Saturday, December 18, 2010

YANG HIDUP PUN TAK DIHORMATI

Menarik juga berita mengenai kawasan perkuburan Cina di kawasan Kepong yang telah tercemar.  Apa yang amat menarik ialah ada seruan supaya orang ramai menghormati orang-orang yang telah mati.

Ramai penduduk di rumah pangsa berdekatan dikatakan telah sewenang-wenangnya membuang sampah dan sisa buangan di perkuburan ini.  Ekoran dari itu persatuan perkuburan Cina di kawasan Kepong, Jinjang dan Batu mendesak supaya Majlis Perbandaran Selayang mengambil tindakan segera.

Penduduk Cina amat berdukacita di atas pencerobohan ini.  Jurucakap mereka mengatakan orang ramai patut menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia.  Mereka yang bertanggung-jawap di atas pencemaran diseru supaya memberi ruang supaya penghuni-penghuni kubur di situ terus tenang dan damai.

Seruan itu memang la baik.  Tapi bila kita fikirkan pula, begitu ramai orang tidak menghormati orang yang hidup sekalipun.  Mana mungkin mereka yang biadap begitu tahu menghormati orang yang sudah mati!

5 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Jika insan beriman, semua yang dilakukan mesti seiring SERUAN.
Kita baiki diri supaya menjadi tauladan, & berdoa untuk kebaikan semua.

KAKIAH said...

Salam Zizaq.
Manusia tidak berhati nurani la tu!

RAM said...

Salam Zizaq.
Ya la.
Kalau yang tak berhati perut & kurang ajar susah dibentuk!

h.zulka said...

senang berkunjung ke blog anda..
semoga sukses selalu..
Butuh tulisan-tulisan seputar peternakan,
silahkan kunjungi
REPOSITORY UNAND

KERI said...

Salam Zizaq.
Memang ramai tidak tahu beradap sopan .. malah sering kurang ajar.
Kita mula dengan perbaiki diri kita sediri la. Kot2 jadi tauladan baik! Kan?