Friday, April 2, 2010

TAKZIAH UNTUK KELUARGA DIN BERAMBOI


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Allah SWT lebih menyayangi beliau, dan Mior Ahmad Fuad Mior Badli AKA Din Beramboi sudah dijemput kembali kepadaNYA pada waktu dinihari malam tadi. Beliau sudah pun selamat dikebumikan di Kepong tadi.

Kini Din Beramboi tiada lagi untuk mewarnai hidup kita. Kita ghairah juga menunggu pembaharuan akan dibawanya bersama Aznil Hj Nawawi di ERA. Tetapi itu semua tidak akan menjadi kenyataan lagi.

Begitu cepat beliau pergi. Beberapa minggu yang lalu kita terhibur atau terkesan dengan kehadiran dan gelagatnya di Gelanggang Raja Lawak. Awal minggu ini kita dikejutkan tentang berita beliau koma dan kritikal kerana demam denggi berdarah. Hari ini, Allahyarham disahkan meninggal akibat komplikasi kegagalan beberapa organ utama setelah mengidap Sindrom Kejutan Denggi itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah saya sekeluarga untuk seluruh keluarganya; semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

4 comments:

DANZ said...

Salam.
Ya, semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, amin.

BID said...

Aslmkm.
Kita sama doakan yg terbaik.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Semoga dicucuri rahmat

KERI said...

Salam.
Ya, kita doakan semoga Allahyarham dicucuri rahmat.