Friday, July 23, 2010

RESIPI SEDAP!

Hari ini saya nak panjangkan resipi yang saya dapat dari on-line yang saya dah cuba. Bukan apa, resipi memang sedap. Jadi kalau teringin, buatlah!

Rendang Daging

Bahan-Bahan:

250 ml minyak masak
3 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
3 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan dikisar:

5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
10 tangkai cili kering
100 gm buah keras

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing.

Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.

Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.

Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.

Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.

5 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm, resipi siapa?

ROHA said...

Salam Zizaq.
Elok juga buat untuk makan bulan puasa nanti!

BID said...

Aslmkm.
Macam rendang padang jer ni!

ASAN said...

Salam ziarah.
Kalau dah tested & dijamin sedap, nanti kita pun boleh cuba la.

KERI said...

Salam zizaq.
Rajin mengetes! :)