Friday, March 26, 2010

UCAPAN TAKZIAH


Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati saya sekeluarga kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.

Allahyarham diberitakan meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama. Beliau meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Nampaknya nanti bakal ada satu pilihanraya parlimen di Hulu Selangor. Dengan segala perkembangan politik yang memualkan, rakyat bakal melihat satu episod tambahan pulak lagi.

4 comments:

DANZ said...

Salam.
Setiap yg hidup pasti mati bila sudah tiba masanya .. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

CIKDAH said...

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yg mendapat rahmat.

BID said...

Aslmkm.
Bid juga turut berdoa ..

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Begitulah ketentuan Illahi. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat.