Tuesday, February 16, 2010

DAH BALIK CUTI

Alhamdulillah cuti Tahun Baru Cina berjalan lancar. Anak-anak semuanya seronok kerana banyak hari juga semua kerja makan tidur saja. Yang sulung pun amat seronok kerana tak payah nak bergilir-gilir membawa kereta.

Untuk cuti kali ini, abahnya saja yang membawa kereta seluruh perjalanan. Biasanya jika begitu, abahnya akan asyik singgah di tempat rehat beberapa kali untuk melepaskan gian merokok dan minum kopi. Tetapi kali ini, beliau hanya berhenti sekali saja semasa dalam perjalanan sebelum sampai ke Kuala Trengganu. Selepas bermalam, ziarah dan melihat sekeliling Kuala Trengganu, kita orang terus pergi melancung ke Kota Bharu dan bermalam juga di sana. Dari Kota Bharu kita orang balik melalui jalan Grik dan bermalam di Ipoh. Hari ini terus balik ke rumah.

Seronok sungguh melihat suasana kampung sepanjang perjalanan ke Pantai Timur dan balik. Semasa di semua tempat pun kiranya tidaklah sesak. Cuma dalam kawasan bandar-bandar tersebut saja perjalanan agak perlahan kerana banyak kereta parkir saja sesuka hati.

Peralanan keseluruhannya agak selesa. Tak adalah jem teruk seperti yang dijangkakan. Mungkin juga kerana ramai pergi lebih awal dan mengambil cuti panjang. Sementara yang mengambil cuti pendek pula mungkin pulang lebih awal semalam kerana kata kawan saya semalam jalan agak sesak dibeberapa tempat.

1 comment:

BID said...

Aslmkm Zizaq.
Bid pun begitu, seronok dengan melihat keadaan sekeliling. Dekat Melaka pun suasana kampung juga & meriah juga serta tidak berapa jauh dari kawasan pantai.