Thursday, January 6, 2011

MEMPERBAIKI SET MINDA

Hari ini sudah masuk hari ke enam tahun 2011.  Rasa masa berjalan seperti biasa dan keadaan sekeliling pun tak jauh berbeza.  Ada orang pilih untuk hidup tenang, ada suka cari publisiti murahan dan ada yang tidak ambil pusing pun kerana dah muak dan letih!

Saya sendiri terfikir sendiri saja:  Sampai bila agaknya Melayu harus bercakaran sesama sendiri.  Kaum Cina lebih bersatu hati walau apapun mereka dan di platfom mana pun mereka berada.

Sudah tiba masanya Melayu mesti memegang kepada status istimewanya sebagai Melayu = Islam dan patuh kepada hukum Allah SWT dan Islam.  Jika berpaksi kepada hukum Islam, Melayu tidak akan jadi angkuh dan tidak akan bersikap bodoh!

Orang Melayu mesti memperbaiki set minda.  Ingatlah, semua orang akan mati dan berdepan dengan Tuhan nanti.  Hidup hanya satu tempat persinggahan.  Jangan rugi di dunia dan bankrup di akhirat!

8 comments:

RAM said...

Salam Ziaq.
Memang dah long overdue!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Betul sesangat!

ASAN said...

Salam Zizaq.
Melayu melangkah ke belakang gayanya!

KERI said...

Salam Zizaq.
Banyak kata Melayu tu terlupa tengok cermin!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Melayu dah semakin layu!

BID said...

Aslmkm.
Dah sebati gitu, memang tak ubah lagi!

ROHA said...

Salam Zizaq.
Memang sedih.
Tapi hakikatnya memang begitu .. banyak Melayu hentam Melayu!

Nori said...

Salam ziarah.
Ramai Melayu semakin keliru!