Sunday, June 27, 2010

POLIS LARI MENEMUI AJAL

Ini memang kenyataan. Orang ramai pun tahu, tetapi pihak berkuasa tetap berkata perkara seperti ini tidak berlaku. Apabila terbukti berlaku mereka akan berkata pula yang kejadian sebegini adalah kes terpencil.

Saya petik saja berita yang melibatkan seorang anggota polis yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa jabatan agama telah menemui ajalnya. Petikan penuh adalah seperti di bawah:
Anggota Polis Mati Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

KOTA BHARU:Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Menurut seorang petugas hotel berkenaan anggota polis yang mengalami
pendarahan serius di kepala itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di
Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) datang ke hotel itu untuk membuat pemeriksaan biasa.

"Beberapa minit kemudian seorang peniaga di sebelah hotel itu memberitahu kakitangan hotel itu mengenai seorang lelaki yang dilihat terjatuh dari bangunan hotel dalam keadaan berlumuran darah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya ketika ditemui anggota polis itu sedang mengerang kesakitan dan kakitangan hotel kemudian menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk rawatan.

Anggota polis yang bertugas di Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sejak tiga tahun lalu itu meninggalkan seorang isteri berumur 26 tahun dan seorang anak berumur tiga tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Mereka boleh berkata apa saja. Hakiki & kenyataan itulah kebenaran & realitinya.

Anonymous said...

Aslmkm.
Arini lalu jer ler. :)

Zizaq said...

Wkmslm Kak G.
Tak ada mood nak menulis sbb banyak keje skit. Baca2 je, esp blog kak G. Hehe.