, cenderahati berkenaan hanyalah untuk tetamu utama di meja utama saja. Meja utama itu adalah dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki seramai 15 orang dan saudara-mara terpilih disebelah pihak pengantin perempaun. Mereka minta supaya semua cenderahati terus diatur-susun di meja utama mengikut tempat duduk.

Malangnya, sebelum tetamu terpilih duduk, beberapa cenderahati telah lesap. Mengikut beberapa saksi mata, ada tetamu yang duduk di meja lain telah songlap cenderahati yang diatur di meja utama itu.

Kemudian pengerusi majlis membuat pengumuman meminta tetamu yang telah mengambil cenderahati di meja utama supaya segera mengembalikannya. Tetapi tiada siapa yang berbuat demikian.

Saksi-saksi mata telah mengenal pasti mereka-mereka yang telah mengambil cenderahati berkenaan. Urusetia majlis kemudian pergi meminta semuanya kembali. Tetamu berkenaan terus bangun dan tinggalkan majlis. Malulah agaknya!

3 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Perkara seperti ni la yg Kak G selalu ralat juger ... dlm Islam kita harusnya memberi layanan sama.

Zizaq said...

Wkmslm Kak G.
TQ ya.

DDrfauziah said...

Aslmkm sekali lagi.
Lalu jer ler.