Sunday, March 28, 2010

BUNYINYA AGAK LUCU


Semalam Perkasa telah selamat mengadakan acara terbesarnya dimana terlantiklah orang yang lantang bercanang nak membela Melayu. Di majlis itu juga Perkasa telah mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Geli hati pula, lucu bunyinya tu. Seperti maksudnya, Perkasa mengesahkan bahawa selama negara ini diperintah Umno dan BN, Melayu tidak terbela; maksudnya lagi - jadi Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu akan terbela mengikut seperti mana yang telah terjamin di dalam Perlembagaan.

Pada pandangan Perkasa bagaimana mereka nak bela Melayu? Adakah dengan cara mencium keris atau dengan jadi MP bebas?

Mungkinkah juga pemimpin ini mempunyai agendanya tersendiri? Kita pasti mendapat jawapan kepada soalan ini dalam waktu tak berapa lagi. Selewat-lewatnya bila datang pilihanraya ke 13 nanti, semuanya akan jelas juga.

Pada saya, Ibrahim Ali sedang memperkasakan dirinya. Bagi sesiapa yang mengenali beliau samaada secara dekat atau dari jauh sejak zaman ITMnya dulu, semua agendanya amat terang sekali.

Hakikatnya Melayu akan lebih terbela dengan keadilan, bertanggungjawaban dan ketelusan. Tetapi kualiti-kualiti inilah yang masih tidak kelihatan lagi padanya ataupun pada mereka yang sedang didampingi dan diumpaninya.

5 comments:

pak long said...

salam...
dah terang lagi bersuluh bahawa sang katak puru akan memperkasakan dirinya...
macam la org ni mudah dicucuk idung..

BID said...

Aslmkm.
Bid makin bingong la!! Nape org suka sgt cakap berputar belit .. menyusahkan orang!

DANZ said...

Salam.
Sikatak yg mengatakan katak lain katak dah tentulah hilang arah .. siapa yg mengikut jelas tak kenal antara katak & pembela sebenar!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Dari dulu sampai kini, rentaknya sama jer, mmg kenal sgt dgn si kepala tu ... berdoa jgnlah org ramai & rakyat tertipu lagi!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Mereka tu dah terasuk nafsu tinggi!