Friday, July 30, 2010

IMAM MUDA ADA KALIBER

Pada saya kedua-dua finalis pertandingan Imam Muda yang popular ini mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Tetapi memang sudah adat pertandingan hanya satu akan muncul sebagai juara. Pada kebiasaannya, juara mestilah ada sekurang-kurangnya sedikit kelebihan.

Ternyata finalis Imam Muda Ashraf lebih memikat, iaitu apa yang kita katakan tarikan karisma. Saya lihat beliau lebih terpancar keikhlasan dan kemesraannya serta lebih lancar berbicara. Sementara persona Imam Muda Mizbur kelihatan nampak agak 'reserved' sedikit.

Dari segi kemerduan suara, imam muda Mizbur mempunyai kelebihan. Ciri-ciri ini semuanya sudah semestinya mempengaruhi penilaian.

Penilaian peringkat akhir ini terbahagi kepada tiga kategori. 50% markah adalah atas penilaian pengetahuan secara bertulis, 20% atas tugasan di kampung dan 30% lagi penilaian semasa siaran langsung.

Tahniah kepada Imam Muda Ashraf yang dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul 2010.

3 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Ya Kak G pun setuju dengan keputusan ini. Alhamdulillah, semua mendapat tajaan ke U/Madina

DANZ said...

Salam.
Ya, ada kelebihannya, sebab tu jadi juara .. tapi semua pun menang.

BID said...

Aslmkm.
Rezeki dia tu!