Sunday, April 11, 2010

APA KES NI!

Saya paparkan petikan sedutan berikut untuk mereka yang tidak membaca berita ini lagi. Dua artis ini terus terlibat dalam kemelut yang ternyata lebih menjejaskan imej Fasha Sanda dan kehidupanya.
Fasha Sanda berkata, "Biar peminat menilai sendiri kerana mereka lebih bijak. Saya tidak mahu memberi sebarang komen,” kata pelakon, Fasha Sandha, 26, berhubung isu konfliknya dengan Nora Danish, 28, yang dikatakan kembali panas.

Segala-galanya bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.

Nora kemudian didakwa menghantar mesej provokatif dalam bahasa Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Akui kesalahan yang awak lakukan dan minta maaf. Jangan jadi hipokrit. Orang ramai bukannya bodoh’.

Fasha membalas dengan menyampaikan mesej, juga dalam bahasa Inggeris dengan bertanya adakah dia hipokrit dan bertanya adakah Nora cukup sempurna. Fasha memberitahu dia percaya Nora tidak sempurna dan mempertikaikan sikap Nora yang membuat penilaian terhadap orang lain.
Kenapa jadi begini? Pada saya sepertinya Nora Danish sudah menjadi angkuh. Ini bukan kali pertama dia memulakannya kembali. Mungkin kerana dia menjadi artis yang disanjung oleh Stesyen TV?!!

5 comments:

CIKDAH said...

Aslmkm.
Utk berbaik semula dlm masa terdekat mungkin susah. Saya pun rasa Nora Danish lebih suka cari pasal .. mungkin sakit hati pasal kes bekas suami masih kuat!

BID said...

Aslmkm.
Nampak Fasha Sanda lebih lembut dlm menangani kes ini. Nora Danish pulak mcm angin & eksyen je .. pun Astro ambil jd residen artis .. tu besar kepala agaknya!

KERI said...

Salam.
Ya la, apa kes!
Jangan jadi artis yg kelas bawah! Saya pun nampak macam yg memulakan tu terlebih2!

CIKDAH said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmmm ... no comment :)