Sunday, December 12, 2010

BZ TAPI REZEKI

Minggu ini saya dan anak amat bz sekali.  Tempahan untuk menyediakan buah tangan bertindih dan banyak pula.  Kali ini anak saya terlalu optimis dan mengambil tempahan yang lebih sedikit.

Terkejar-kejar kita orang untuk menyiapkan tempahan dalam masa yang ditetapkan.  Habis dengan suami dan anak-anak lain terpaksa ikut sama membantu.

Ini satu pengajaran juga.  Jika kakitangan kita hanya terhad, jangan diambil tempahan banyak.  Memang akan kelam-kabut jadinya.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah siap juga semuanya.  Suami pula dah bagi nasihat yang agak keras supaya lebih berhati-hati menerima tempahan.

4 comments:

Nori said...

Alhamdulillah.
Tumpang gembira. :)

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Syukur, rezeki murah.
Bagus la gitu ... buatlah yang baik bila terdaya.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Ya letih sikit tak apa .. murah rezeki! :)

RAM said...

Salam Zizaq.
Lebih rezeki tentu la baik. Tahniah.