Saturday, March 13, 2010

MAHKAMAH MENTERJEMAH

Akhir-akhir ini kita rasa seperti ada yang tak kena dengan Perundangan kita. Banyak orang tahu seseorang buat itu dan ini, dan tahu tak logik seseorang itu boleh kaya mendadak begitu saja. Malah ada juga saksi yang telah melihat mereka-mereka melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Tapi mereka telepas dari hukuman.

Tapi bila kita amati dan nilai tugas perundangan pula, memang benar tidak mudah untuk menghukum orang. Bukan saja sesuatu tuduhan itu mesti ada bukti, tetapi bukti itu mesti benar-benar kukuh dan tidak dapat disangkal. Bila peguamcara atau penguambela berjaya membuktikan tanpa dapat disangkal ke tahap yang manasabah, barulah hujah dan kes mereka itu kukuh. Kemudian barulah hukuman dapat dijatuhkan berlandaskan peruntukan undang-undang yang ada.

Jadi memang benar bagai dikata. Jika kita di pihak yang benar sekali pun, membuktikannya di mahkamah bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh sebab itu, ada banyak kes orang yang tidak bersalah menerima hukuman, dan yang bersalah pula terlepas bebas. Allah juga Yang Maha Adil.

4 comments:

BID said...

Aslmkm.
Macam tu ke? Susah la kan? Pergi mahkamah tu, bayar lawyer pun mahal, lepas tu benar pun boleh kalah juga! La Aduhai!

DANZ said...

Salam Zizaq.
Sebab tu la kekadang tak berbaloi pun bawa kes ke Mahkamah .. nak dpt keadilan terpaksa masa yg lama .. pastu tak semestinya keputusan memihak kpd yg teraniaya.

KERI said...

Salam.
Hamba setuju dgn semua yg dikata .. :)

CIKDAH said...

Aslmkm.
Hamba juga setuju .. hehe.