Thursday, April 8, 2010

TEGUH PADA PRINSIP

Saya kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh senator Datin Paduka Chew Mei Fun yang telah memberi notis meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan. Inilah yang dikatakan seorang pemimpin yang berprinsip.

Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza. Tetapi bagi saya, Senator Chew telah menunjukkan tahap komitmen yang terpuji semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya dulu. Malah selepas kalah di dalam pilihanraya yang lalu, beliau masih terus berkhidmat kepada rakyat.

Sekarang beliau tidak boleh duduk semeja dengan Presiden baru MCA. Beliau telah berikrar akan meletak jawatan jika Datuk Chua Soi Lek menang sebagai presiden. Hari ini beliau mengotai janjinya.

Syabas saya ucapkan. Tetapi semoga beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat sejajar dengan prinsip beliau.

6 comments:

DANZ said...

Salam.
Beza antara org yg berjuang dgn yg mencari peluang! Syabas utk org yg berpegang kpd prinsip.

KERI said...

Salam.
Betul kata Danz tu .. byk kecut bila tak masuk!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Sesekali tgk pemimpin yg berpegang kpd prinsip begini rasa hormat juga le :)

shameel Iskandar said...

Teguh berprinsip dan tegas berpendirian, itulah selayak-layaknya pengiktirafan buat Datin Paduka Chew Mei Fun. Jujr. saya kagum dengan politikus macam ni. Jauh lebih mulia berbanding beberapa politikus katak yang melompat parti tapi tak nak letak jawatan sedangkan mereka menang atasa nama parti dan bukan populariti pribadi.

BID said...

Aslmkm.
Barulah ini namanya ada harga diri!
Ye ke?

DDrfauziah said...

Aslmkm.
:) Mohon maaf ya kerana lewat balas ziarah. Harap jgn le serik utk terus menjengah Kak G!
Kak G juga tabik hormat.