Monday, April 5, 2010

GAJI TAK CUKUP!

Semua anak saya, kecuali yang bongsu, sudah pun bekerja dan gaji sendiri. Mereka lepasan UITM. Seorang bekerja sendiri mengendala perniagaan kecil-kecilan dan dua lagi bekerja makan gaji.
Apa yang memeningkan kepala ialah setiap bulan mereka minta top-up dari Pama (papa dan mama) lagi. Sama gaya semasa masih belajar dan sebelum kerja dulu. Kata papanya, jika macamtu baik duduk rumah saja.
Agaknya anak-anak sekarang tak reti rasa susah. Duit gaji, paling lama bertahan sampai dua minggu, lepas tu dah habis. Minta dengan ibu bapa pula kerana minggu keempat pula baru dapat gaji baru.
Bermacam alasan yang diberi - bayar ansuran kereta, minyak kereta, tol, parkir bulanan, potong KWSP dan pelbagai lagi. Tetapi apabila saya kira-kira sendiri pun, adalah baki beberapa ratus Ringgit saja untuk makan dan pakai.
Macammana tu ya? Nak disuruh buat perancangan, maknanya mereka terpaksa jerut perut dan beli baju baru dua tiga helai saja dalam setahun. Agaknya itulah berlaku masaalah Along.

8 comments:

ddfirdaus said...

saya mula bekerja part time dengan gaji RM 1,000 hidup d KL (tahun 2003), menyewa..mmg sesak, tak berani berkereta, hanya LRT ke sana-sini..Alhamdulillah cukup walaupun tak de sangat nak berbelanja itu dan ini..

Boleh kot rasanya K.G kalau minta diorang buat perancangan..Nanti kalau dah terbiasa lebih berdisiplin dan cukup seadanya..

BID said...

Aslmkm.
Kalau ikutkan mmg tak cukup berapa pun .. kecuali kalau sampai lbh2 tu kut .. hehe

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..apa pun kena cukupkan..
zaman awal bekerja mmG agak sukar untuk membuat perancangan..kena belajar laa..

KERI said...

Salam
Terpaksalah cukupkan juga .. untung la ada pama .. bg yg dah tak ada atau pama pun tak mampu, camne?

Anonymous said...

Aslmkm.
Agak-nya anak kita terlatih manja ... apa jer hulur tangan, tak segan2 pun :)

Sha said...

salam:)
Dunia yg serba/i canggih. Belajarlah berjimat cermat.

ROHAM said...

Salam.
Rasa macam dah tinggal komen, belum pulak!

KAKIAH said...

Salam perkenalan.
Saya orang baru. Harap sudi terima sebagai kawan Maya.
Walaubagaimanapun harus dicukupkan juga :)