Saturday, February 6, 2010

MAJLIS DOA SELAMAT

Agaknya ramai juga orang yang takut bala dan mala petaka di bulan Safar ni. Ramai juga kawan yang buat majlis doa selamat di hujung minggu ini. Tapi tentulah tak dapat penuhi semua undangan tu.

Ni kita orang sekeluarga baru saja balik dari majlis doa selamat di rumah kawan di Shah Alam. Bagus juga dia orang buat majlis yang agak ringkas juga. Sekadar membaca Surah Yassin dan doa selamat. Lepas Isyak, terus je makan. Jadi cepatlah selesai dan bersurai.

Dah balik rumah awal ni, tak tahu pula apa nak buat. Program kat TV pun tak menarik. Anak-anak pula nak tengok siaran perlawanan bolasepak. Sementara belum mengantuk, layarlah Maya sekejap.

3 comments:

DANZ said...

Salam Zizaq.
Saya pun baru juga balik dari majlis pertunangan .. kira mereka tak termasuk dlm golongan yg takut dgn bulan Safar la kan?

daaziz said...

Aslmkm Zizaq.
Maaf la, Pak Caq jarang juga ziarah .. mmg sifat semula jadi juga kiranya :)
Namun begitu, teruslah sering ke teratak Pak Caq ya.
Pak Caq baru terperasan .. layout Zizaq ni serupa wajah dgn BID punya .. tp jam digital tu satu kelainan la.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Ye ke gitu? OK gak la, sbb mmg semestinya kita sentiasa berdoa minta perlindungan & rahmat Allah.
Maaf la lewat ni .. tp jgn serik ke laman Kak G ye?