Thursday, February 18, 2010

BUKAN SUAMI SAJA CURANG


Di dunia akhir zaman ni memang pelbagai macam gejala besar dan berlawanan berlaku. Semakin rapuh benar iman manusia. Orang Islam pun ikut tenggelam. Di antara gejala yang berleluasa sekarang ialah gejala isteri berlaku curang kepada suami.

Hari ini kita membaca satu lagi berita yang senada dan seirama. Saya petik berita berkenaan di dalam myMetro di bawah:

Isteri curang, suami pitam

2010/02/18 KAJANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.

..... Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.

Suami wanita itu yang berusia lingkungan 60-an dan enggan dikenali berkata, dia yang turut bersama dalam operasi terbabit hanya mampu menahan kemarahan dan hampir pitam sejurus melihat isterinya berada bersama lelaki lain.

“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram.

“Namun, biar undang-undang yang menentukan dan saya serahkan segala kes ini kepada pihak berkuasa (Jais) untuk siasatan,” katanya yang sudah tidak dapat menerima lagi isterinya itu.

..... Difahamkan, cinta antara wanita itu dan lelaki terbabit mula berputik selepas mereka bertemu ketika menghadiri kursus pada September tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi apabila lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyenaraikan nama wanita berkenaan setiap kali kursus dianjurkan.

Semestinya kita mendengar penjelasan disebelah pihak siisteri untuk mengetahui kenapa boleh sampai terjadi begini. Tetapi perbuatan curang terhadap suami tetap juga tidak halal.

3 comments:

DDrfauziah said...

Asmkm.
Bila iman goyah, kekadang insan menjadi hamba nafsu, kekadang pula terjurumus dlm pujukan & pelukan syaitan. Jika mahu perubahan positif & bermoral, langkah patut bermula dr asas sejak rebungnya.

DANZ said...

Salam Zizaq.
Betul kata Kak G :) .. idola saya di Maya kini .. hehehe

BID said...

Aslmkm.
Kekadang keinginan membuak dan jika mengikut hati mmg jadi begini. Tp jika dipantau mungkin terkawal. Macam Mak Bid tu mmg amat keras.