Friday, January 15, 2010

KETULUSAN HATI SUKAR DINILAI

Sedih benar rasanya melihat nilai-nilai murni insan semakin terhakis. Bermacam peristiwa berlaku yang menyanyatkan hati kita.

Ada cerita orang lari mengikut kekasih hati dan hilang bertahun-tahun; ada anak meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan dan orang-orang tua; ada orang menduakan suami; ada kawan meniduri isteri atau suami kawan; dan bermacam-macam lagi. Hari ini, kita ketahui cerita tentang isteri orang bertunangan dan berjanji untuk mengahwini orang lain pula.

Saya petik berita dari Harian Metro (on-line):

["Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami .. rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran," kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28, seorang inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ...

... Beliau mendakwa dia dijadualkan diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya. Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy .. bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian .. lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

(Katanya lagi) .. "Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang .. Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang .. Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih."]

Ternyata 'tunangan-nya isteri orang ini' mempunyai motif tertentu yang hanya beliau sendiri tahu. Walaupun masa perkenalan selama tiga tahun tu agak lama, tapi tak terbongkar pula rahsia dirinya.

Melihat kepada kesungguhan dan komitmen di sebelah pihak lelaki dan keluarganya, kita dapat ikut merasai kehampaan dan kekecewaan mereka. Maruah diri mereka benar-benar tercabar.

Memang ketulusan hati orang amat sukar dinilai. Siapa juga pun boleh tertipu begini. Kita ikut doakan yang terbaik untuk mangsa, iaitu saudara Nurr Fahmy.

1 comment:

Anonymous said...

Aslmkm.
:) Ingat Kak G je dah byk ari tak ke Maya!