Saturday, December 18, 2010

YANG HIDUP PUN TAK DIHORMATI

Menarik juga berita mengenai kawasan perkuburan Cina di kawasan Kepong yang telah tercemar.  Apa yang amat menarik ialah ada seruan supaya orang ramai menghormati orang-orang yang telah mati.

Ramai penduduk di rumah pangsa berdekatan dikatakan telah sewenang-wenangnya membuang sampah dan sisa buangan di perkuburan ini.  Ekoran dari itu persatuan perkuburan Cina di kawasan Kepong, Jinjang dan Batu mendesak supaya Majlis Perbandaran Selayang mengambil tindakan segera.

Penduduk Cina amat berdukacita di atas pencerobohan ini.  Jurucakap mereka mengatakan orang ramai patut menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia.  Mereka yang bertanggung-jawap di atas pencemaran diseru supaya memberi ruang supaya penghuni-penghuni kubur di situ terus tenang dan damai.

Seruan itu memang la baik.  Tapi bila kita fikirkan pula, begitu ramai orang tidak menghormati orang yang hidup sekalipun.  Mana mungkin mereka yang biadap begitu tahu menghormati orang yang sudah mati!

Sunday, December 12, 2010

BZ TAPI REZEKI

Minggu ini saya dan anak amat bz sekali.  Tempahan untuk menyediakan buah tangan bertindih dan banyak pula.  Kali ini anak saya terlalu optimis dan mengambil tempahan yang lebih sedikit.

Terkejar-kejar kita orang untuk menyiapkan tempahan dalam masa yang ditetapkan.  Habis dengan suami dan anak-anak lain terpaksa ikut sama membantu.

Ini satu pengajaran juga.  Jika kakitangan kita hanya terhad, jangan diambil tempahan banyak.  Memang akan kelam-kabut jadinya.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah siap juga semuanya.  Suami pula dah bagi nasihat yang agak keras supaya lebih berhati-hati menerima tempahan.

Saturday, December 4, 2010

APA MAKSUD MEREKA?

Sebagai rakyat biasa, saya tertanya-tanya kenapa subsidi kepada rakyat mesti dikurangkan atau ditarik balik?  Dalam keadaan kos hidup yang semakin tinggi, rakyat dibeban lagi.  Sesuka hati mereka saja!

Sana sini bayar tol; caj air dan api naik dan harga barang itu ini naik!  Sekarang subsidi mula dikurangkan pula!  Apa maksud mereka?

Tuesday, November 23, 2010

GOSIP CERITA SEDAP

Kalau nak diikutkan setiap hari memang banyak cerita-cerita yang amat sedap didengar. Tetapi jika diteliti, kebanyakan cerita ini adalah cerita gosip.

Bila usia sudah semakin meningkat, dan setelah pergi mengerjakan ibadah haji, rasa takut sekali untuk ikut dengan gosip ini. Ini adalah kerana gosip memang sinonim dengan mengumpat. Hukum Allah SWT jelas meletakkan mengumpat sebagai perbuatan yang berdosa besar.

Walaupun begitu, rasanya amat susah untuk mengelakkan dari tempias gosip. Di sana sini penuh dengan gosip. Namun, Allah juga Maha Mengetahui lagi Maha Adil. Semoga niat kita untuk tidak terlibat gosip dan usaha mengelakkan dari gosip memadai untuk terlepas dari dosa ini.

Tuesday, November 16, 2010

RAYA HAJI PULAK

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILADHA 1431H
Maaf Zahir dan Batin

Thursday, November 11, 2010

BERITA GEMPAR

Memang terkedu bila membaca tentang berita bahawa artis yang dibanggakan sebagai seorang artis yang berkelulusan tinggi dan seorang pakar motivasi yang berwawasan tinggi sebenarnya memiliki ijazah kelulusan palsu.  Artis yang sejak beberapa lama dikenali sebagai Dr Fazley disahkan mempunyai ijazah kedoktoran palsu.

Berita ini memang mengemparkan.  Ia didedahkan diperingkat antarabangsa oleh  sebuah organisasi yang bereputasi tinggi iaitu Perbadanan Penyiaran British (BBC).  Siasatan telah dijalankan setelah mereka meragui status kelulusannya, sedangkan beliau menerajui sebuah institusi pengajian.

Kini penyanyi dan pelakon Fazley Yaakob telah mengesahkan berita itu.  Ekoran dari itu beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif institusi pengajian tinggi yang diterajuinya itu iaitu Fazley International Collage (FIC).  Beliau juga sudah tidak menggunakan gelaran 'Dr' itu lagi.

Diberitakan peletakan jawatan Fazley itu dibuat berikutan tindakan University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC.  Penggantungan kerjasama itu dilakukan oleh universiti berkenaan selepas terdapat pendedahan Fazley mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan itu.