Monday, February 8, 2010

TEMPAHAN 'HAMPER TBC'


Saya tengah teruja melihat anak saya membungkus 'hamper' yang ditempah oleh pelanggan bersempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Rezeki tak disangka-sangka ini. Tapi saya bakal terima bayaran saguhati saja la kut.

Pada hari Sabtu kelmarin, saya terserempak dengan seorang kawan lama yang mempunyai perniagaan membekal barang-barang kelengkapan pejabat ke Jabatan-Jabatan Kerajaan. Dalam borak-borak tu beliau memberitahu bahawa beliau sedang mencongak-congak untuk membeli 'hamper' yang telah pun siap sedia dibungkus untuk jualan di gedung perniagaan berkenaan. Beliau menegaskan beliau tak berapa berkenan dengan senarai barangan yang dibungkus tu, sedangkan harganya juga amat tinggi.

Kebetulan anak saya memang berjinak-jinak membuat kerja sampingan mengambil tempahan menghantar 'hamper' kepada senarai penerimanya sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan juga Putrajaya. Bila saya syorkan untuk memberikan kerja berkenaan kepada anak saya, beliau pun terus setuju saja.

Beliau telah menempah sebanyak 120 'hamper' dengan harga RM 300 setiap satu, dengan upah membungkus RM 35 setiap satu. Kira lumayan jugalah. Mungkin beliau sengaja nak berikan kerja tu kepada saya sebagai tanda sahabat. Walaubagaimanapun, harga itu kira harga 'standard' yang dikenakan. Anak saya pun dapat membeli harga diskaun khas sebanyak 5 peratus. Jadi kira lumayan jugalah.

2 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm Zizaq.
Alhamdulillah. Dats really some quick easy money.

DANZ said...

Salam Zizaq.
Wahhh dpt duit raya Cina la kiranya ..