Tuesday, October 26, 2010

LAWAK KE?

Rata-rata para analisis berkata bahawa Malaysia mesti serius dan komited untuk melawan rasuah jika mahu maruah negara dan imej sebagai antara negara yang korup, pemimpin dulu mesti bersih!  Rasa macam lawak pulak!

Tak tahulah bila imej sebagai sebuah negara yang korup tu akan pulih.  Kalau dulu masa Pak Lah, kedudukannya lebih baik sedikit.  Setahun berlalu selepas Najib ambil alih, makin merosot adalah.

Anehnya imej yang digambarkan di dalam negara melalui media arus perdana seperti pemimpin amat berkualiti. Tetapi hakikatnya seperti cakap dan propaganda saja yang lebih.  Kedudukan sebagai negara korup masih di takuk sama.

Malah pencapaian rating telah menurun dari 4.5 markah tahun lepas ke 4.4 tahun ini dalam rangka markah antara 0 - 10.  Sebaliknya, Singapura yang jauh lebih kecil dan dikutuk oleh ramai rakyat dan pemimpin Malaysia mencapai rating cemerlang  melebihi 9 markah.

Hanya rakyat dapat mengubah segalanya.  Selagi rakyat yang ramai masih tetap memuja pemimpin, terus tutup mata dan telinga, keadaan tak akan banyak berubah!

Tuesday, October 19, 2010

TUKAR SETTING

Hari ini saya sudah tukar setting untuk memudahkan urusan posting.  Kata kawan setting lama dengan menggunakan penyunting lama yang membuat saya melalui beberapa masaalah.

Semoga dengan melakukan pertukaran ini, semua urusan lebih mudah.  Senang la sikit kerja.  Mungkin juga ini akan lebih mendorong saya untuk lepak lebih lama di laman.  Hehe.

Saturday, October 9, 2010

TANDA SOKONGAN


Ini entry khas untuk Kak G. Harap sudikan terima cenderahati yang tidak sepertinya ini ya. Susah juga sebab tak pandai buat. Tapi ikhlas ni!

Tuesday, October 5, 2010

FIKIRAN DUNGU

Kata AP Pasir Mas merangkap Presiden Perkasa, kita boleh bersifat rasis di majlis tertutup. Atas dasar itulah mungkin, si Penolong Pengarah Biro Tata Negara membuat kenyataan sedemikian di majlis tertutup Puteri UMNO.

Apa punya pemikiran? Jelas-jelas inilah adalah satu fikiran dungu. Ternyata ini satu sikap yang dekat dengan orang Melayu.

Jika orang Islam, sifat-sifat orang beriman mengikut Firman Allah SWT ialah yang paling dinamik dan termulia. Malah sifat-sifat yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW adalah insan yang tidak akan menyakiti sesiapa, samaada di depan atau pun di belakang.

Jadi kita masih terus terfikir, sejauh mana benarnya orang Melayu itu beriman dan Islam.

Monday, September 27, 2010

BERHENTI UNTUK BERHENTI

Saya sudah rasa muak dengan permainan sentimen oleh sesetengah pihak. Orang itu kata orang ini, dan orang ini kata orang itu. Pemimpin-pemimpin lagi menambahkan kecuh keadaan. Laungan terus menerus bergema meminta orang jangan bersikap perkauman.

Justeru yang membuat orang ramai bertambah resah dan bimbang ialah apabila semakin banyak orang memperkatakan isu ini. Ia umpama lagu yang diputarkan berulang-ulang kali di corong-corong radio dan klip videonya yang di ulang-tayang entah keberapa kali di TV, serta isu ini digembar-gemburkan lagi di akhbar-akhbar.

Komunikasi secara negatif, membuahkan hasil yang negatif. Inilah yang terjadi sekarang.

Jika mahu isu ini reda dan padam, maka berhenti saja membicarakannya. Bila berhenti diperkatakan, cerita itu akan turut berhenti. Barulah reda marah, dan padam api kebencian.

Monday, September 20, 2010

PUASA SUNAT SYAWAL

Hari ini sudah pun 11 Syawal. Umat Islam sudah lama merayakan kemenangan beribadah di bulan Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu pergi. Semakin kurang pula hari dalam bulan Syawal ini.


Elok sangat jika kita cuba melakukan puasa sunat Syawal selama enam hari untuk menambah-baik amalan kita. Insya Allah, akan lebih sempurna ibadah puasa kita untuk tahun ini. Dengan berpuasa sunat ini kita seolah-olah berpuasa setahun.


Banyak tu ganjaran pahalanya. Bukan susah sangat nak mendapatkannya. Jadi jom la kita mengerjakan ibadah puasa sunat Syawal ini.