Thursday, January 28, 2010

KATA UNDANG-UNDANG


Bermacam-macam cerita artis dipaparkan. Yalah, mereka insan selebriti, jadi sering menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi jika cerita itu cerita panas. Saya ingin turut komen cerita ini. Terlebih dahulu saya petik sebahagian berita yang disiarkan oleh akbar Metro iaitu:
Artis Mewah Jual Ganja

2010/01/28 KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di
rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis.

Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis.
Jika semua bukti kukuh, peruntukan undang-undang juga terang dan nyata. Hukuman yang berkaitan jelas akan sejajar dengan peruntukan bersabit perkara yang berkenaan. Tapi kalau sudah jalan itu yang dipilih segala risiko dan akibatnya mestilah dipikul sendiri juga.

Cuma seperti saya, tentu banyak orang sedih dan kecewa juga dengan sikap mereka-mereka ini. Kenapa juga suka mencari kekayaan dan kebahagiaan secara jalan pintas begini?

No comments: